Tabung

My Friends

Thursday, December 30, 2010

Cuba Bertahan



Sedang bertahan...ya ! bertahan..go..go.. !
rakus jiwa...sabaq lilY sabaq !
dah 5 hari hang bertahan
dan
teruskan bertahan sampai reput..
uwaaaaaaa... !





Mood : Sedang serabai & terabai..down

Wednesday, December 29, 2010

10 - Tentang Kawan

1) Kawan bukan seperti main futsal - Mula² kejar dah dapat sepak
2) Kawan bukan macam main skate - Mula² gosok pastu pijak
3) Kawan bukan macam main ragbi - Mula² tangkap dah dapat tendang
4) Kawan bukan macam pampers - Lepas pakai, buang
5) Kawan bukan macam barang kemas - Masa baru beli pakai, dah sengkek gadai
6) Kawan bukan macam pelangi - Hari cerah tak ada, hujan gerimis baru muncul
7) Kawan bukan macam kereta - Rosak sikit jual, ambil kereta baru
8) Kawan bukan macam Chipsmore - Kejap ada kejap tak ada
9) Kawan bukan macam bank - Bila dah tak ada duit, pergi ambil kat sana

Lagi...?


10) Kawan tu macam kamu lah - Kalau saya mesej kamu akan teliti sampai habis


Yang penting..kawan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan²nya...






Isu Sensitif

Sesuka hati mak tiri pak lang hang ja nak cakap Malaysia negara sampah !!
yang sedara makcik pak induk hang mai gheja cari rezeki kat sini apa kes...?
Sesedap cili mengutuk tempat mencari rezeki, tak BERKAT dunia & akhirat
beware !!

Tuhan bayaq cash la ni..tak tunggu akhirat dah..



Mood : Sakit hati gara² buka page kt FB yang mencanang Malaysia negara sampah




*** Kekadang kata² yang kurang enak di dengar keluar dari mulut, mencerminkan diri sendiri, tapi hari ni aku skip..................tak boleh tahan dorang mengutuk Malaysiaku....huhu

Tuesday, December 28, 2010

Sila Akui Pra - Kekalahan

Tudiaaa title tak boleh blah..
kahakahkah
Sebenarnya aku tak ada niat pun nak keluar n3 pasal Piala Suzuki ni
sebab rata² blogger dah banyak post,
tapiiii tadi aku baru lepas baca Berita Harian Online,
saja baca Sukan nak tau perkembangan terkini AFF Piala Suzuki 2010 final ke-2 nanti.

Akhbar Indonesia tak boleh blah, boleh pulak dicanang Malaysia menang sebab guna dukun..?
ish..tak logik kot..? syirik.. ! ustaz i marah okeh.. !
itu belum lagi kes laser yang goal keeper dorang bengang..

Dengar lah wahai negara jiran ku, kalah menang adat permainan
Malaysia bukannya tak pernah kalah pun, itu semua adat..
ini lah masa nak berdamai, unsur² dukun, kuntilanak, mat lampir semua amalan syaitan lah

Kami ini sebagai rakyat Malaysia (cewahh..!) berjiwa terbuka menerima sebarang kekalahan @ kemenangan ketika menentang Pasukan Garuda esok hari (29 Dec 2010)

baca lebih lanjut kat SINI



Malaysiaku Boleh !!






4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dilarang Untuk Pengantin

Larangan Rasullah S.A.W terhadap pengantin daripada memakan & meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1) Susu

2) Cuka

3) Ketumbar

4) Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : " wahai Rasullullah, mengapakah 4 jenis makanan ini dilarang..?"

Baginda menjawab : " kerana rahim wanita itu kering & sejuk, dengan sebab dari 4 perkara ini untuk menghalang dari dapat anak.Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik berbanding daripada wanita yang tidak dapat anak.."

Saidina Ali r.a bertanya : " wahai Rasullullah, mengapa cuka itu dilarang..?"
(semasa haid & semasa minggu pertama perkahwinan)

Baginda menjawab : " apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.."

Mengenai Ketumbar, ianya mengganggu haid di dalam perutnya & menyukarkan kepada kelahiran

Tentang Apple Masam, ianya memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya


" Wahai Ali..pelihara lah wasiatku ini, sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril A.S.."


