Tabung

My Friends

Thanks

Saturday, January 29, 2011

Kuku @ Nailz

Siapa lah yang tak mengimpikan kuku yang cantik, shining, kemas serta bersih..
 ihsan google
aku dulu pun zaman sekolah hingga zaman aku belum bertudung, kuku jangan haraplah nak pendek..dalam 2mm tu paling pendek lah tu..hohoho
sekarang tidak lagi..cewah ! dah macam iklan pulak..malah geli kalau kalau kuku panjang even 1mm sekalipun (melainkan sebulan sekali harus bagi wanita..huhu)
sekarang ni pelbagai rawatan ada untuk kuku..manicure lah apa lagi entah semuanya untuk mencantikkan kuku.


ihsan google

  • Dikatakan bahawa menyimpan sebatang kuku jari yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kita menyimpang kesemua kuku jari yang panjang bayangkan betapa banyak dosa yang kita hadapi
Kebenarannya :-
  • Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan jua sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian & ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunkan tangan untuk beristinjak
  • Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu sentiasa lah berkuku pendek untuk kesihatan & kebersihan diri.

Friday, January 28, 2011

Mengimbau Zaman Persekolahan

Tengah mengodek pendrive ternampak picture zaman sekolah menengah nih..huhu.
ni first time kot aku tayang muka aku yg full kat sini,
itu pun mesti hampa tak tau yang mana satu aku..kah kah kah..biar lah rahsia.

kalau Cik Embun dengan Cik Senah mesti tau aku yang mana satu..huhu
hanya dua orang nih ja tau akan kewujudan blog aku nih..(owh kagum beta) melainkan blog 2tahun yang lepas sudah pun aku lenyapkan..keji kat situ.

Diantara semua nih aku ja yang still single but not available..kah kah kah !
yang lain semua married already nah...power ann kawan² aku laju ja..
dulu time sekolah aku lah yang paling baik sekali,
form 4 dapat offer jadi Pengawas Sekolah tapi disebabkan kawan² aku jahat² belaka aku tolak offer tu..kang kerja aku tangkap kawan sendiri pulak..hahaha ! setiakawan betul..lurus bendul pun ada.

*** ini pun aku tak ingat form berapa & yang paling sadis..siapa yang tolong snap picture ni pun aku tak ingat..hohoho

Berehat Seketika

Gadis Semasa akan berehat seketika kerana kesibukan melanda diri.

Menghambakan diri kepada boss aku yang kedekut itu sehingga Chinese New Year next week, then habis ja holiday baru free..kerja banyak nak mampus sebelum cuti panjang.
Haji baghil boss aku nih, gaji staff belum keluar tapi kereta baru dia yang keluar dulu..arggh ! bikin aku jadi incredible hulk ja nih..
huh ! lari tajuk..okeh

Sekarang masa terluang akan digunakan untuk bermain game di FB iaitu Cityville hehehe.
gila addict dengan game ni..benciii !

ihsan google

Akan tetapi blogwalking tetap dijalankan seperti biasa...don't worry ! hehehehehehehehe

Thursday, January 27, 2011

Apabila Fasha Sandha & Nora Danish "Berperang"

Tak habis² lagi perang antara Nora Danish dengan Fasha Sandha nih..
kau salah aku, aku salah kau..nak tergelak pun ada..
segalanya bersangkut paut dengan Jejai..
adoiiyaii artis Malaysia what happen, huh..?

1) 2 tahun lepas Nora Danish bercerai dengan Jejai kononnya disebabkan orang ketiga iaitu Fasha Sandha
- itu adalah apa yang diperkatakan, kesahihannya hanya Fasha Sandha, Nora Danish & Jejai saja yang tau

2) Tahun lepas (2010) Fasha Sandha telah pun mengesahkan yang dia dengan Jejai sedang berpacaran
- Bagi aku biarlah..asalkan dorang bahagia..

3) Baru² ni Jejai mengesahkan juga bahawa dia dengan Fasha Sandha sudah putus hubungan cinta (selepas dia & family pulang dari bercuti bersama Nora Danish)
- Nak buat macammana jodoh tak kesampaian.

Hahahaha..mesti hampa ingat aku sokong Fasha Sandha kan..? aku tak sokong mana² pun, tu hal depa lantak lah nak buat apa pun. Yang menjadi pelik bin ajaibnya selepas ja Jejai mengumumkan yang dia dengan Fasha Sandha dah putus & bukan Nora Danish yang menjadi punca kejadian tu lagi banyak pulak spekulasi mengenai depa nih.

- Nora Danish pulak mengatakan yang dia telah lama mengetahui yang depa tu putus iaitu 2 bulan yang lalu...hohohohoho
- Fasha Sandha pulak mengatakan selama Jejai & family dia pergi bercuti bersama Nora Danish, Jejai still BBM & call seperti biasa..malah dia juga ada bukti yang menunjukan depa masih berpacaran masa tu.

