Tabung

My Friends

Friday, October 15, 2010

Spagetti & Prego Mushroom Sauce

Tadi masa layan FB aku terperasan link daripada kawan aku mengenai Prego Sauce
(pengemar spagetti confirm tahu)
yang dikatakan mengandungi bahan terlarang bagi umat Islam, nauzubillah....
jom baca, aku copy & paste jer tau :-
Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......
dikunyah rasa asin-asin.


Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan,
sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya,
saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......


saya pun bergegas ke dapur,
pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..


Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap,
tekak rasa mual macam orang hamil.



Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla........
pork minced meat!
Astaghfirullaahalaziim..
saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi.
Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Begitu senang lah kita umat Islam terpedaya..nauzubillah,
lepas ni confirm kalau akak aku masak spagetti kena tukar sauce lain walaupun rasa berlainan.


*** Teringin nak tahu sauce spagetti kat Pizza Hut
guna sauce
brand apa,
sebab aku suka spagetti kat situ..weeee...~

Thursday, October 14, 2010

Lagu Favorite Sepanjang Zaman - There She Goes



Susah betol nak cari official video ni..harap² ni yang original lah (huhu..ntah² salah).
Lagu favorite ni, aku rasa ada lah kot dalam 10 tahun aku dengar lagu ni.haha.
Band ni amatlah payah aku nak menyebutnya..haishh



THERE SHE GOES - SIXPENCE NONE THE RICHER


There she goes
There she goes again
Racing through my brain
And I just can’t contain
This feeling that remains

There she goes
There she goes again
Pulsing through my veins
And I just can’t contain
This feeling that remains

There she goes
There she goes again
Racing through my brain
And I just can’t contain
This feeling that remains

There she goes
There she goes again
She calls my name,
Pulls my train
No one else could heal my pain
And I just can’t contain
This feeling that remains

There she goes
There she goes again
Chasing down my lane
And I just can’t contain
This feeling that remains

There she goes
There she goes
There she goes

Wednesday, October 13, 2010

Cerita Mistik - Part 2

Ok..aku nak sambung balik topik cerita hantu daripada entry yang baru tadi.
Baru aku teringat kawan aku ada copy gambar adik dia bagi aku yang menunjukkan ada makhluk lain yang menumpang dalam gambar tu...huuuuuuu...seram aku
ni gambar adik kawa aku tu..aku dah siap circle objek berkenaan, sebab masa first time aku telek gambar ni aku langsung tak dapat detect mana makhluk berkenaan.

Last² nampak juga bila di zoom..macam mana dia boleh ada kat situ kan...ngeri lah..hiiiiiii.
Kawan aku cakap gambar ni dorang snap dekat Lumut, Perak.
Biasa lah segala jenis jin & syaitan ni tak ada kerja kot noh...? merayau² kacau anak cucu Adam..

ish..mintak simpang lah benda² macam ni....




*** Malam ni pun perlu bersedia dengan bacaan
segala yangaku ingat..haha
yang penting ayat Kursi nahh....
(untuk orang yang penakut cam aku jer kot..hiks)

Cerita Mistik Hot Fm

Pagi tadi masa aku tengah bersiap nak datang kerja sambil² tu
dengar Hot Fm topik Cerita Hantu kot,
ni kes yang keluar dalam surat khabar mana entah pasal
tempat kejadian yang berlakunya excident dekat Melaka tu lah,
dorang cakap tempat tu memang dah selalu sangat orang
nampak perempuan berbaju putih mengendong anak sama ada tepi jalan lah..
tengah lintas jalan lah..haiii macam²..

Aku yang sememangnya penakut ni tahu jer lah..emm..
pastu AG dj Hot Fm lak cerita hantu yang dia pernah dengar..
ada kes dekat sebuah Institusi Pengajian Tinggi ni,
malam tu ada seorang student ni nak ke library untuk study dalam pukul 11 malam,
bila sampai jer kat library tengok lampu dah terang benderang..
dia pun rasa tak takut sangat lah sebab ada gak student lain sedang study.
Dia pun masuk pastu nampak lah seorang budak perempuan tu
tengah study sorang² dia pun tegur lah...

Student : emm..sorang ker..? boleh saya duduk sini..
Budak Perempuan : emm..duduk lah..tak ada orang pun.