Monday, December 27, 2010

Sayu

Sayu..terkedu..terkejut..
dengan segala hal yang terjadi hari ni, banyak kerja aku terbengkalai..
jasad jer ada kat opis..jiwa aku melayang²...
tak ada tumpuan yang boleh aku bagi..
emmm....

Perasaan yang sama last year datang balik
mudah²an fikiran aku tak akan melayang esok macam yang terjadi hari ni

aku memang suka ikut hati & perasaan
itu terbukti..disebabkan itu siapa aku sebenar amat jelas korang tak dapat tahu..
kihkihkihkih..

Al - Fatihah

Salam penuh keberkatan pada hari ini
subuh pagi tadi abang aku mesej bagitau kawan aku ezura@ lebih mesra aku panggil kak Ngah
telah pun kembali ke rahmatullah, akibat penyakit kronik Leukimia.
Al - Fatihah pada arwah
aku tersangat sedih, ini dah kali ke-2 kawan aku meninggal dunia
sungguh tak ku duga dia ada penyakit ni, rasa menyesal mula merayap dalam fikiran aku
kawan² aku yang lain tau tapi jer tak tau
baru tadi aku baca semua post dia kat FB..ya Allah !
memang dia menderita..kenapa aku tak perasan ?
kejam aku...

Teringat dulu masa sekolah, dia selalu tolong aku beli Majalah Galaxy..
aku tak ada transport nak keluar, dia selalu dapat pinjam motor ayah dia..
terima kasih kak Ngah..
Aku tak dapat balik kampung untuk jenguk arwah buat kali terakhir,
hanya doa aku dari sini untuk kak Ngah
Takziah buat keluarga arwah

Perasaan yang sama aku rasakan pada tahun lepas semasa BFF aku kembali ke rahmatullah
disebabkan penyakit yang sama.
yang membezakan dia hanya menderita selama 3bulan selepas buat pemeriksaan,
belum pun sempat buat kemoterapi Tuhan dah tarik nyawanya..
kak Ngah..dengar cerita dah lama sakit, sempat buat kemoterapi beberapa kali
cuma umurnya tak cukup panjang..

Al - Fatihah kepada arwah kak Ngah & Suhailiza



Friday, December 24, 2010

Holiday


Gadis Semasa akan bercuti sehingga diberitahu kelak
ini gara² tuan tanah kedaung jadi sedikit pemalas disertai mood yang
tunggang langgang..
keinginan untuk bercuti sedang bermaharajalela
hehehehehe






*** Terima kasih yang sudi bertandang & follow, nanti cek p follow hampa pulak nah..mekasih yang datang bertandang, nanti aku terjah semula eh

Thursday, December 23, 2010

Hang..Hang..Hang..

1st time nih aku tengok Kereta Pendekar Melaka keluaran PROTON
kalau aku orang Melaka mesti aku lagi bangga owh..
aku ni agak jakun & lembab..orang lain dah berzaman tengok..hahaha
jom cuci mata :-





Hang Tuah






Hang Lekir





Hang Lekiu





Hang Kasturi


Tertanya² dimanakah Hang Jebat..? aku baru nak pilih Hang Jebat
sebab dulu rumah sukan aku Hang Jebat
hahahahahha

Wednesday, December 22, 2010

Big Apple Donuts

kepingin & teringin nak makan Big Apple Donuts ! tapi nak S.E.K.A.R.A.N.G jugak !
walaupun aku kat opis dikala ini..

ni tahap kebuluran & kelaparan yang sukar di bendung lagi
tapiiiii....

hanya cap BIG APPLE sahaja
cap lain tak mau, pagi tadi dah makan !

AMARAN !
ni bukan mengidam yer..sebab cuaca yang suram + hujan
aku jadi kebuluran..belum di paras bahaya
hahahahahahaha





Doa Penawar Hati

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Tadi blogwalking sana sini terpandang Doa Penawar Hati dari blog akak nurindah.
mekasih kak..saya copy & paste kat sini..utuk peringatan diri sendiri..hihi





*** Selalu jadi silent reader geng blogger yang pandai masak nih..hihi

Lagi....Mempersendakan Wanita Bertudung !