- Sejak semalam lagi Fasha Sandha mengamuk..segalanya diluahkan dalam Twitter & juga Facebook

Bagi aku lah kenyataan Nora Danish tu macam makan diri, kalau betul dia tak ambil tau jangan keluarkan kenyataan yang macam tu, maruah jugak tu kan..lebih baik berdiam dari berkata² kadang² buat orang terasa.
Disebabkan itu, tadi aku buka Fasha Sandha Fanpage nahhh ! terbeliak segala bukti dikeluarkan.
Click sini Harian Metro Online
Andai bukti tu benar belaka, habis lah Nora Danish kena cop cakap tak serupa bikin..hehehe..
mungkin Nora Danish masih lagi tak dapat lupakan kisah penceraian dia dengan Jejai.

Apa² pun..berbaik² lah kan..tension fans nanti asyik keluar cerita berperang ja....
Kita doakan ja lah yang terbaik buat mereka berdua nih ;)

Segala yang terjadi ada hikmahnya...Tuhan yang maha mengetahui..



*** Tetiba pulak aku jadi macam wartawan harini..hehe
        ni gara² aku dok layan FB lah tadi nih, terbaca segala gosip...

Rela



Dapat jugak aku cari lagu nih... mahu tak eh aku hanya ingat lirik  
"demi cinta yang menyala..kurela....."
sampai situ ja yang lain tak ingat & tak tau..
pendek kata penyanyi pun aku tak tau lagikan tajuk lagu nih kah kah kah.

last...aku search ja lah menggunakan lirik yang sehelai sepinggang tu..huhu
lagu nih best kot tahun 1990an lagi, tapi kerap aku dengar sekarang nih lah..
setiap kali ada jiran aku buat kenduri kahwin, mesti ada yang akan karaoke lagu nih..
orang yang sama..aku dok dalam rumah pun boleh dengar..
jenuh tanya Cik Embun lagu apa dia kata lagu Dayangku Intan..
hampassss betul...
Mendalam maksud lagu nih, kesungguhan dia dalam bercinta sangat mantap.
dah jangan tanya lebih² aku tak reti nak tafsir...



*** Sedang search lirik lagu pulak..

Wednesday, January 26, 2011

Khurafat Bosan..?

Semalam Cik Senah telah selamat menonton filem Khurafat dengan 'kawan' dia...huhu
sebenarnya aku Cik Embun Cik Senah memang nak p tengok pun semalam tapi disebabkan aku kesempitan tak dapat nak join, then call Cik Embun pulak tak pick up so, Cik Senah pun p dengan 'kawan' beliau..
apa aku mengarut nih.

Pagi tadi dia bagitau aku..

Cik Senah : weh...baik kau tak payah p tengok Khurafat cam hampass jer..
Aku           : awat pulak dah..?
Cik Senah : menyesal tengok..tak takut pun, terkejut sekali jer pastu haram tak faham
                    jalan cerita
Aku           : orang belanja nak menyesal buat apa...wakakakakaka. orang cakap sedap ja
Cik Senah : aku rasa dalam Melodi tu semua budak fan club Shamsul Yusof lah..
                    hehehehehe
Aku           : jimat duit akuuu..(terus bagitau Cik Embun tak jadi p tengok..kihkih)



***updated : baru teringat aku kalau p tengok filem seram, 
                     tisu yang lebih tengok daripada aku..sebab aku guna tisu untuk tutup mata..
                     ekekekekeke...jahanam duit ja hang nih ^_^

Keluasan Neraka Jahanam

 Luasnya Neraka Jahanam :-

1). Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat  
2). Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah  
3). Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung  
4). Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah  
5). Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik  
6). Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak  
7). Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum  
8). Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular  
9). Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.  
10). Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai  
11). Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami  serta orang yang tersayang kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Tuesday, January 25, 2011

Pada Syurga Diwajahmu

Pagi² lagi dengar lagu Nash - Pada Syurga Diwajahmu buat aku rasa syahdu..
lirik yang mempunyai maksud yang mendalam.
Mula lah saat berangan aku, suatu hari nanti bila dah kahwin aku nak taat pada suami tak mau derhaka tak masuk syurga..ekekekekeke
pendek kata nak jadi isteri solehah..kah kah kah mampukah..?
insya'allah..
teringat topik kat Hotfm pagi tadi mengenai "Suka Hak Orang Lain" ish..nauzubillah kalau boleh dielakkan haruslah elak. 
tapi satu jer aku percaya Qada & Qadar, kalau dah betul jodoh kita dengan suami orang apakan daya..
semua pun dah tertulis..
macam yang pernah aku lihat, walau lari macam mana pun tak nak bersuamikan lelaki orang tapi akhirnya tetap bertemu jodoh walaupun dengan orang lain yang jugak suami orang.
Itu lah ketentuan Tuhan, sejak kita lahir semua dah ditentukan...

