Tabung

My Friends

Tuesday, April 26, 2011

Drama Bersiri Juvana


Semalam tengok tak drama Juvana TV3...?
rugi kome tak tengok yop!
Bagi aku lah satu cetusan idea yang menarik dengan mengeluarkan genre drama
yang sebegini..biar anak² muda sekarang terutama budak² sekolah dapat feel 
pengajaran dalam drama nih
Semalam sesaja ja pun nak tengok kebetulan pukul 9 tu time takdo lain cerita
last² terpaku kitaorang (aku, akak aku & cik embun) 
menengoknya..boleh layannn..
Time tengok drama nih aku rasa berdebar laa sebab aku sendiri 
tak dapat nak jangka apa lagi yang akan terjadi, 
dah macam filem seram pulak
sampaikan akak aku nak tukar channel sebab takut 
dan tak dapat nak jangka apa
lagi kejahatan yang budak² dalam drama Juvana tu nak buat..hahaha
Watak Zahiril Adzim dalam drama ni memang superb, 
bikin aku kesian tengok muka dia..hehe
Beto Khusairy, cikgu yang gilos garang & 
mantap sebab aku memang suka lakonan Beto nih ;)

Meh layan sinopsis drama nih, pinjam dari Budiey.com

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Pelakon :-
Zahiril Adzim (owner picture yg aku pinjam ;) - Daim
Bront Palarea - Encik Raja
Izreen Azminda - Cikgu Zakiah
Beto Khusairy - Cikgu Ariffin

** Tak sabo nak tengok episod minggu depan, Cikgu Zakiah masuk terus kena buli dengan budak² jahat nih..

11 comments:

leeza said...

leez tgk semalam, siyes takut.. cm ape lah nak jadi pasni kat budak 2, eee takut~ tp cite mmg best ^_^

lilY said...

Leez :
- kann..cuak gila nak tau apa
hal lagi bdk² tu nk buat..hehe

leeza said...

tp xboleh bg budak2 tgk cite, takut tpengaruh plak =(

lilY said...

Leeza :
- xpe...bio kan..nti final episod mesti dpt pengajaran yg mantap..
ekekek :D

leeza said...

lily: yup! xsaba nak taw sape bunuh mak die.. =)

Far8 budak baik said...

best tak cerita ni..
mmg x best je kalau tgk kulit cd tu..
haha..
aku tertgk penunggu istana..mmg takut..real beb..
hehe

lilY said...

farid :
- lagii best sbb free ok..yg ni kt tv3..wahahahaha..
penunggu istana tu kt cinema..huhu
aku xleh tgk cite antu, kang ngingau
hahahhaa :D

lilY said...

leeza :
- mmg bkn die yg bunuh kann..
mesti bf mak die yg bunuh sesame sendri, kalo CSI ni dah lame selesai kes..hikhik :P

teyn teyn said...

semalam tgk cite ni , best!

hehe..

tp kacaklah zahiril.. hehe

teyn teyn said...

semalam tgk cite ni , best!

hehe..

tp kacaklah zahiril.. hehe

lilY said...

cik teynteyn :
- yer²..dia sgt kacak kan..
suci jer muke..hihihi