Assalammualaikum & Salam pagi untuk korang yang sudi datang sini yer

Nih ada lagi satu masalah para remaja di Malaysia (bukan semua yer..segelintir)
tak tau nak cakapa apa 1st time aku tengok video ni apa boleh aku katakan
hanya menggeleng kepala kiri ke kanan, kanan ke kiri.

Tak guna kita maki hamun bagai..apa yang nyata,
kita berdoa ja dorang kembali ker jalan yang benar..
mungkin bagi mereka ini sekadar gurauan..
alah ! darah muda..yang ingat hanya keseronokan
sensitif sikit dik non ! serata dunia tengok video nih...

video ni memang blur...




*** Takut nak mengata orang, satg mai balik kat aku..huhu mintak simpang lah nah

Tuesday, December 21, 2010

Perempuan & Legging

Pernah nampak perempuan muslim pakai macam gambar diatas nih..?
emm..aku selalu nampak !
Gambar ni aku dapat kat FB..yer, member aku tag..
ekekekekekekek !
aku tak kisah pun..ini juga sebagai peringatan buat aku kalau² suatu hari aku terleka..
iyer dok..?

aku pun baru start pakai tudung jer..
sebelum nih segala jenis legging semua aku layan tapi sekarang tak do lagi dah
sekali sekala kena tarbiah dengan pak cik kodi agak best..huhuhu

andai ada yang terbaca @ terasa mengenai gambar ni..
aku lilY bukan nama sebenar (hihihi) ingin memohon maaf yer..



*** Renung²kan & selamat beramal..pisss !

Monday, December 20, 2010

Touching

Jika dia jodohku......kau rapatkan kami
Jika dia bukan jodohku........kau jauhkan kami

Jika benar...kau teguhkan hatiku
Jika tidak...kau bukakan lah pintu hatiku kepada insan lain..

amin.. !


Mood : Baru lepas layan movie Cinta




*** Sedikit sebanyak ini adalah kisah benar...ekekekekek ! gatai nah ^_^

Award Part 4

Award yang tertangguh..harini baru sempat kutip
ni semua disebabkan mood aku yang tunggang langgang 3-4 hari lepas..
huhuhu..

thanks Bisikan Kalimah Indah
love your blog sejuk mata memandang...uewwwwwww !

Celcom Broadband

(ihsan Google)

Panas hati dengan Celcom Broadband ni..
geram..nyesal jangan cakap lah, cukup membuatkan aku menyinga
lembab tak hingat dunia..1st trial untuk 7 hari memang superb !
lepas ja 7 hari dah mula lah line senget benget..
okeh ! masih boleh accept

bila dah sebulan !!! memang cari pasal nak kena maki
lembab ya amat sampai loading kat sengah jam..hampeh betul lah !
dah tu..........
time register cakap free one month..gila menipu !

dan..............
pada saat nih aku mula lah menyesal tak register P1 Max..
kawan aku cakap superb..
emm..aku nyer style kalau dah confirm sesuatu benda guna sampai lebam..
huh !

ANGIN SATU BADAN

Nightmare

wahhh...
rasa macam dah lama sangat tak update
ada kot 3-4 hari..busy gilos dengan report² yang tertangguh kat opis
uwaaaaaa.. !
update pun tak ada ruang apa lagi nak blogwalking..
mood pun tunggang langgang macam apa lagi

okeh.. ! dah lari tajuk nih..
3 hari lepas aku mimpi yang sangat buruk
aku mimpi mak aku meninggal..nauzubillah !
ni dah kali 2 aku mimpi, 1st time dulu ada kot 3-4 tahun yang lepas
yang aku ingat, 3-4 tahun lepas aku menanggis bersungguh²..
bangun pagi habis basah bantal aku, muka aku still lembab..
time tu sumpah aku tak nak cerita kat sesiapa sebab aku takut jadi kenyataan.
nauzubillah !

3 hari lepas pun macam tu..sampai ke saat &
harini tak ada siapa pun yang aku cerita hal ni
kecuali kat sini..hehe.
gundah gulana aku..takut..seram..