Tuhan sengaja menduga kita
Dimana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah dimana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihat kubahgia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus gersang
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus gersang
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Kuberenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Dan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti

Monday, January 24, 2011

Soalan Perah Otak


Pernah tengok picture kat atas nih..? aku first time kot..
tapi aku rasa hampa semua mesti ada yang dah pernah tengok..
( yer² aku jakun & lembab..hikhik) sekarang dah jarang on9 FB
Semalam pakcik kodi tag kat aku suruh jawab,
sampai la ni aku still tak faham lagi..kah kah kah

Tapi semalam sebelum aku on9 dah ada member dia jawab yang betul..
orang first yang komen, 
punya lah kejam komen tersebut have been deleted..damn!

Kalau hampa tau meh gtau aku cepat, boleh aku p jawab kat FB.. kah kah kah
okeh²..sambung kerja semua...hak hak hak

Sunday, January 23, 2011

Malu Tapi Mahu

Selamat berhujung minggu..
tak pergi memana ker..? alah macam aku....terperam kat rumah dah hampir sebulan disebabkan pakcik kodi asyik kerja tak pun balik kampung..emm..sian aku..

Tadi ada sorang hamba Allah nih, dia nih dah memang lama dok bagi hint kat aku, 
memula dulu aku blurr tak faham..kah kah kah
bila dah selalu sangat aku dah faham..huhuhuhu alah macam dalam cerita Laila Isabella tu..
Mahu Tapi Maluuu...
pendek kata last sekali dia nak ajak aku keluar rupanyaa..lahh..
awat tak habaq awai..ish kah kah kah 
aku malas nak keluar sebenar eh..rela aku dok rumah kebosanan tahap gaban daripada aku keluar dengan orang yang suam-suam kuku dengan aku..
bukan nak eksyen ala-ala diva tapi untuk mengelak daripada timbul syak wasangka..
kah kah kah
(jawapan selamat)
jom sambung tengok CSI Miami yang asyik repeat sampai aku dah boleh hafal dialog.
hehehehehehehehe



*** Jangan lupa tengok badminton Terbuka Malaysia 2010 final Datuk Lee Chong Wei menentang Taufiq Hidayat..confirm sengit petang kang..huhu


Saturday, January 22, 2011

Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Tahniah kepada Ayu Raudhah & Zaquan Adha keran telah selamat pun di ijab kabulkan di Alor Star, Kedah.
Semalamnya malam berinai lagi lah cun si Ayu Raudhah ni, nak tengok clik Sini.
Teruja betul aku tengok Ayu Raudhah yang sangat cantik itu..lelaki mana lah tak cairkan. 
Untung lah Zaquan Adha kan, bini cun melecun..huhu
semua gambar ni aku copy dari Beautifulnara.com yang asalnya daripada Piccalasso .

  


 


 sangat cantik kan..? manis jer muka

Semoga berbahagia hendaknya hingga ker akhir hayat..

Friday, January 21, 2011

Lucky Draw

ihsan google

Malam ni Cik Embun ada company annual dinner kat Cyberjaya & function wajib kalau dinner mesti ada Lucky Draw.
Aku dah pesan kat Cik Embun, nak masuk nanti baca bismillah langkah kaki kanan tapi jangan buat²..hehehheh
sebabnya..mana lah tau untung² dia bawak balik TV LCD 32" ker kan, boleh lah aku menumpang.TV kat rumah tu pun dah macam kena penyakit sawan, yang lagi satu pulak dah jadi incredible hulk... hakahakha tapi dia beriya² berdoa dapat handphone Blackberry Bold. 
kelass kan hadiah Lucky Draw company Cik Senah tau.
aku..? emm..nama jer lah contractor..boss semanjang cakap payment tak masuk..tak tau lah time company aku punya annual dinner dapat apa..buah limau mandarin jer kot..kah kah kah



*** Kalau ada hadiah RM200 free topup ok gak tu Cik Embut oitt 
       (al-maklum lah Cik Embun kerja dengan dealer Maxis) heheheheh


Senarai Restoran Terkenal Yang Disahkan Halal & Ditarik Balik Sijil Halal Oleh JAKIM

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
 
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

4. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

5. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

6. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
 
7. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

8. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.




*** Kenapa tak disebut KFC & Pizza Hut yerr..? emmm....


First Giveaway Topup by Far

http://4.bp.blogspot.com/_meQyzZ-OCO8/TTfumAgo60I/AAAAAAAAAlg/H2W6tAvdOuU/s1600/anigif.gif 

Lama jugak aku tak join GA nih, ni aku dapat tag dari Nana untuk join GA yang asalnya daripada Far.
Thanks Nana & Far.