Pastu study punya study sampai pukul 1 kot lebih kurang tetiba pen student ni
jatuh bawah meja, dia pun tunduk lah nak amik pen tu..
sekali tuuuuuuu tengok² tak ada kaki budak tu..
(ni AG nyer suspen..seram aku)
bila dia dah tahu tu hantu dia pun nak balik lah

Student : saya dah mengantuk lah..emm,
saya balik dulu ya..
Budak Perempuan : ok..saya belum mengantuk lagi.

Student tu pun terus berjalan nak keluar tetiba...

Budak Perempuan : Dah mengantuk ker dah tahu.....

Gila sengal time AG punya nada dia bercakap..uwaaaa...
dan² tu jugak aku mute volume..
hahahha..habis semua orang tak boleh dengar,
tak nak lagi aku tahu cerita selebihnya..hihi



*** Malam nanti confirm aku terkebil²
biji mata nak
tidur...
(=_=')

Al-Fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam yang
terbabit dalam kemalangan maut di melaka.

Thursday, October 7, 2010

Tekek @ Pokke...??Mahal ker...?

Masa aku balik kampung raya lepas kebanyakan kawan² aku sibuk bercerita pasal cicak Tekek @ Pokke neh.
Aku sendiri pun tak tahu apa binatang sebenarnya yang aku tahu Tekek @ Pokke neh sejenis cicak yang sangat pemes buat masa sekarang neh, kekonon cicak Tekek @ Pokke neh boleh buat vaksin untuk penyakit AIDS kot kalau tak salah aku (sebenarnya aku tak sure betol ke tak untuk penyakit AIDS) sebab tu lah tetiba jerk cicak neh jadi mahal kalau dijual..yang aku tahu kalau kita jual berat dalam lingkungan 300g boleh dapat sekurang-kurangnya RM100k..hah kau gilo pokcik kayo neh..hihi.
neh lah kot cicak tu..neh pun aku google tadi,cicak neh ada pelbagai jenis bentuk & warna
neh pulak lain warna.




*** Sebenarnya aku paling takut dengan apa² jenis binatang yang
berkulit lembik & sewaktu dengannya...huhu

Tuesday, October 5, 2010

Hari Malas sedunia.....

Tu dia tajuk utama yang sememangnya akan di 'reject' oleh bakal mertua didunia..haha
Semalam dah tidur dengan waktu yang tersangat lah awal..owh apa nak jadi..

Ini lah akibatnya kalau tak ada benda yang berfaedah nak dibuat..tidur adalah perkara yang paling syahdu..hiks
Sampai tadi masuk office pun tersangat lah lambat..owh Tuhan..rosak reputasi aku bulan neh..emm..

Bila datang kerja pun dah lambat segala kerja pun semakin tergendala akibat kemalasan yang melanda, bukan sebab bangun lambat..bangun tersangatlah awal siap boleh buat breakfast lagi..huhu...tak tahu mana yang lambatnya....

Cuaca kat luar pun lembab tak panas membuatkan aku bertambah lembab.huhu..

jangan sampai boss aku cakap macam neh..masak aku..hiks
(ehsan pakcik google)

Monday, October 4, 2010

Shopping On9 (*_^)

waaaaa.....sekarang neh aku jadi semakin pemalas, kalau boleh semua benda aku nak beli on9 jerk..
alahhh..tekan jer hujung jari lepas tu g bank transfer duit tunggu 3-4 hari barang dah sampai..hoyeahhhh!

Tapi agak bahaya neh..asyik click² g bank tokey ayam pun gulung tikar weii..shopping boleh tapi agak² ler yer..cam aku buat, 2 bulan sekali baru bukak page yang jual barang..hahaha..kalau bukak tiap² minggu kang semua nak dibeli.

Sebelum neh aku dok shopping baju jer (sampai ke akak aku pun gila sekali shopping on9..haha) tapi sekarang lagi jadi semakin pemalas, sampaikan makanan pun beli on9 owh...habis² kang elok² ada bakal mentua nak buat calon terus reject..uwaaaa...


*** Tapi shopping makanan neh agak berisiko,
kang dah sampai tak sesedap yang diduga..emm, hampeh!
Walau macam mana pun...............
aku tetap nak try..hoyeahhh!

Doa & Amalan

Salam pagi Isnin..waaa...monday sickness, sangat stress datang kerja tengok file menimbun..huh
Haish! jangan² tak baik untuk kesihatan macam neh..huhu

Jom kita hafal & amalkan tujuh kalimah ini semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T & Malaikat, kita juga akan diampunkan dosa² walaupun sebanyak buih dilautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim 
: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah 
: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah 
: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah 
: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah 
: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah 
: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah 
: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

*** Amalkan selalu Insya'allah Tuhan akan memberi kita
    petunjuk..amin

Saturday, October 2, 2010

Sleeping Beauty....??

ihsan dari pakcik Google

Sejak akhir² neh aku kerap betol tidur awal...
kalau boleh lepas azan Maghrib pun aku nak tidur,haishh..!

