Tabung

My Friends

Tuesday, October 5, 2010

Hari Malas sedunia.....

Tu dia tajuk utama yang sememangnya akan di 'reject' oleh bakal mertua didunia..haha
Semalam dah tidur dengan waktu yang tersangat lah awal..owh apa nak jadi..

Ini lah akibatnya kalau tak ada benda yang berfaedah nak dibuat..tidur adalah perkara yang paling syahdu..hiks
Sampai tadi masuk office pun tersangat lah lambat..owh Tuhan..rosak reputasi aku bulan neh..emm..

Bila datang kerja pun dah lambat segala kerja pun semakin tergendala akibat kemalasan yang melanda, bukan sebab bangun lambat..bangun tersangatlah awal siap boleh buat breakfast lagi..huhu...tak tahu mana yang lambatnya....

Cuaca kat luar pun lembab tak panas membuatkan aku bertambah lembab.huhu..

jangan sampai boss aku cakap macam neh..masak aku..hiks
(ehsan pakcik google)

Monday, October 4, 2010

Shopping On9 (*_^)

waaaaa.....sekarang neh aku jadi semakin pemalas, kalau boleh semua benda aku nak beli on9 jerk..
alahhh..tekan jer hujung jari lepas tu g bank transfer duit tunggu 3-4 hari barang dah sampai..hoyeahhhh!

Tapi agak bahaya neh..asyik click² g bank tokey ayam pun gulung tikar weii..shopping boleh tapi agak² ler yer..cam aku buat, 2 bulan sekali baru bukak page yang jual barang..hahaha..kalau bukak tiap² minggu kang semua nak dibeli.

Sebelum neh aku dok shopping baju jer (sampai ke akak aku pun gila sekali shopping on9..haha) tapi sekarang lagi jadi semakin pemalas, sampaikan makanan pun beli on9 owh...habis² kang elok² ada bakal mentua nak buat calon terus reject..uwaaaa...


*** Tapi shopping makanan neh agak berisiko,
kang dah sampai tak sesedap yang diduga..emm, hampeh!
Walau macam mana pun...............
aku tetap nak try..hoyeahhh!

Doa & Amalan

Salam pagi Isnin..waaa...monday sickness, sangat stress datang kerja tengok file menimbun..huh
Haish! jangan² tak baik untuk kesihatan macam neh..huhu

Jom kita hafal & amalkan tujuh kalimah ini semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T & Malaikat, kita juga akan diampunkan dosa² walaupun sebanyak buih dilautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim 
: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah 
: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah 
: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah 
: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah 
: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah 
: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah 
: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

*** Amalkan selalu Insya'allah Tuhan akan memberi kita
    petunjuk..amin

Saturday, October 2, 2010

Sleeping Beauty....??

ihsan dari pakcik Google

Sejak akhir² neh aku kerap betol tidur awal...
kalau boleh lepas azan Maghrib pun aku nak tidur,haishh..!

Tak elok tidur time Maghrib syaitan iblis paling suka umat Muhammad lalai time neh..adoiyaii apa nak jadi kamu neh cik lily..
(tapi aku cakap jer, idak ler teman tidur time maghrib eah..huhu)

Tapi malam tadi aku mengagahkan diri untuk tidak membuta dengan lebih awal..
ada Cik Senah housemate aku tu suka cakap
"..banyak tidur pendek umur..."
owh...begitu bergaya kamu yer kamu Cik Senah berkata demikian...hahahahaha..
semalam layan filem Histria..cam apa jerk,
tak logik sesangat..
padan kau Cik Senah dulu g Cinema kan tengok cerita neh..
huhu



** Dapat tidur memang sedap
Tapi kalau dah kerap boleh jadi bengap.
huhu

Friday, October 1, 2010

BLOODY HANDS - Island Hospital warning..!

Dapat email lagiiiii dan lagii....owh..banyak info sebenarnya, yang aku dapat neh sebagai peringatan jugak tau..jom..layanzzzzz... :-

Jika anda melihat seorang lelaki (terutaman India) menaiki motosikal dengan tangannya sedang berdarah mengetuk tingkap kenderaan anda supaya berhenti dan untuk bertanya akan tisu untuk membersihkan tangan yang berdarah. INGAT jangan sesekali anda memberhentikan kenderaan, terus saja drive walaupun dia merosakan kenderaan anda atau memegang erat side mirror..terus juga drive sampai ke Balai Polis berhampiran.

Taktik jenayah ini telah dilaporkan berlaku 40 kes sekitar Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya & Stesen Polis Klang Town.

Mereka ini terutama gengster India bekerja dalam berkumpulan serta sangat berani melakukan jenayah ini bahkan di daerah-daerah padat dimana tak seorang pun akan berani untuk berhenti kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama dari taktik kotor adalah untuk merompak anda dan / atau bahkan melakukan perkosaan jika anda pemandu wanita memandu sendirian.