Cik Senah pernah cakap kalau kita mimpi orang yang hidup meninggal tu maknanya orang tu tengah senang hati..makan kenyang..
kalau itu lah alhamdullilah..
aku tak reti nak tafsir² mimpi ni..
yang aku tau kalau ular datang patuk tu maknanya aku akan kahwin..
wakakakakakaka ! tak boleh blahh..gatai !

Friday, December 17, 2010

AKU MASIH DARA



Dah 2-3 hari kawan² dok bercerita pasal filem AKU MASIH DARA nih aku ja terlambat,
baru tadi berkesempatan masuk Youtube search trailer dia.
Ni di antara filem yang tak mungkin akan aku tengok.
okeh.

Memang filem ni mengisahkan realiti anak muda zaman sekarang itu memang aku akui lah kan tapi yang aku tersentuh ada satu dialog ni..

".....orang zaman sekarang pakai tudung sebab nak menutup lovebite jer.."

ish..bagi pendapat aku memang tak bermoral dialog tu, sensitive kot wahai tuan director.
kalau iya pun nak real kan cerita jangan lah sampai isu sensitive macam ni buat tak endah jer
jaga lah hati wanita yang bertudung ni der..bukan nak berangin tak tentu pasal
kalau lah kaum lain yang dengar..korang rasa apa akan dorang fikir..?

"...owh patut lah i tengok u dah pakai tudung, ni mesti u nak tutup itu loveite kan..? "

tak ker menyinggung perasaan orang !
mungkin nak promosi filem kot, iyer lah banyak aksi yang boleh di kategorikan 18sx
sangap tak sangap semua ada..haishh !
aku malu nak sebut perkataan macam ni..
malu lah...tak tahu nak cakap..

emm..ni pendapat aku jer lah pasal filem nih..
tapi pendapat orang lain tak tau pulak macam mana
iyer lah bukan mudah nak puaskan hati semua pihak...

Thursday, December 16, 2010

Langkawi Itu Indah

Indahnya Langkawi tanah tumpah darah daging ku..hihi..
tadi godek² folder tengok rupanya ada pulak gambar masa balik Langkawi hari tu
Gambar ni aku snap dari atas ruang udara..ecewahh !
jom tenangkan hati & perasaan dengan keindahan ciptaan Tuhan
uewww... !

cantik kan..? aku dah imaging aku dekat Miami..
ekekkekeke !

ini lah jadinya kalau tak reti pegang camera..
hehehehehe..

Sejuk mata memandang owh

akak aku cakap snap gambar pun tak reti, nampak wing jer lebih
caitt ! aku bukan pro lah..
hohohohohoho

Teringin nak p Miami..
huhuhuhuu... !





Award Part 3

Ni n3 tertunggak
award ni dari Al-Hakim.. thanks yer
maaf lah nah baru harini masuk n3..dok berkepok dalam folder..
hehehehehehe !


yang ini pulak dari si comel fiqah, blog comel orang pun lagiiii lah comel
nasib baik aku ni tak ada adik lelaki..kihkihkih
thanks fiqah ^_^





Google Translate

Semalam kat FB kawan aku punya lah sengal tag satu picture ni kat aku


dia suruh aku masuk google translate taip perkataan UP untuk bahasa inggeris & tengok apa yang keluar
hahahhaha ! aku pun sengal ubi p lah buat..
nahhhh...sekali keluar UP = FACEBOOK
kakakakkakakaak !
punya lah aku ketawa sorang²..ish sangat aneh
aku kan jakun, 1st time lah nih kan...

tak caya..?
hampa p try...
uewwwwwww... !!!

Wednesday, December 15, 2010

Semoga Diberi Hidayah

Picture ni dah lama sangat dalam folder aku
tadi mengodek² nk delete apa yang patut baru perasan picture ni.

Nak maki pun tak ada guna, kita pulak yang berdosa
Semoga dorang ni diberi hidayah menuju ke jalan yang benar & diredhai Allah kelak
amin....

Bertukar

yeah ! yeah ! yeah !
tengok aku dah tukar background..huhu
gatai betoi tangan ni..
nak buat lagu mana aku ni cepat cemuih (bosan)
hahahahaha..
tunggu lah lagi sebulan aku tukar lagi..
uwaaaaaa....

ni adalah n3 yang paling pendek & syok sendiri..
muehehhehehehe.. !

okeh !
sambung buat kerja...

