Tabung

My Friends

Thursday, April 21, 2011

Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?

Pagi² lagi aku godek FB tengok apa yer kawan² aku berbicara semalam,
sebabnya semalam aku tak on9 pun..
sejuk² nih tidur awal lagi best..huhu

Di antara yang menarik status kawan aku semalam 
"Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?"
emm..dulu masa sekolah² seingat aku Ustazah cakap kalau 
Tasik Gelilae yang terletak di Israel nih mengering maka terjadi lah 
Qiamat yang sangat mengerunkan itu, sebab itulah macam² perkara yang Israel 
buat untuk selamatkan Tasik Gelilea tu..

Ada lah juga artikel daripada Israel menyatakan pada tahun 2000 
tasik itu semakin menyusut air nya..
wa'allahualam..

Best juga kalau baca cerita sejarah macam nih, Tasik Gelilea ini juga ada juga 
sejarah dengan para Nabi kita.
Jangan tak tahu aku kalau takdo kerja ini lah yang aku suka baca..hohoho..
meh baca lebih lanjut kat Sini info yang sangat berguna ;)

sumber : google
(Tasik Gelilea yang juga dikenali sebagai lautan Gelilea)

Thursday, April 7, 2011

Tak Nak Bertukar Pulak

Geram nih dengan font n3 Nih entah apa ker hey nye mike tak nak bertukar normal nih..?
pueh dah aku change dari normal ke large dari large ke extra large
alih² small jugak jadi haih..

sakit jiwa camni..
touching laaaaa -.-"

Sedih Lah..Terlanggar Anjing

sumber :google

Aku terlanggar anjing, sumpah memang aku tak nampak anjing tu.
Sebelum saat kejadian, time tu traffic light tengah merah, depan aku lori kecik
aku ada lah nampak anjing tu berjalan sebelah kereta aku, bila traffic light dah hijau aku pun slow² gerak sekali terasa tayar macam terlanggar batang kayu daa..
itu tayar depan, bila sampai tayar belakang pulak terus dengar bunyi
"...uweekkk.." *camtu lah lebih kurangnya.

Aku dah gelabah..ni confirm dan sah aku dah terlanggar sesuatu, mat² motor dah pandang² kereta aku dah.
aku jenguk ikut tepi tak ada pulak..ish..jalan slow² ke depan, sekali terpandang anjing tu dah terjelepuk tidur ka pengsan ka waallahualam..*so sorry....aku betul² tak perasan.

Tapi yang aku perasan lori yang depang aku tu first langgar, sebab masa aku follow belakang perasan lori tu cam terlanggar bonggol..emm..nak buat macam mana.

Ni adalah kejadian ke-2 yer kawan² aku terlanggar..first masa aku dapat kereta, anak anjing tidur bawah kereta aku..kiukk beliau disitu..sadis...

Dah 1 hari aku tidur tak tenang, si pakcik kodi jahat tu cakap jaga² kang malam anjing tu datang..
bengong sungguh main²kan aku yaaa..

 Anjing tetap makhluk Allah, kita manusia tak berhak pun nak musnahkan @ membunuh..
kecuali lah terrr..terrlanggar macam aku..sob sob sob -.-"


** Anjing yang aku langgar tu bukan lah secomel picture di atas tu..hikhik..yang terlanggar tu anjing jalanan..

Mimpi Shahir

 sumber :google

Semalam mimpi kahwin dengan Shahir AF8..wakakakakakakak
haishh..tak boleh blah betul lah kan
apakan daya, aku dah pun cuci kaki baca Ayat Kursi semua..huhu

Indah lah jugak kan..aku saja tau..
content dalam mimpi tu aku still ingat lagi nih, jarang aku boleh ingat kalau mimpi..
kahkahkahkahkah.
ok² simpan sebagai rahsia rasmi..zipp!! huhu

Wednesday, April 6, 2011

Buat Yang Termampu

Ingat pasal majlis apa² mesti ada yang akan pertikaikan
ada itu tak..? ada ini tak..?
kalau macam ni tauke balak pun ranap

Bersyukur lah kalau ada yang sudi jadikan kita ni wife kan..?
huahauhauahau..

Ada lagi sebulan for my E day..apa pun tak prepare lagi..
memang gasak betul laa..kekonon dah terror sangat nak buat last minit..
ahahhahaahah..sabaq².. sedang usaha ni :D

Terima lah Dengan Redha

Tetiba petang² ni teringat pakcik kodi..touching for while -.-"
know what..sometimes kita tak boleh detect perasaan sendiri.
Asam garam lah orang kata kalau data berpacaran nih,
ini baru nak melangkah separa hari besar dalam hidup.