Syarat-syaratnya...
  • Tajuk entri mestilah "First GiveAway TOPUP by Far".. 
  • - done
  • Wajib follow blog Far dan CahayaRahmat dari Ilahi.. Kalau tak follow, penyertaan anda akan tidak diterima..
  • - done (Far 102 & CahayaRahmat dari Ilahi 92)
  • Letak banner kat atas ni dalam entri anda dan linkkan ke entri ni.
  • - done..dah letak tu (",)
  • Tag sekurang-kurangnya  seorang rakan blogger anda dan pastikan mereka yang ditag tau anda telah meng-tag mereka. Sila link sekali blog rakan anda yang ditag dalam entri anda!!
  • - Yang Izatul
     
  • Tinggalkan komen anda di entri ini sahaja.. Jangan lupa sertakan sekali ID FOLLOWER anda ya!
  • - done jugak..
     Okeh, kepada sesiapa yang nak join pun boleh ajer..
    meriahkan lagi suasana kan..? kan..?

Thursday, January 20, 2011

Stairway To Heaven Korean Drama Series

Pernah tengok drama korea Stairway To Heaven..?
masa tu aku tengah study lagi kot..hehe. ok aku tak ingat tahun..

Sangat sedih drama nih, menangis² cengeng aku dulu hahaha..romantik tak ingat
time tu lah aku mula berangan kalau lah ada Mr.Right yang betul² gila kan aku macam dalam drama nih..
huhuhuhuhu..ok itu bukan kenyataan, ada ker lelaki macam ni..? 
kalau ada..alhamdullilah..nanti pm i k..kah kah kah


Drama ni tragis..Sung Ju (lelaki) & Jung Suh (perempuan) ni kenal daripada kecik² lagi. dah start suka sama suka, then bila dah dewasa Sung Ju melanjutkan pelajaran ke oversea selama 3 tahun. Hari ketibaan Sung Ju ni balik Jung Suh excident..Yuri iaitu adik tiri Jung Suh pun suka kan Sung Ju, dia telah langgar Jung Suh dengan kereta sehingga Jung Suh hilang ingatan. Yuri bagitau Sung Ju yang Jung Suh dah meninggal padahal Tae Hwa abang kepada Yuri yang menyaksikan kejadian tu bawak Jung Suh pergi jauh dari mereka semua dah telah tukar nama Jung Suh kepada Kim Ji Suh (ini disebabkan Jung Suh hilang ingatan serta tak dapat mengingati semua kisah silam).
Setelah hampir 5 tahun, Sung Ju mengambil keputusan ingin bertunang dengan Yuri atas dasar bisnes korporat. Pada hari pertunangan tu Sung Ju nampak kelibat Jung Suh...........jeng jeng jeng

baca seterusnya kat Sini
tak pun korang layan lah kat channel NTV7 sekarang ni setiap isnin hingga khamis jam 12 tengah hari, dorang repeat semula..kah kah kah.



Tragis cerita nih...dugaan betul kalau di alam nyata..
meh aku cerita lagi sikit..Jung Suh tu mati ending nya...kah kah kah
sedih..sob..sob..sob




*** Nak download drama ni buat koleksi.. ^_*

Selamat Hari Thaipusam

sumber google

Selamat menyambut hari Thaipusam kepada semua penganut agama
Hindu diseluruh Malaysia. 
Ramai yang cuti hari ni tapi tidak termasuk aku..aman jer jalan pagi tadi, boss aku bertindak dengan kejam pada tahun ni kerana beliau telah menarik balik
public holiday Thaipusam.caitt !
so, aku terpaksa datang kerja.hohoho

Ok..dah melalut..yang aku tau kalau kat tempat aku Thaipusam ni penganut agama Hindu akan mensucikan diri mereka daripada segala dosa² kecil @ pun besar (aku tak berapa ingat) dengan mencucuk seluruh tubuh badan dengan jarum lah & etc.
Dulu aku selalu nampak, sebab jalan ditutup untuk dorang ni berarak..aku penakut lah..tengok sipi² jer..

Tapi festival nih bukan semua penganut agam Hindu didunia, hanya Malaysia & Singapore ajer.
baca lebih lanjut kat Wikipedia

hahahahahaha..aku malas ak menaip kang takut salah info..huhu


Andai Menangis Dapat Menyelesaikan

ihsan google

Andai menangis tu dapat selesaikan segala problem, aku rela menangis 24/7.. 
tak berdaya nak menanggung.
alangkah best kalau segala problem tak perlu diselesaikan.. 
biar jer macam air bergerak mengikut aliran.
Nak ajer aku ibaratkan diri aku macam tu..tak nak buat apa².. 
dok diam² tak nak fikir, tak ada lah bersarang dalam kepala.
Lagi fikir lagi serabut.. makin serabut terasa nak menangis.. 
selagi menangis terasa macam insan lemah.

Tuhan tak akan uji kita andai dia tau kita tak mampu nak mengatasi... 
tapi bila dah terlalu lama rasa macam tak mampu..

Wednesday, January 19, 2011

Nenek & Pemuda Dicekup Khalwat

Nenek berusia 51 tahun dicekup bersama pemuda berusia 24 tahun. !
mantap aihh.. baca Sini
Terkejut tahap naruto jap..hohohoho..kejadian berlaku di budget hotel Shahab Perdana, Kedah nuhh..
tudiaaa..kampung chek nih..ekekeke

 Banyak persoalan dalam kepala otak aku nih..
1) Bernafsu lagikah nenek tersebut..?
2) Belum menopause kah beliau..?
3) Belum terasa kubur sedang memanggilkah..?
4) Tak malukah dengan anak² serta cucu..?
5) Lelaki tu dah habis selera sangat ker @ tangkap muat..?dapat duit..?
6) Baru 24 tahun, masa depan panjang lagi

eee..dah² lagi banyak kang lagi dasyat pulak jadinya..
dunia apa nak jadi..?dah akhir zaman nih....

Pesta Duit Syiling



Bagaikan pesta..baca lebih lanjut kat Sini.

Tergelak jugak aku dengar Hotfm pagi tadi topik ni.. 
then, tadi lunch hour aku godek² lah Harian Metro Online terjumpa lah berita ni. 
Kereta pacuan 4 roda yang membawa RM75 000 syiling terbalik.. 
fuuh ! banyak babe bersepah atas highway

Dah tu pengguna highway yang lain bagaikan menerima durian runtuh mengutip syiling yang berterabur @ lebih senang orang kita cakap rezeki jangan ditolak...hauauaha
Malu kot megutip duit syiling lagipun bukan duit kita, rata² dalam foto tu Melayu..malu lah. kita ni Islam apa hukum korang kutip duit² tu..? nak bagi anak bini makan kat rumah..? berkat ker..?
emm...waallahualam..sendiri fikir.

Aku cuma kesian kot kat owner tu jer, melayu jugak tu..dia pun tak dapat buat apa²..

Orang Tua Tapi Tak Beradap

Geram aku pagi nih dengan bapa saudara aku tu, dah agak lama aku tahan je apa dia buat pada mak dengan ayah aku..sesuka hati nak maki, sesuka hati nak tengking.padahal dia tu adik ayah aku.

Kalau iya pun tak sekolah tak kan adap kepada orang yang lebih tau pun tak tau..?bengal lah camtu.
bukan saja dia..termasuk jugak anak² dia semua macam tu..menyusahkan family aku.
Time senang saudara mara haram tak ingat datang jenguk pun tak, time susah tak ada duit terhegeh² datang nak pinjam..nak buat itu nak buat ini...sampaikan nak bayar Roadtax kereta pun tak ada duit, apa kes..?
Vacation sana sini boleh jer..stupid lah tuh. yang jadi mangsa akak aku lah, mampus aku nak biar akak aku bagi pinjam..bukti dalam FB dorang bercuti sana sini...

Baru² ni bapa saudara aku nak pinjam duit..akak aku tak nak bagi sebab dia pun nak buat rumah. 
so, mak dengan ayah aku tak sampai hati tak bagi dorang pun nak bagi duit dorang..ok aku boleh terima
tapi part aku tak boleh terima tetiba datang rumah aku family aku sorang pun tak ada, call suruh mak dengan ayah aku balik dia nak duit..weh ! datang macam kita pulak hutang dia..memang celaka aku cakap tak kira dah kau orang tua ke apa.

Then, tadi mak dengan ayah aku on the way pergi hantar duit yang dia nak..see..? mak dengan ayah aku hantar..emm..aku memang sakit hati betul.
mak aku cakap..malas nak cakap apa lagi dah, bapa saudara aku tu dah menengking² nak duit..mak dengan ayah aku tak nak gaduh²..aku redha jer..tapi aku sedih mak dengan ayah aku dilayan macam tu.
kitaorang punya hormat cakap tak pernah tinggi tapi dorang buat pada mak dengan ayah aku camtu..
aku sangat kecewa.

Kalau² ada cousin aku yang terbaca kat sini, aku ingatkan korang p telek muka masing²..rasa malu ke tak malu orang lain yang tolong mak dengan ayah korang..?anak² sedap² berjalan sana sini..tak kenang budi langsung. aku sekarang ni haram tak kisah langsung andai tak ada saudara macam korang..menyusahkan hidup family aku !