Kenapa..? Kenapa..?

Kenapa..?
Adoiyaii..pagi² ni niat aku nak blogwalking sat..
sekali terpandang satu blog ni
betul² copy & paste aku punya n3
Isu E-Code (Lemak Cik B)
okeh
memang niat aku pun bagi copy E-Code tu,
kalau nak angkut picture sekali pun tak apa
tapiiii...
kenapa sampai isi kandungan n3 aku pun kamu copy & paste..
macam kejam sangat kot der..
ish..idak ler marah @ sakit hati
cuma terkilan sikit jer..
aku pun newbie jugak der tapi idak ler aku buat sedemikian rupa..
adoiyaii...
kenapa..? kenapa..? kenapa...?

tak perlu kot aku nak mention siapa gerangannya..
emm..anyway, thanks babe.. !

Tuesday, December 14, 2010

Isu E-Code (Lemak Cik B)

Snek ni siapa yang tak pernah makan..?
aku..? confirm aku mengaku pernah makan, tapi dah beberapa tahun tak makan
sumpah aku tak tahu snek ni terdapat
E-Code lemak cik B.
punya lah kurang pengetahuan..hehehehehe.

Yaaa..sekarang ana sudah tau lah..
aiyoo..yang dulu² zaman kanak² ribena makan sudah jadi darah daging owh..
owh..patut lah otak aku sedikit lembab..
ni semua kerja kau yer cik B..
dasarrrrr */>@%#.. !!!

Nih ada list E-Code (Lemak Cik B)
yang ni kena sentiasa ada dalam handphone..
standby babe !

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1) E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2) E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3) E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4) E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5) E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6) E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7) E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8) E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9) E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10) E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11) E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12) E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13) E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14) E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15) E 270 30 E 433 45 E 481








Shopping On9 Lagi

Pagi² buta lagi aku dah on9 FB harini
beria nak mampus..haha

Ramai lah yang tag aku kat FB
jual itu ini..
i like.. weeeeee~

so...harini mood shopping on9 dah datang..
aku congak dulu semua price tu
berbaloi ke tak..idak ler buta² aku order..

Orang cakap shopping tu salah 1 terapi..
kan..? kan..? kan..?

tak mau merapu lagi.......... !!
moh ler kiteeeeee....

Monday, December 13, 2010

Award Part 2



Award ni daripada Mimi
thanks yea..baru harini dapat kutip..hiks
ni kena jawab tag dulu nah

- siapa nama anda..?
* lily lalalala

- ape pendapat anda tentang award tersebut..?
* so cuteee dear..simple ! i like ^_^

- selalu blogwalking di sini..?
* mesti lah..semua blog nak terjah..hihi

- pendapat anda tentang blog Mimi
* blog kamu dah comel dear..ada snow kot..huhu
no right click here.. good 4 u (",)


Thanks Mimi...





Cik Senah Punya Problem

Cik Senah nih dah 5-6 hari asik
tanya aku 1 soalan nih.

Cik Senah : "....weii, kalau kau kan diberi pilihan macam ni?"

(A) Tak ada rupa, sedikit gemuk & pendek kata 3B.. tapi kerja ok
(B) Rupa ada tapi kerja biasa² jer..


Aku : "...pilih jer lah yang kau suka apa susahnyerr..."
Cik Senah : masalahnyer 2-2 aku suka..haha

Aku : "..gile mung nih..xkan lah 2-2 pun kau rasa berdebar..?"

Cik Senah : "kalau aku pilih yang A nanti orang kata
aku mata duitan sebab muka x ensem tapi poket hebat..
kalau aku pilih B pun nanti orang kata aku ni
nak yang ensem jer pulak..

confuse..!!"

Last² aku yang pening..
tak tau nak jawab apa lagi dah..
sebenarnya bagi aku problem ni senang jer..
cam aku dok cakap kat Cik Senah tu lah..
buat apa nak pikir orang yer dak..?
kau yang akan bahagia nanti..haishh.. !

Cik Senah oitttt...
senang cerita kau sembahyang Istikharah
mohon pada Tuhan semoga dia buka pintu hati kau untuk memilih..

