Tabung

My Friends

Saturday, August 28, 2010

Hati² Dengan handphone yang sedang bersambung Dengan Kabel Elekrik

Jangan menggunakan HP bila masih tersambung ke kabel letrik(tengah cas)!!

1. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN letak dekat anda ketika mencharge."     

2. "Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP ketika sedang di charge!!"    
Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki sedang mencharge HP di rumahnya.  
Pada masa yang sama, ada pangilan masuk dan dia menjawabnya ketika HP tersebut masih tersambung di kabel letrik
.  

Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan lelaki tersebut terpelanting ke lantai dengan kuatnya.
 
Ibu bapanya bergegas datang ke biliknya dan ternampak beliau pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.
 
Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak dapat diselamatkan" ketika sampai ke hospital. 

HP adalah penemuan modern yang sangat berguna.  
Tapi, kita harus berhati² kerana HP boleh menjadi penyebab kematian.
Jangan menggunakan HP bila masih tersambung di suis !

Mawar Merah Di langit

Gambar neh dirakam secara tidak sengaja oleh NASA, terdapat objek di langit pecah.
Dalam beberapa bulan yang lepas dalam Akhbar Al-Ahram dan laman web NASA ianya menjadi dalil bukti kebenaran Islam..

Alangkah benarnya ALLAH S.W.T berfirman : 
"Selain itu sesungguhnya (ngeri) tatkala langit pecah belah,
lalu menjadilah mawar merah berkilat seperti minyak.."

Ayat ini menggambarkan kehancuran alam langit ketika 
dunia hampir kiamat..
Beringatlah dan jangan alpa kepada keduniaan...perbanyakkan kebajikan dunia & akhirat..dunia kian hampir ke akhir zaman
 

Friday, August 27, 2010

I - City

Yang neh aku masih tak tahu kebenarannya sebab aku sendiri pun belum pernah jejak kaki ke I-City neh,
yang aku tahu kat sini Landskap lampu² yang cantik² tapi tak tahu lak ada kehadiran makhluk halus @ lebih senang orang kita panggil Hantu..hihi

aku first time tengok gambar neh langsung tak faham..blurr
Lepas tengok gambar yang ke-2 neh aku dah meremang bulu roma, tapi aku masih lagi tak tahu apa sebab kawan aku email gambar neh semua
Bila gambar yang ke-3 neh bru aku perasan sesuatu, ada seorang perempuan dibelakang lelaki yang pakai baju color merah tu..Nauzubillah...

*Yang kelakarnya aku mula² ingatkan kawan aku tu nak tunjuk dekat aku lah yang dia dah pergi I-City tu..tapi macam pelik kenapa send email..kalau dia post kat FB pun aku boleh tengok..rupanya ada Hantu dekat I-City..hihi

Pokok Kurma

Siapa yang tak pernah tengok pokok kurma...?? tapi hanya tahu makan...?haha..aku ler tu..
meh kita tengok..neh pun sumber dari email yang aku dapat.

neh masa baru nak semai kot
tengok tu dah tumbuh pucuk..hihi (cam tahu jer)
 yang neh buah dia dah putik..
neh pulak dah kekuningan
yerrr...dah masak ranum.

Kagum aku tengok pokok kurma neh..yer lah Malaysia mana ada pokok kurma neh..kalau boleh aku nak petik sendiri buah neh.hihi..berangan jap..


Ada 2 Bulan Pada 27hb Ogos 2010...??

Jika betul lah email yang aku dapat neh jom kita tengok beramai² pada 27hb Ogos 2010 (malam neh), sebab menurut email neh kita yang hidup neh tak akan mungkin dapat lihat lagi kejadian neh lepas neh
27th Aug 2010 the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye.


This will culminate on Aug. 27 when Mars comes closest within 34.65M miles off earth.


Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.



The next time Mars may come this close is in 2287.

Public Holiday...Salam Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam diseluruh Dunia..
huh..geram neh, harini Public Holiday tapi aku masih bangun awal pagi start enjin kereta berdesup ke office..
waaaaa....sakit jiwa neh, semua housemate aku sedap² cuti kat rumah..

Jom kita ambil tahu sikit mengenai Nuzul Al-Quran neh..sumber dari Wikipedia...hikss

*Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Saturday, August 21, 2010

Feeding fish in China

Sangat comel di negara China, dorang bagi ikan² emas neh menggunakan botol susu, baru lah macam baby..heeee...
Teruja aku tengok..kenapa lah kita dekat Malaysia neh tak terfikir nak buat macam neh kan...??
Semoga ikan² pun dapat merasai kasih sayang daripada manusia.. (",)
 


Kalimah ALLAH Yang Tersembunyi Disebalik Kasut Crocs

Pandai kan yahudi.. cuba menjatuhkan agama ISLAM dengan cara yg sebegini..Masya'allah..
Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadik an gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?