*** Kalau ada yang cakap aku agak kurang ajar kat sini harini., harus lahhh...aku tak dapat tahan apa yang mak aku cerita tadi..semoga semua nih jadi pengajaran



Tuesday, January 18, 2011

Boss ! Ada Bonus Tak Tahun Nih...?

ihsan google

Kehadapan boss ku yang yang paling kacak lagi bijaksana,
ada tak bonus untuk staff this year..?
respon dari boss yang paling kacak lagi bijaksana amat lah dihargai & dikagumi...
boss...saya tak dapat attend itu dinner.so, kalau ada bonus bank in jer k..
huahauhauahauau

Ini adalah bersempena Chinese New Year tak lama lagi yerr..dengan harapan dapat lah bonus...
boss aku nih dah lah haji baghil.

Kalau betul lah ada.....aku dah berangan nak manfaatkan duit itu dengan berguna sekali..
ekekekekekekeke


Diludah Pontianak

Ni nak tau dan nak bertanya, betul ker ada kes kita manusia diludah pontianak..?
Cik Senah dah 2 hari badan gatal² merah,
semalam dia tunjuk kat Cik Embun badan dia yang gatal² tu..
Cik Embun cakap ni kena ludah dengan pontianak nih..?
huh..? biar betul....
mana tempat Cik Senah pergi sampaikan kena ludah dengan pontianak nih..?
pontianak yang macam mana..?

macam ni ker..? uwaa..mahu tak tidur malam aku..dah lah Cik Senah roommate aku.
Betul ker ada kes macam ni..? kalau kena ludah dengan pontianak, dia p klinik doktor akan cakap apa yer..?

Doktor      : awak salah makan nih..sebab tu gatal²
Cik Senah : tak mungkin lah doktor, saya tak alergik dengan apa² jenis makanan pun..
Doktor      : Ok..saya bagi ubat gatal..awak sapu then kena pantang sikit lah makan tu..
Cik Senah : emm...ok lah.. (ayat redha..hikhik)

hakhakahkahakak...
mengamuk Cik Senah kalau dia tau aku buat dialog sendiri



Raja Lawak Astro Musim Ke-5

Raja Lawak Astro Musim Ke-5 dah pun start last week tapi aku belum berkesempatan tengok atau lebih senang tak rasa nak tengok opss ! tunggu dah nak final nanti baru terhegeh-hegeh tengok..hakahkahk.
Disebabkan tak ada cerita yang menarik kat astro aku pun layan lah siaran ulangan Raja Lawak ni, contestant not bad lah untuk this year..
mantap jugak lah aku ketawa terbahak-bahak.
Tapi yang lagi aku ketawa terbahak-bahak time David Teoh kritik, adoii tak boleh blah dowh..cakap pun ke laut, dah rosak bahasa..ish,macam mana lah Astro boleh terfikir nak ambil dia jadi pengkritik.

Monday, January 17, 2011

Ibu Suruh Abang Rogol Saya - Harian Metro

credit to Gengblogger

Terkejut beruk kejap aku tadi baca Harian Metro Online
"Ibu Suruh Abang Rogol Saya".
apa nak jadi dengan dunia, si ibu yang selalu di sifatkan sebagai seorang penyayang tergamak melakukan perkara macam ni.

Apa yang aku baca anak berkenaan nama Lili (bukan aku tau..aku ni lily bukan nama sebenar..huhu) selalu jadi habuan lelaki yang selalu meminjamkan duit kepada ibu beliau. Kiranya sebelumSI  ibu serahkan Lili ni kepada lelaki² tersebut , disuruhnya abang si Lili ni rogol dulu..ish ! binatang lagi sayang anak kot.

Baca lebih lanjut kat SINI



***Bersyukur aku & adik beradik lain dibesarkan oleh ke-2 ibu bapa yang sangat mithali & penyayang ^_*



Denda Yang Tak Dapat Ku Lupa

Assalammualaikum..morning !

Tadi masa on the way datang kerja dengar lah Hotfm topik
"Denda Yang Tak Dapat Anda Lupakan".
aku pun ada masa study dulu lah...huhu
Memang aku tak dapat lupa weh..masuk class lambat, alah bukan lambat sangat pun cuma terlebih 2minit jer..lecture sangat kejam ok ! 

Memang everyday lah lecture nih akan tunggu depan class dengan memegang jam dinding yang bulat dan besar.
pada hari yang penuh sejarah dan dramatik tu lah aku kena, first time kot tu sebelum nih record bersih.huhu
Berjalan segerombolan bukan main padahal kawan² dah bagitau lecture kitaorang tengah tunggu nak kasi denda..hahaha sebab lecture aku nih dah memang terkenal dengan sifat yang suka denda student yang datang class lambat.

Maka tersebut lah kisah, aku dengan senior aku 3 orang dan juga Cik Temah.

Lecture : apahal korang lambat..?tak tengok jam ker..? ker nak jam yang saya pegang nih..?

Student (termasuk aku) : Encik, tadi makanan dekat Dewan Makan dah habis.. kitaorang kena tunggu makcik tu masak kali ke-2, sebab tu lambat...

Lecture : ingat saya nak percaya reason korang nih..? turun sekarang 100kali saya sendiri akan kira

uwaaa...faham ker apa itu turun..? turun bermakna ketuk ketampi..100kali weh..dengan berpeluh² without any discount..fuhh ! one week kitaorang jalan mengengkang tau, students lain dah tau lah kalau ada yang jalan mengengkang hampir mengesot tu...yaa orang itru baru lepas kena denda..muakakakkakaa.

Encik Bed ! saya akan sentiasa ingat denda tuu..sebab denda tu lah saya tak dapat dating dengan senior yang kacak itu...uwaaaaaaaa....

Sunday, January 16, 2011

Ciri - Ciri Blogger Tegar

Semalam aku pergi Alamanda Putrajaya, saja pergi makan2.
Once mata aku terpaut dengan satu group gegirls nih, macam kenal...tapi bukan muka dorang yang aku kenal tapi ciri2 dorang tu saling tak tumpah macam seorang blogger tegar, bergambar sana sini, dinding kedai pun snap,escalator..huhu
 
ini ciri2 blogger tegar dari sudut mata aku sendiri :

- berjalan dalam satu group lebih kurang 4-5orang
- mesti pegang camera kemana saja
- akan snap gambar tak kira dimana jua atau tempat
- sebelum makan snap gambar makanan..gambar dorang
selapas makan akan snap gambar lagi, menunjukkan dorang dah pun habis makan
- online tak kira dimana jua, wajib tempat2 yang ada Wifi

okeh..stop ! aku dah tak ingat lah pulak..ekekekeke

Group gegirls yang aku nampak semalam tu siap bawak DSLR lagi..canggih woo...
rajin dia gendong camera gedabak masuk mall...yer lah camera canggih, snap sana sini pun orang kagum..hukhuk
jelas & nyata disitu aku sedang jealous ;)

Okeh..sekian saja lah teori aku pada hari ini, tiada kena mengena dengan sesiapa tau.
aku main hentam saja betul ker tak belakang kira...
hahahhahahaa

Jom Tengok "Khurafat"

Ada ker blogger yang dah tengok filem Khurafat nih...?
best tak..? aku memang tak rasa pun nak tengok filem nih, al maklum lah penakut..hikhik
untuk pengetahuan, aku belum sekali pun singgah di pawagam untuk tengok filem arahan Syamsul Yusof ni.huhu..kejam kan.

Tadi aku tengok Melodi ramai yang puji filem ni scary..emm, cam best nih !
yang kelakarnya dorang record gelagat penonton dalam cinema...hakahkaha

Aku sengaja tak nak baca sinopsis..nanti kang tak suspen..
tapi aku jugak lah plot filem nih..
huhu....

Saturday, January 15, 2011

Updates Blog List

ihsan google

Dah berapa hari dah aku dok updates Blog List nih..sebelum nih memang tak ada pun. dulu aku silent readers jer walaupun ada blog..lebih tenang kot..hauhaua

Kalau kesihatan aku mengizinkan untuk aku mengadap laptop hari ni, insya'allah aku akan letak..
kepada tuan tanah kedaung  yang listed dalam aku punya blog list jangan kembang semangkuk nah..
aku memang selalu terjah..kihkih

Niat hati nak letak semua followers tapi tak muat lah kang carcamarba jadi blog aku. anyway..aku akan try updates everymonth..tukar² lah nah..huhu. banyak jugak lah blog yang aku boleh hafal..mantap kan aku..?hohoh...perasan

Stupid

ihsan google

Rentetan daripada post aku yang Penceroboh Privacy nih kan, geram belum reda lagi nih..si minah tu tanya apa hal pun, dengan sakit hati berkarat aku jawab "..don't know.." baru kau tahu kan sakit hati aku bertanya tadi..banyak lah juga dia bertanya, yo lah dia kan budak baru..baru 2 weeks...hahaha...
go to h*** lah kan..kau yang cari pasal.

Once aku dah sakit hati dengan orang tu, siap lah berapa lama baru aku reda..tambah² pulak ada depan mata hari²..bengkak hati aku nih wehh ! owh.. * perangai buruk disitu

Ada lah pulak hati pergi mengadu dengan Cik Temah Officemate aku kat atas..
huhu..ada aku kisah..??
hoh..? nak mengadu dengan boss..?
pergi lah..kau kan selalu mengadu itu ini..hohoho...



