Tabung

My Friends

Monday, February 21, 2011

Terserempak

Dah lama agaknya aku tak mengarut & carca marba kat sini, since CNY..huh!
malas + tak ada isu + busy lagi..hauhauauaua..
bermacam jenis reason iyer dok.. ;)

Tadi masa blogwalking terserempak dengan satu blogger nih, emm..macam ku kenal..
yeah ! classmate aku masa sekolah rendah..
tak besar mana pun alam blogger nih...malu nak menyapa bukan sebab apa tapi aku nih LilY bukan sebenar..
hahahahahahahaha..nak introduce sebagai apa ya..?huhu
 

meh aku promote blog beliau...
welcome Qeat.. ;)

Saturday, February 19, 2011

Charcoal Cleansing Foam & Masque

sumber : Google

Mencari Charcoal Cleansing & Masque nih, dah lama kot aku cari tapi susah bebenor..
iyer ler orang lain dah berkurun pakai aku jer ketinggalan.
ramai jugak bagi testimoni yang bagus mengenai produk nih..

Muka aku dah macam kak limah dah sesuka hati cuci, kalau rajin baru aku guna pencuci kalau tak hampeh lah aku guna sabun buku Lux sebab lebih kering sesuai dengan muka aku yang oily nih..
nahhh...itu lah aku..kahkahkahakah

so, kepada blogger yang menjual secara online ker apa sila bagitau aku kat komen yer..
aku nak borong...hehehehehehe
lepas tu boleh lah promote pulak..huhu
i like....  ^_*

Thursday, February 10, 2011

Kutip Angpau

Mengigih serta malas tahap gaban nak update blog...
entah apa nak jadi, kang tak pasal² korang ingat aku dah arwah.
kalau datang rajin eh sehari sampai 3-4 n3 pun aku gasak boleh update,
bila datang malas..emmm...rasa macam nak buat n3 seminggu sekali pun tak nak..
kah kah kah gila keji

Dah lah dalam office pun merempat sejak hari Isnin lagi, terpaksa aku bawak broadband sendiri..malas nak tarik cable sana sini.

Yang bestnya asal masuk jer office after Chinese New Year perkara pertama yang aku boleh buat collect Angpau..haha
 time nih lah best woo...sesiapa yang dah kahwin kena bagi angpau walaupun sesama sendiri..
lagi nak best kalau ada yang baru kahwin & first time beraya..fuhh double dorang kena kasi woo..
kesian...tapi tak apa lah kan bonus pun double....ekekeke

Thanks yooo....this year angpau lebih sikit daripada last year...hauhauahua

Monday, February 7, 2011

Lamanya Bercuti

Haii ! amboi lamanya aku bercuti almost 9 days tuu..bukan bercuti dari bekerja saja habis semua aku cuti..
berjaya lah jugak aku menahan ketagihan mengeluarkan n3..huhu ayat pun dah skema nih pasai apa ! ish..
start daripada 29hb lagi dah aku busy..hohoho mengalahkan PM nih

29hb Januari 2011
- Lepas kerja halfday terus ke Klang, attend majlis akad nikah abg pakcik kodi & malamnya pulak majlis berinai

30hb Januari 2011
- Kenduri pihak perempuan, balik KL petang terus layan movie The Tourist dengan pakcik kodi, sampai rumah dah malam, terus membuta..letih

31hb Januari 2011
- Pagi masuk office macam biasa, kerja bertimbun kena setel sebelum cuti Chinese New Year yang panjang.
malam sempat blogwalking sekejap then terlelap

01hb Febuari 2011
- Pagi masuk office awal nak setel kerja sikit, pukul 9 attend staff meeting dengar boss complaint segala jenis carca marba sampai pukul 12.30 tengah hari. ambil hati boss sebab tak dapat join Annual Dinner malam tu..hihi. then, lepas kerja terus cabut balik kampung ;)

02hb Febuari 2011
- Membosankan diri kat rumah tanpa berbuat apa², disebabkan masalah Broadband yang sangat menyakitkan hati, blogwalking pun tak dapat apatah lagi nak update n3

03hb Febuari 2011
- Buat rombongan Cik Kiah ke Wedding Intan kawan sekolah dulu..petang pulak lepak dekat jambatan apatah sampai nak maghrib baru balik,ish..

04hb Febuari 2011
- Satu family pergi Padang Besar, niat hati nak beli lah macam² tapi hampeh dah lah manusia beriban, cuaca yang panas..harga pulak mahal gila terbantut nak bershopping, hanya belikan keperluan untuk mak dengan ayah jer lah.

05hb Febuari 2011
- Tengah hari keluar meronggeng dengan kawan² kat kedah, tengok movie The Green Of Hornet 3D.
petang terus p makan, then malam singgah tengok member aku yang dah selamat bersalin tu.

06hb Febuari 2011
- Bersiap sedia untuk balik kl & menghadapi highway Utara Selatan yang jam teruk itu..sungguh dasyat !
first time seumur hidup aku 10jam dalam kereta..pergh ! penat..sampai rumah terus membuta.

07hb Febuari 2011
- Masuk office collect ang pau dari bosses, then tengok² office aku banjir daaaa...emm..terus merempat kat ruang receptionist, sambil update n3 kah kah kah ;p


Hahahaha..dah macam kronologi lah pulak kan..
nih balas dendam tak dapat update lama ;)


*** Rindu nak blogwalking..malam nih nak start lah ;)