Semalam pun Cik Senah ni balik jer dari dating selama 12jam weii..
fuhyooo...gilos ! haha
dia ada gak tanya aku soalan lagi tapi aku tak berapa jelas
sebab aku tengah fokus main game..
ngeh³..
xpe² esok lusa dia tanya lah lagi tu..

Saturday, December 11, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Korang dah layan movie nih..?huhu
aku baru jer tadi layan..
apa boleh aku cakap..SUPERB !
hahahhahahha..
apa korang ingat cerita Mamat Khalid tak ada class ker..?hihi

Not bad...
wakakakakkaka.. !!
sakit rahang aku asik ketawa tengok cerita nih..
adoiyaii..penuh panggung tuuuu..

mula2 pakcik kodi ajak layan movie ni aku agak down..
dalam hati "...alorr,cam ler xder citer len.."
hehehehehehe... !
tapi aku ni jarang ingkar..aku layan jer..hihihi


owh Kak Limah...kau sangat class okeh..
hahahahhahahah.. !!

make up hantu Kak Limah idak ler seram pun
tapi cara dia tu buat aku seram..
duduk tepi beranda lah..atas tangga..
uwaaaaaaaaaa....

Awie dengan Johan Raja Lawak memang best..
tetiba aku rasa tak rugi layan movie nih..
hahahhahahaah..

ada tagline yang aku tak boleh lupa
"...ceciter ceciter..."
wakakakakkakaka.. !






*** TGV punya tiket dah naik harga..geram betol couple seat RM14
kalau GSC baru RM10..gilos cekik darah

Friday, December 10, 2010

Kembali Normal..

Assalammualaikum..
Selamat tengah hari yer..

sebenarnya aku tak tau nak mula ayat untuk entry hari ni..
ekekekkeeke... !
gasak lah labu...

Ni pun aku baru jer balik dari interview kat Putrajaya under SPA..
alhamdullillah..
segala lancar tadi..gelabah tak ingat dunia..
hahahahaha.. !
bak kata ayah aku tadi dok bawak perangai loklaq masuk bilik interview..
kihkihkih.. !

Dan semuanya pun dah kembali normal
pasni baru lah boleh jenguk blog kawan-kawan
dah hampir seminggu aku dok study pasal interview ni..
letih owh..kalau interview swasta gasak lah aku main hentam jer..

harus lah aku berdoa mudah-mudahan dapat..
habis semua orang aku mintak doakan pagi tadi..
cuak punya pasal..

Kalau hampa semua nanti dapat interview tu
make sure tengok berita, baca surat khabar nah..
nahhh..betol2 isu semasa yang ditanya...
huhuhuhu...

Okeh..
i nak rest sat nah sambil buat roadblock kt chatbox hampa..
hehehehehehehehe... !

Wednesday, December 8, 2010

Awekinside Giveaway

Hah.. !
ada lagi 1 GA yang tertangguh..hihi
GA ni akan expired hujung bulan nih jer..
uewwww... !


cik tomato yang tag aku mintak join GA ni yang asalnya dari si cantik awekinside
okeh.. !
GA ni yang bestnya hanya gegurl jer tau boleh join..
sorry guys..hihihi
syarat² penyertaan korang click SINI,lepas dah faham semua syarat² nya
hah.. ! join jer lah...


tag kat siapa yer.........

Lily

fiqah alias

apa lagiiii..kasi gegar lah ini GA...kihkihkih


*** rasanya macam ada lagi GA yang aku belum buat..tapi dah tak ingat nih...
tag pun ada gaks...adoiyaii..sorry geng kalau ada yang aku terlepas join..
thanks...

My 1st GiveAway in 2011

okeh..
ni 1st time aku gak join GA nih..
ni pun datang dari cik meaw yang comel itu
owner GA ni si cantik manis Hafidzah, GA ni bersempena her eldest sister yang akan berkahwin insya'allah bulan 5 next year 2011
syarat² nya sangat mudah..click SINI.


nak tag siapa yer..jeng³...

fyna

h.a.n.i.s.a.h

nabilah

kepada si cantik manis semua..semoga berjaya yer..
uewwwwwwww...... !!