Baiklah, sila lihat gambar di bawah :

Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :

 
Sudah dapat melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook : 
Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120


a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.



*Segala fakta kat atas neh aku copy & paste dari email yang aku terima, sungguh halus cara Yahudi perdaya kita sebagai umat Islam..
Aku pun ada sepasang kasut neh yang dah hampir tak ada warna..ingat nak bakar jer terus kot.. 

Wednesday, August 18, 2010

Mimpi Oh Mimpi....!

hihi..tengok..belum sempat aku nak menaip bercerita kat sini aku yang ketawa dulu..
Semalam yang nyaman tidur aku dengan hujan renyai²...lepas baca Bismillah 21 kali, ayat 3 Kul & ayat Al kursi dengan jayanya aku lena dibuai mimpi entah apa²..hoho

Aku mimpi ular berkejar² dengan aku, penat aku berlari dia kejar jugak..penat dowh..!
kalau nak kata mimpi ular memang dah selalu aku mimpi tapi semalam ular tuh bukan sekadar kejar tapi dia patuknya aku kat tangan...? hah...??

Kalau menurut kawan² aku kalau mimpi ular datang patuk tu maknanya orang nak masuk meminang..yer ker...??
siapa yang nak minang aku tuh..??calon..??hihi..

Tapi kalau menurut orang tua² pulak mimpi ular datang cari kita & seangkatan dengannya termasuk lah patuk ker..nengok ker..itu maknanya ada benda tak elok yang akan terjadi pada kita..Waallahualam....

Bak kata ibu aku......."jangan hiraukan apa yang terjadi didalam mimpi, tu semua mainan tidur.." tapi kan kalau betul mimpi tuh ada orang nak datang meminang aku camne...??kihkihkih...
confirm terbeliak biji mata ibu aku...hiks...

Wednesday, August 11, 2010

Sayu..

Sayu betul aku semalam dengan harini..layan Facebook banyak pula terbaca merata² tempat pelbagai bangsa dan agama yang meninggal dunia sejak kelmarin. Tuhan yang maha berkuasa lagi bijaksana dari engkau kami umat yang hina ini datang kepada engkau jua kami kembali.

Diantara yang aku baca dari profile Facebook yang paling sayu, seorang lelaki ni, baru 8 jam lepas dia bermesej² kat wall dia dengan kawan², mungkin on the way dia balik rumah excident then koma pagi tadi telah pun kembali ke Rahmatullah.

Aku yang bukan dikalangan kawan² dia pun rasa syahdu bila baca semula segala komen² sebelum dia meninggal apatah lagi kawan² dia..yang tinggal sekarang hanya profile Facebook beliau untuk santapan kawan² yang mengenali diriya. Al Fatihah untuk arwah.

Aku pun mengalami perasaan yang sama pada tahun lepas, bestfriend aku sendiri telah meninggal dunia akibat kanser tulang, aku agak menyesal sebab last mesej dari dia tak tahu kenapa aku tak reply masa tu. Amat menyesal sampai sekarang, andai aku tahu dia tenat masa tu aku tak kan biarkan dia menunggu mesej dari aku..semoga rohmu tenang disana kawanku..Miss u..Love u Suhailiza

Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah, sedang semalam bersuka ria kami sebagai umatMu didunia milikMu dan hari ini juga dugaan dariMu Ya Allah engkau menghantar Malaikat Izrail untuk mencabut nyawa umatMu itu..

Sungguh besar kuasaMu...

Salam Ramadhan..

Sekejap jer masa berlalu Bulan Ramadhan dah kembali pada tahun neh,
rasa macam baru semalam melangkah masuk tahun baru..
semoga Ramadhan tahun membawa berkat dalam hidup kita sebagai umat Islam
& meningkatkan lag amal ibadat kita pada yang Maha Esa


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia kepada seluruh umat Islam didunia :)

Wednesday, August 4, 2010

Perkahwinan Remaja 16 Tahun ke Bawah Dibenarkan Kerajaan Melaka..??

MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.
Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.
Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.
"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.
"Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan serta majlis pentauliahan amil zakat fitrah dan pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim di sini hari ini.
Bagi pelajar yang hamil pula, Mohd. Ali berkata, kebenaran bernikah akan diberi namun denda perlu diselesaikan menerusi Mahkamah Syariah.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira 391 kes hamil dan melahirkan anak luar nikah di negeri ini tahun lepas.
Menurutnya, sepanjang tempoh enam bulan tahun ini pula, 174 kes berkenaan telah dilaporkan.
"Kes tersebut kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah di bawah umur 20 tahun dan jika tidak ditangani akan berterusan," ujarnya.
Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun.
"Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya.
Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka.
Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu mereka.


** Petikan dari Utusan Malaysia hari ini (04 Ogos 2010)

Tuesday, August 3, 2010

Kebesaran Allah..

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US .  Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit.  Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'.  patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.


Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.


Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.
 






** Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya."