Tabung

My Friends

Friday, January 7, 2011

Make Your Own News Paper

Kawan aku YM bagitau ada story panas kat FB aku
Sengal sungguh hampa nah, muka aku cun melecut dibuatnya cover News Paper
ni diantara yang paling aku tak tahan ketawa macam nak pecah perut




Tittle dorang nih ada yang kena mengena lah yang aku tak tahan ketawa
tegang rahang aku..adoiii lah
hilang segala mengantuk
thanks lah geng...gurauan dipetang yang redup gitu..



*** Gambar terpaksa aku blurr kan, kang ada yang terlebih kenal...ekekekkeke

Mari Pilih

Awal bulan menjelma, mood shopping pun menjelma..
ish..tak tau macam mana nak kikis attitude bershopping nih
kalau dulu selalu p Sg.Wang shopping sekarang dah advanced sikit
shopping on9...lebur duitku..

Ini diantara yang aku rambang mata :-

RM64..non-brand
haritu ada kat The Mines baru RM35, terlepas nak grab..sekarang dah menyesal

RM34
belum survey mana² lagi pun, mungkin kat Sg.Wang more cheaper

RM34
Polka Dot..i like..heeee

RM16
Slim Purse..sangat slim

Thursday, January 6, 2011

Senyum Itu Sedekah

ihsan google

Tahukah anda saya sedang tersenyum..?
saya pun tak tau mengapa saya asyik tersenyum sejak lunch tadi..

Adakah saya sudah terkena sawan senyum..?
tak mungkin..sebab dalam kewarasan lah saya boleh buat n3.. ya !

Yang pasti saya masih lagi tersenyum tatkala n3 ini.
(skema nya ayat hang petang² nih)





*** Sebenarnya nak bagitau, senyum itu kan sedekah..mukakakkakaka !


Retired Dari 'ber' Facebook


Bagi korang Facebook lebih banyak kebaikan atau keburukan..?
aku pun tak tau yang mana satu..
rasa macam nak retired dengan Facebook nih,
tapi tak tau lah success ker tak.

Sekarang nih kena pulak dengan aku, banyak keburukan yang aku dapat daripada Facebook nih
al-maklum lah kawan² dah ramai dalam tu..eksyen lah sikit..

Ni diantara habit aku kat Facebook :-

- Sesi cemburu buta pun timbul
- Sesi menganyam ketupat pun terserlah
- Sesi mengatal dengan classmate dulu mula menjelma
- Segala aktiviti semua nak dicanang..dah macam diari
- Mula terpandang benda² yang tak sepatutnya
- Terbabit dalam permasalahan orang lain, sebab rajin komen sana sini


Nak delete account fikir berjuta kali..sayangnyaa...
kalau tak delete, setiap kali on9 mesti gatal jari nak menaip F.A.C.E.B.O.O.K
semakin banyak malapetaka aku kat Facebook tu..





*** Account Twitter dah lama active tapi tak terusik, tak ada geng...kawan² semua dok kemaruk dengan Facebook...Sendiri, menempuh hidup..uewwww !



Jika Wanita Umpama Ikan

Jika wanita itu umpama ikan..ikan apa yang akan jadi favorite korang..?
kihkihkihkih

"Ikan Salmon"
- Bentuk Ok lah, indah dipandang. Dagingnya light pink & sedap dimakan
tapi sayangnya mahal....soalnya masih boleh diimport
ada nilai..ada kualiti
INI WANITA BERKEJAYA

"Ikan Arwana"
- Kalau yang nih dalam aquarium, menampakkan kesombongan serta keangkuhan kerana dia tau tubuhnya indah, langkah yang lemah gemalai memancing mata, nakal melihatnya di mana pun dia bergaya
so...harga mesti lah mahal untuk dimiliki
INI PERAGAWATI, CELEBRITY & KE ATAS....

"Ikan Mas Koki"
- Ini jenis ikan yang mahal & sangat lumayan, bentuk yang indah, warna yang cantik, lenggok yang menawan..sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi tapi tak boleh dimakan kerana termasuk kategori ikan hiasan...
INI BINI ORANG

"Ikan Bandaraya"
- Jenis ni sangat mudah didapati & selalu menempel di kaca aquarium, kalau dah menempel susah sangat nak lepaskannya..macam gam
INI WANITA ALIM, ANAK USTAZ..


"Ikan Keli"
- Kalau yang ini jenis yang murah, boleh dimakan dimana saja.. banyak dijual ditepi jalan, harus berhati²
INI AWEK TEPI JALAN

"Ikan Bilis"
- Bentuk & rasanya gitu² saja..selalu sedap dimakan kalau tak ada sayur lain atau tiada lauk yang lain
INI BINI SENDIRI




Kejam lah...bini sendiri taruk ikan bilis jer..?bini orang bukan main lagi ikan yang mahal
ini hanya gurauan yer...aku cilok dari email
thanks tu Cik Senah..
weeeeeeeee... ~

Wednesday, January 5, 2011

Bermacam Jenis Shawl

Shawl..?
kalau perempuan mesti tau Shawl tu apa..ye haaaa. !
Shawl tu selendang yang tengah pemes segenap alam sekarang nih.
berpinau biji mata aku kalau nak memilih
bermacam² jenis, lawa² owh..