*** GA ni dah lama meaw kasi..baru sekarang free nk buat..
xpe, lambat lagi expired..
ekekekkekekke



Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H
kepada semua umat Islam diseluruh dunia..
maaf lah yer terlambat sikit..tak berkesempatan
tup² kejap jer dah pun 2 Muharram harini

Sempena Maal Hijrah 1432H juga lah
aku dapat berita gembira isnin lepas..
aku dapat interview dari SPA jumaat ni di Putrajaya..
alhamdullilah..syukur..
dah bertahun aku apply..syukur..

cuak sebenarnya nih..kihkih
tak tau apa soalan akan ditanya..
mood : sedang study..ekekkeke

Doakan aku supaya dapat jawab ng lancar yer..
sebab aku nih boleh gagap secara tiba²..
muakakkakakaka... !!

kepada hampa² yang tinggalkan jejak & komen tu
insya'allah aku akan balas yer..thanks lah noh..hihi
yang sudi follow aku tu, nanti aku followed yer..
thanks..

Monday, December 6, 2010

Burger King Menggunakan Lemak cik B

Owh.. ! Burger King..
ada ker yang tak pernah dengar nama Burger King nih..?
makan..?? ada ker..? aku lah tu.. muehehehehhe..
serius..seumur hidup aku tak pernah aku makan
Burger King
..
syukur.. !
Mungkin ramai yang dah tau pun Burger King menggunakan lemak cik B..
emm...aku ja lah lembab update..huhu
dah agak lama email ni..aku ja lah yang tak tengok²..hihi
nasib baik tak berkepam weii..
harini baru terbuka hati nak check email..huhu

aku sebenarnya tak tau lah apa kebenda keping² color coklat tu..
agak aneh.. !

hah ! kan..dah terang lagikan bersuluh..
terang² logo Burger King kat situ

emm...agak mual aku tengok..
muakakakkakakaka.... !

close up lagi....
senang cerita..Burger King cap cik B kah..?
ish...

Nauzubillah...
senang sangat Yahudi nak pesongkan akidah kita nih...

kepada yang pernah makan tu..hampa tawakal ja lah nah..
apa nak buat..lepas ni kena lah lebih berhati²..

teringat semalam aku lunch kt
Medan Selera Kg.Dato' Abu Bakar Baginda

emm..kekonon nak makan situ sebab selera kampung..

1) Makanan - not bad
2) Service - aku ni asik kena tukar air..
ada kot dalam 5x orang tu bawak air yang salah
3) Kebersihan - amatlah fail..mati selera aku..

p Alamanda terus kena makan something sebab aku rasa meloya teringat kedai makan tu...
3 perkara ni amat penting untuk aku kalau nak makan kat luar..
sebab aku mudah rasa meloya..
bukannya nak kata aku ni bersih sangat..tapi tak tau kenapa..




*** Nasi ayam pak mael kat shah alam more³ sedap weii...huhu

Ngangkung

itu jer lah title aku harini..
pening ng weekend yang lepas
banyak program yang aku plan tak jadi..uwaaaaaaa..
apa boleh buat..kita manusia kan..emm..
so..weekend aku menonton wayang lahh..
huh.. !
Ngangkung..

emm..ni semua disebabkan member aku cakap best..
yer..dia cakap best daripada movie 2 Alam..
of coz lah kan..hahaha sendiri mau ingat lah babe.. !
akibatnya...
movie ni bagi aku biasa² ja lah..idak ler best superb² kan..
lawak..?ok lah..
seram..? emm..ada part yang aku terkejut..
pakcik kodi tu siap tutup mata aku lagi weeii...
hahahhahahampehh aku tak takut pun..huhu.

dan...
semalam cik senah ajak tengok Aku Tak Bodoh esok hari

tengok keadaan lah..kot yo² or jer cik senah tu kan...kihkih
tapi yang paling aku risau pakcik kodi ajak aku tengok movie 2 Alam..
hah nko.. !


sumpah tak tau camna nak tolak tak mau tengok..ngeh²..
tapi kalau u belanja i follow jer...kuang³..





*** semalam p Alamanda then masuk fitting room...
wahhh...menjadi weii bawak hp tau...
ternyata fitting room kat Alamanda xdak hidden camera..

gigih aku buat experiment...hahahahaha

Friday, December 3, 2010

Tips Mengetahui Camera Tersembunyi

Assalammualaikum...
Selamat hari jumaat yang penuh keberkatan..
aku suka hari jumaat..rasa masa cepat berlalu..hiks
Okeh..