Tak elok tidur time Maghrib syaitan iblis paling suka umat Muhammad lalai time neh..adoiyaii apa nak jadi kamu neh cik lily..
(tapi aku cakap jer, idak ler teman tidur time maghrib eah..huhu)

Tapi malam tadi aku mengagahkan diri untuk tidak membuta dengan lebih awal..
ada Cik Senah housemate aku tu suka cakap
"..banyak tidur pendek umur..."
owh...begitu bergaya kamu yer kamu Cik Senah berkata demikian...hahahahaha..
semalam layan filem Histria..cam apa jerk,
tak logik sesangat..
padan kau Cik Senah dulu g Cinema kan tengok cerita neh..
huhu



** Dapat tidur memang sedap
Tapi kalau dah kerap boleh jadi bengap.
huhu

Friday, October 1, 2010

BLOODY HANDS - Island Hospital warning..!

Dapat email lagiiiii dan lagii....owh..banyak info sebenarnya, yang aku dapat neh sebagai peringatan jugak tau..jom..layanzzzzz... :-

Jika anda melihat seorang lelaki (terutaman India) menaiki motosikal dengan tangannya sedang berdarah mengetuk tingkap kenderaan anda supaya berhenti dan untuk bertanya akan tisu untuk membersihkan tangan yang berdarah. INGAT jangan sesekali anda memberhentikan kenderaan, terus saja drive walaupun dia merosakan kenderaan anda atau memegang erat side mirror..terus juga drive sampai ke Balai Polis berhampiran.

Taktik jenayah ini telah dilaporkan berlaku 40 kes sekitar Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya & Stesen Polis Klang Town.

Mereka ini terutama gengster India bekerja dalam berkumpulan serta sangat berani melakukan jenayah ini bahkan di daerah-daerah padat dimana tak seorang pun akan berani untuk berhenti kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama dari taktik kotor adalah untuk merompak anda dan / atau bahkan melakukan perkosaan jika anda pemandu wanita memandu sendirian.


 *** Takutkan..kepada para wanita diluar sana..beware ok..

Hati² Bercuti Di Indonesia

Info neh aku copy dari email yang aku terima dari kawan aku, jom kita baca sebagai info :-

PESANAN,

Kepada sesiapa yang berhajat untuk bercuti ke Indonesia di nasihatkan supaya tidak makan di gerai² tepi jalan @ di pasaraya

Peringatan supaya tidak memesan nasi goreng campur / gila. bakso sapi & sate kerana terdapat campuran babi dan tikus. Di Indonesia sapa A.K.A lembu dan ayam mahal, so dorang ganti dengan daging babi & tikus
 uwaaa...sungguh geli aku..
tengok tu..acara membuang bulu sebelum dimasak
hoyeahh...! sesi memotong hingga menyerupai daging ayam
Persiapan untuk mengoreng "ayam"
sebelum itu diberi bumbu (yang neh maksudnya rencah kot)
sedia untuk dijamah ;)
hey..look..! uwaa...serupa sangat daging ayam..

*** Indonesia dengan Malaysia memang dalam label negara
    Islam..tapi perlu di ingat, 
    kita mempunyai Mazhab yang berlainan...
    Ini hanyalah sebagai info kepada semua, 
    benar @ pun tidak Allahualam

Cikgu Shida Yang Sedang Meletup

 

Neh lah Cikgu Shida tuh..huhu..femes owh dia sekarang neh macam goreng pisang panas.
Rata² kawan cik lily di FB share video Cikgu Shida ke page dorang..owh man..! Kelakar memang kelakar beb...haha
tapi macam something wrong pun ada...

Apa sudah jadi dengan dunia..?? Dia mengaku sebagai Cikgu (cikgu ialah pembimbing anak bangsa)..
Emm..tapi mungkin jugak dia tension ke kan..no komen lah..

Tapi kalau sebagai Cikgu tidak ker dia sepatutnya menunjukkan attitude yang baik untuk anak muridnya..??
emmm...tak nak komen jugak...terserah pada diri masing²....


*** Dunia dah akhir zaman..macam² perkara terjadi 
    sekarang..terutama pada umat Nabi Muhammad S.A.W