Aku redha dengan hati yang sangat terbuka walau apa saja pun dia mampu bagi.
pada aku nak demand pun apa guna kalau menyusahkan diri.
dalam keadaan sekarang aku rasa tersangat lah humble..terlalu rendah, kerdil..

It's ok dear, rezeki kita mungkin bukan sekarang.
.insy'allah kalau keputusan dah dicapai adalah jalan Tuhan tunjuk..

Rindu Nak Balik Kampung

Adoiyaii..rasa lama sangat dah kot tak balik kampung..
uwaaa...walaupun hakikat baru sebulan setengah
biarlah nak cakap anak manja pun..tak kisah haih..hahaha

Tunggu peluang public holiday ja nih..
nak harapkan annual leave jangan mimpi lahhh..
setahun pun 12 hari ja tu pun after 2 years baru dapat..
kalau tak, 8 hari saja ya kawan²..hahaha
ni lah contoh boss yang sangat baghil..


** Mak rindu nih...ekekeke -.-"

Saturday, April 2, 2011

Nabil Tetap Terbaik !!

Berlabuh episod pertama Maharaja Lawak Astro semalam.
Ada yang ok, suam²..
tapi kenapa Jozan tak menonjol nih..? rasanya ramai yang letak harapan tinggi pada dorang nih
tup² malam tadi performance suam² jer..

Kelakar lagi lawak Man & Balas.
Aku memang tak berminat dengan Balas sebab terlalu menonjol double meaning tu..ini kan tontonan umum..
emm..tak tau mungkin double meaning tu buat penonton lebih mudah ketawa.

Apa² pun Nabil terbaik lah..punya lah aku ketawa sampai dahaga..hahahhaa
bak kata Pak Cik Kodi, aku sokong Jozan tapi that night Nabil yang terbaik dan tapi juga aku tak minat Nabil..huhu al maklum lah Jozan tetap jadi pilihan..


Kita tunggu next lagi tengok apa adegan seterusnya..harap² ada lagi yang terbaik.


*** Photo kredit to Facebook/Maharajalawak ;)

Friday, April 1, 2011

Cuci Otak

Aku ada satu tabiat baru untuk cuci otak,yer lah sejak² kepala berserabut nih,
iaitu drive secara perlahan dan menyusahkan pemandu² lain..
alah yang macam topik Hotfm haritu..haha
Best pulak rasa aih, fikiran melayang yang boleh mengakibatkan nyawaku pun melayang.
Memang betul aku buat benda tu, aku terlalu stress dan serabut tak tau nak buat apa,
after office hour terus aku drive sana sini tak tentu hala
(yang pasti aku tau jalan mana aku lalui k).
Since dah tak larat tekan pedal aku decide nak masuk Jusco,
pandang apa yang patut tapi tak beli pun tau pulak sayang duit..
beli pun cereal jer untuk bawak ke office.
Puas merayau dalam Jusco, terpelecot depan McD..kahkahkah..
terus coverline "...hey..i nak Q beli icecream.." huhu lagak queen disitu..
sumpah sebulan aku tak mau masuk McD situ...wallaaaa..

Balik rumah no mood...after maghrib terus debummm....
bangun pagi mata bengkak..owh menangis dalam mimpi rupanya..
hahahhaha ini aku memang selalu terjadi..orang lain ada..?
meh ler kita share...kihkih

Bodek

Aku macam tersedar yang aku nih sedang dibodek...kihkih
tapi by who..?
kalau siapa pun yang dok membodek tu meh dengar sini,
kalau nak bodek make sure ianya dapat mengutungkan aku tau..haha keji..

Tapi yang pasti..boss aku lah sedang bodek aku nih, tak tahu apa kes
sejak dua menjak nih aku salah typo pun aku dibalas dengan senyuman yang manis tapi
tak berapa menawan. Then, mungkin juga senyuman yang penuh makna..hahaha
adoiyaii tersirat kan ayat² manis nih..

Anyway..aku tahu kenapa beliau bodek aku, confirm and sah takut aku cabut.hahaha
yer lah aku jarang MC kalau aku MC dikala kerja yang bertimbun dah sah aku stress tahap maximum.
hauhauahauhau...don't worry my dearest boss..just wait and see hah... :p



**Nak jual mahal untung² naik pangakt sampai jadi General Manager pun jadi lah..huhu