copy dari Cottoncandycloset
shawl cotton
- sejuk kalau kain cotton tapi aku lebih suka lycra, bila pakai nampak berat

copy dari Butterflies Melody
shawl manik
- aku belum pun memiliki yang nih, kurang sesuai kot dengan aku.hihi

crumble plaid shawl
- yang ni best ! sejuk sangat²..aku dah grab pun ^_^

crumble cotton shawl
- ini tak tau macam mana, belum memiliki lagi..hihi

copy dari google (pinjam yer owner..hihi)
shawl gypsy
- yang nih dah lama beli, tapi jarang pakai sebab susah nak gayakan..agak pendek


silver beads shawl
- yang ni pulak, sedang mencari²..berkenan color yang sama sebijik kat atas ni

copy dari google
shawl glamour

- yang ni pun aku berkenan nak beli, tapi nanti bila masa nak pakai yer..
glamour sangat jenis nih..nak bertunang ok lah kot..huhu


Ini baru sebahagian kan..? aku pun tak tau sebab terlalu banyak shawl di pasaran
kalau p Jalan TAR toksah cakap lah lagi rambang mata aku ni.
Kalau order on9, sekejap jer duit dalam account jadi 0
hahahahahaha



*** Aku baru terhengeh² cari cara pemakaian shawl nih..
jakun²...hahahhahaha

Ron 97 Naik Harga Lagi

ihsan google

Perkara pertama yang aku terfikir masa dapat tau harga minyak naik lagi ialah gaji,
semua naik gaji jer lah tak reti² nak naik..
ingat semua company swasta naik gaji ker every year..?
sesetengah tu memang ada..yang selebihnya..?
emm..mengucap panjang

Ron 97 naik lagi 10sen jadi lah RM2.40 / liter
dengar 10sen macam sikit tapi try p isi full.
emm..berbaloikah..?

aku rakyat yang gaji tak seberapa nih tak setuju, sebab aku guna Ron 97..
nampak gayanya aku kena tukaq Ron 95 RM1.90 / liter
kereta kena jaga lebih sikit




*** Balik kampung hari tu pun dah terasa time isi minyak,
RM50 pun kejap je lah..tak macam dulu..

Tuesday, January 4, 2011

Berlalu Pergi

Al - Fatihah buat arwah pelakon Faizal Yusof

Serius aku memang terkejut gila, 1st time aku tau masa tu aku keluar meronggeng dengan
kawan² aku kat kampung.
Itu memang perkara biasa kalau aku dapat balik kampung.
Sambil minum² aku pun tengok lah Buletin Utama TV3 (selalu bukan tengok pun)
yang pasti pemberita tu sebut Faizal..jenuh lah aku ng kawan aku pikir yang mana satu.
pastu pulak ada gambar Abby menangis, dorang cakap Faizal yng berlakon dalam siri Manjalara.
emm...dah tau lah aku.

Aku memang minat dia berlakon, start aku kenal dia pun dalam
Hero Remaja
tapi dah tak ingat tahun bila.
Biar lah aku lambat post pun, ni sebagai kenangan sebab aku peminat Faizal Yusof
weeeee... ~









*** Tahun 2010 banyak yang aku dengar golongan muda yang meninggal dunia, Tuhan kalau nak tarik nyawa tak payah nak tunggu tua..Dia lah yang Maha Berkuasa

Clorets

Dapat email dari Cik Embun pasal Clorets
Taukah apa itu Clorets..?
Clorets tu gula² berangin, dingin di mulut..kihkih
aku copy & paste jer tau..

--------------------------------------------------------------------------------


aku ni jenis suka belek belek barang, bila ada barang kat tangan aku, aku suka sangat belek belek..henpon ke ipod ke, botol air ke, paket makanan ringan ke...memang aku suka belek, aku suka tengok info yang ada dalam benda yang aku belek tu



nak jadi cerita, semalam masa tengah lepak lepak ngan member aku, aku pn membel
ek lah paket gula angin clorets infinity yang boleh dibeli di 7 eleven atau kedai runcit atau pasaraya



cara nak buka kotak besi gula gula angin ni unik sikit, kite kena tarik sikit je penutup dia, dan boleh keluar kan biji gula angin tu...jadi sebab gula gulanya dah habis, aku pn main main la dengan bekas besi dia...


tup tup masa tengah main, aku bukak habis penutup besi tu...haa...bila dah terbukak tu, tergam
am aku tengok corak yang ada kat depan aku tu...lambang salib yang amat clear boleh ditengok..aku tak tau la kalau pandangan orang lain macam mana..tapi kat pandangan aku, macam lambang salib zaman feudal



sesiapa kat luar sana , silalah berhati hati, jangan dibeli gula angin clorets ni...kalau aku gatai tangan belek penutup kotak besi gula angin clorets ni, memang tak tau ada benda bahaya tersembunyi di sebalik penutup tu




Mungkin juga lah kan, terdapat mana² gula² yang telah direndam dengan Holy Water
untuk mengeraskan lidah umat Islam serta tidak boleh mengucap kalimah Allah

Selamat Tahun Baru 2011


(ihsan Google)

Selamat Tahun Baru
aku dah terlambat 4 hari..aiyoo !
busy sikit..pantang dapat cuti terus ingat nak balik kampung
dah dapat balik broadband pulak tertinggal
akibatnya ini lah..huhu

Azam Tahun Baru 2011 : Still brought forward last yer punya.
Prinsip : Langit Tak Selamanya cerah.