Mesti semua orang pernah masuk fitting room kan..?
alah..bilik untuk kita test baju kat shopping complex tu..
emm..aku pun selalu guna bilik tu untuk test baju,
tak pun aku masuk untuk betulkan tudung...
ekekekkeke...keji pulak kan..hiks

ni ada tips untuk kita mengetahui kalau² ada hidden camera dalam fitting room tu..
ladies....plz alert ya.. !

Di depan bilik persalinan, ambil telefon bimbit anda dan pastikan yang anda boleh membuat panggilan. (maksudnya..mesti ada kredit tau)

Then, dalam bilik persalinan anda perlu buat panggilan. (call lah sesiapa pun)
Jika anda tidak boleh membuat satu panggilan, ini bermakna terdapat satu kamera tersembunyi didalam bilik tersebut.
Ini disebabkaa gangguan optik gentian semasa perpindahan isyarat
Segera lah anda keluar dari situ ya..
kang tak pasal² pulak picture @ video anda menukar pakaian tersebar..

ni boleh jadi satu lagi ancaman kepada kaum wanita & kanak² kan...
tak bermoral betul lah manusia yang buat kerja macam ni...





*** Ada lagi satu tips kalau masuk fitting room ni..kena pandai tengok mirror kat dalam tu..tapi aku dah tak ingat lah pulak..ngeh³

Thursday, December 2, 2010

Contest : Ada Apa Dalam Tuh

Assalammualaikum..
Malasnyaaaa nak update nih..
tapi kena tag lah pulak...weeeeeeee..~

Tag ni datang dari si cantik manis Leya untuk join
Contest : Ada Apa Dalam Tuh yang asalnya datang dari cik bambam yang comel itu ^_^
yang juga bersempena birthday cik bambam tak lama lagi..
thanks yer...
Okeh...

APA ADA DALAM TUH...?
jawapan aku : baby pin
aku pun tak tau nak teka apa..
agak unik okeh bekas tu bukan setakat boleh taruk spice jer..
hihihihi ;p

blog cik bambam dah comel lah...tak perlu ubah² lagi...senang baca n3..
sejuk mata memandang...
header kreatif...
ueawwwwww.....

and the last one......aku kena tag untuk 3orang blogger..

najwa

erina edilla @ 3G

intansuryana




*** Gud Luck untuk korang yer...
kihkihkih






Wednesday, December 1, 2010

Ibarat Cacing Kepanasan

Assalammualaikum...
Selamat tengah hari..??
dah lunch..?
aku jarang lunch..aku suka terperuk dalam opis
malas nak keluar pastu nak cari parking lagi...
buang masa bagi aku..
ahaks...!!

Aku tak ada hati sebenarnya nak update hari ni...
tak ada apa pun nak dikongsi
emm...

Tapi rasa meluat pada something...
kelakar ng someone..

Kenapa sukar nak mengakui kita berpunya...?
faktor...?
1) malu ker..?
2) jatuh saham..?
3) buaya darat..?

emm..jangan lah camni..
jangan biarkan sebelah pihak jer bertepuk sebelah tangan..
tak baik untuk hubungan..
aku bukan hebat sangat dalam hal hati & perasaan ni tapi sikit tersentuh jer..
kuang³.....

yes..
something stupid lah kalau kita bercakap tanpa usul periksa..iyer dok..?
emm..camtu lah aku..
tak cakap kosong..bukti ada..
jelas lagi kan ternyata...
nak aku suluhkan ker..?
kang 1 alam tau pulok...aku bukan camtu okeh..!
bila ditanya kenapa perlu mengamuk..?
idok ler aku kisah hal kamu..

Cerita sebelah kau kebangbung² single mingle..
tapi sebelah sana...
kebangbung² kesana sini ng si dia..
huh..!
sadis aku.....manusia oitt manusia

Kalau benda tak betol jangan jadi cacing dalam kepanasan..

well....

i dont care about u anymore
blah³.......




*** Aku lagi ready kalau kamu katakan aku menuduh tanpa bukti..euwwww....!
mood : agak down ng manusia hipokrit....