 *** Takutkan..kepada para wanita diluar sana..beware ok..

Hati² Bercuti Di Indonesia

Info neh aku copy dari email yang aku terima dari kawan aku, jom kita baca sebagai info :-

PESANAN,

Kepada sesiapa yang berhajat untuk bercuti ke Indonesia di nasihatkan supaya tidak makan di gerai² tepi jalan @ di pasaraya

Peringatan supaya tidak memesan nasi goreng campur / gila. bakso sapi & sate kerana terdapat campuran babi dan tikus. Di Indonesia sapa A.K.A lembu dan ayam mahal, so dorang ganti dengan daging babi & tikus
 uwaaa...sungguh geli aku..
tengok tu..acara membuang bulu sebelum dimasak
hoyeahh...! sesi memotong hingga menyerupai daging ayam
Persiapan untuk mengoreng "ayam"
sebelum itu diberi bumbu (yang neh maksudnya rencah kot)
sedia untuk dijamah ;)
hey..look..! uwaa...serupa sangat daging ayam..

*** Indonesia dengan Malaysia memang dalam label negara
    Islam..tapi perlu di ingat, 
    kita mempunyai Mazhab yang berlainan...
    Ini hanyalah sebagai info kepada semua, 
    benar @ pun tidak Allahualam

Cikgu Shida Yang Sedang Meletup

 

Neh lah Cikgu Shida tuh..huhu..femes owh dia sekarang neh macam goreng pisang panas.
Rata² kawan cik lily di FB share video Cikgu Shida ke page dorang..owh man..! Kelakar memang kelakar beb...haha
tapi macam something wrong pun ada...

Apa sudah jadi dengan dunia..?? Dia mengaku sebagai Cikgu (cikgu ialah pembimbing anak bangsa)..
Emm..tapi mungkin jugak dia tension ke kan..no komen lah..

Tapi kalau sebagai Cikgu tidak ker dia sepatutnya menunjukkan attitude yang baik untuk anak muridnya..??
emmm...tak nak komen jugak...terserah pada diri masing²....


*** Dunia dah akhir zaman..macam² perkara terjadi 
    sekarang..terutama pada umat Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, September 30, 2010

Kebetulan @ Kenyataan..??

Baru jer dapat call tadi terjadinya excident pada orang yang aku sayang..uwaaa...
nasib baik tak ada apa²...

Sebenarnya yang nak aku cerita kat sini ada bersangkut dengan entry aku sebentar tadi..

Kalau di ingatkan balik, 6 bulan lepas aku mengantuk sangat²..pastu aku pun cakap dengan seorang kawan aku neh..asal aku mengantuk sangat neh padahal baru pagi..dia kata kalau ikut orang tua kalau kita tetiba mengantuk ada lah tu sesuatu yang tak elok bakal berlaku..tup-tup akak aku call dia baru excident...Nauzubillah..

Semalam pun masa aku mengantuk sangat tu pun aku ada gak beringat..aku baca ayat kursi banyak² semoga tiada apa yang terjadi pada orang² yang aku sayang..tapi bila dah terjadi, semua itu takdir...


Tuhan lagi Maha Berkuasa & Maha Mengetahui..Dia tak kan uji umat dia kalau dia tahu umat dia tak mampu hadapi...amin..

Tidurku Semakin Indah....

Semalam sangat lah syahdu aku tidur tak ingat dunia, 
sedang asyik layan drama bersiri Siti Kelembai aku boleh terlelap..
mahu tak nyerr sambil tengok tv berkelubong selimut cinta sejatiku itu...weee...~

Sedar² sebab handphone bunyi, lepas tu tetiba pulak terlelap semula..haru sungguh cik lily ni.
Lepas ada pulak hati nak layan Mertua vs Menantu dalam keadaan mata terpejam telinga mendengar..
wahh..kelas kau kan cik lily..sudahnya..

cik embun : weii pompuan akak nak tido dah neh..
            ko nak tido sini ker..??
cik lily  : lah..dah abes ker citer mertua tuh kak...??
cik embun : hotak ko...da ler membute lagi nak tanye...
            dah lah..aku nak tido...
cik lily  : emm..k lah..kiter pun nk tido gak....

waahhh...sekejapan jer aku masuk bilik terus terlelap..sedar² dah azan subuh..alhamdullillah.. :)


**Habis lah kau ni cik lily...kemain nak layan drama w/o 
  satu episod pun terlepas..
  rasanya Twilight series dah start ditayangkan 
  di 8tv..uwaaa..aku da terlepas 1st episod..sob³...

Tuesday, September 21, 2010

Salam Lebaran..Syawal ker - 12..

Salam Aidilfitri kepada semua kawan²..jiran² dan yang sewaktu dengannya...
dengan bangganya..cewahhh dah ler lambat ucap Selamat Hari Raya...
huuuuu...sesungguhnya cik lily begitu busy tak tahu apa punca sampai terlupa nak menyapu sawang kat sini..

Aku busy dengan kerja masa iftar haritu sebab nk cover paperwork tak nak bagi bertimbun lepas cuti..hampeh..
sama gak jawab ehh...ada pembantu pun cam hantu tak boleh tolong....

Ni pun dah 3 hari aku mengegehkan diri overtime..terdesakkkkk..kalau tak, tak hingin aku bertapa dalam opis neh..huh....

Japp.....nanti sambung..weee....


Note*
         Selamat Hari Raya buat family tersayang...
         orang tercinta..mak saudara & 
         bapa saudara bagai²..
         Tak lupa juga untuk sepupu sepapat
         aku yang dah 2 tahun
         tak menjenguk rumah aku, walaupun
         kitaorang 1 family every year 
         tak pernah tak sampai
         dirumah mak saudara aku tu....(
         hampeh jerk)
         Salam Kemaafan dipinta..Maaf Zahir & Batin.. :)