*** Ya Allah..dosa bertimbun² pagi nih...


Penceroboh Privacy


Pagi² lagi dah berangin satu badan, macam mana nak sabar..? semalam datang kerja terus p klinik, aku tak detect pun doktor akan bagi MC, alang² dah dapat MC aku pun terus drive balik rumah..so pendrive melekat lah kat PC office.Aku terlupa...kalau aku ingat dah tentu aku datang ambil dulu..damn !

Ada lah sorang minah India ni satu office dengan aku, dia tak ada PC then lunch hour jer dia mesti tanya aku "..you tak keluar lunch ker..?" boleh lah dikatakan dalam 5-6kali dia bertanya benda yang sama..then satu hari aku keluar lunch time p Post Office, aku balik jer terus bukak Mozilla..hah ! dia baru jer lepas guna, kalau aku yang guna mesti aku akan clear segalanya...dah kantoi, aku diam jer lah..ok bukan harta aku..

Then, pagi ni punya lah aku angin..aku bukak jer PC aku nak cari balik kerja² aku kat recent document tengok tak ada..yang ada hanya pictures aku dari pendrive..see..? bangang kan..? betapa banyaknya privacy aku diceroboh...geram aku rasa macam nak sepak.

Bila aku tanya

aku               : ..who use my PC yesterday..?
Penceroboh : emm, no body lah..i'm not here, i'm go upstair..why.?
aku              : i know somebody use my PC yesterday, i don't mind if u want to use my PC, 
                      but plz don't open my folder or my privacy..i'm really don't like it
Penceroboh : i don't know....

Damn ! kau mainkan aku yer..? ok²....after this aku letak password...kau..? go to h***




*** owh man..perangai aku sangat lah buruk kalau marah...

Friday, January 14, 2011

Saya Sedang MC

ihsan google

Disebabkan semalam aku demam sampai nak bangun pun susah, maka masuk jer office pagi tadi terus p ambil surat panel ke klinik..huhu

Sakit badan tak ingat woo..dalam kepala otak aku asyik fikir "..tak apa lah kalau tak dapat MC pun, lagi pun kerja bertimbun.." sebabnya doktor panel tu manusia yang sangat kedekut..selalu jugak aku p hampeh..tak dapat, aku jenis tak mintak MC...malu babe !

Nak dijadikan cerita baru last week officemate aku demam teruk jugak lah tapi tak dapat MC..gila kejam kan dia panel jer pun apa salahnya bagi..haishh !

Nasib baik tadi aku dapat MC..hikhikhik..dapat melepak king kat rumah..

Thursday, January 13, 2011

Not Feeling Well

ihsan google

Rasa lain macam ja lah kalau tak updates n3 dalam satu hari,
kalau tak pagi² lagi dah post n3..
hari ni malang tak berbau.. d.e.m.a.m secara tiba²,
lenguh habis seluruh tulang temulang..
owh ! kawan aku cakap demam rindu pakcik kodi..
ya ! sedikit sebanyak sekelumit sehalus memang pun.
busy sangat kah..?

i'll updates later.................................






Wednesday, January 12, 2011

BE - Nuffnang

Dah ramai blogger post n3 pasal Nuffnang nih,ok..Nuffnang aku masih boleh faham.
Tapi yang korang semua selalu post n3 BE tu apa yer..?
yang aku tau ianya salah satu peluang untuk buat duit..kan..? kan..?
hahahahaha
aku nih jakun & lembab sikit dalam kebanyakan hal.

Boleh explain tak..?
yang arif..yang budiman..yang baik hati..yang terpuji..
sila bantu...

Boleh gak ker kalau aku mintak Nuffnang sendiri explain untuk aku nih...?
huhu...mimpi !!

Apa Akan Jadi Kalau Tukar Blogspot Address.?

ihsan google

Apa agaknya yang akan terjadi kalau aku tukar Blogspot Address..?
Apa effect nanti..?
Link semua terjejas tak..?
Followers aku..?
and mana² site yang aku follow apa akan terjadi wehh..?

Keterpaksaan untuk menukar sangat lah tinggi..
Must do it...
Sesiapa tau..?

Saya Sedang Berkecil Hati

ihsan google

Pagi yang cerah berarak mendung kelabu dalam sanubariku..
tudiaaa...bermadah pagi² nih.
Macam mana nak hilangkan rasa kecil hati nih..?
kecil hati dengan kawan²..bukan sorang tapi beberapa..
emm..nak bagitau depa satgi takut bermasam muka..
Sejak semalam lagi nih, mood yang ceria pun bagaikan dibuat²
Oh Tuhan...

Tuesday, January 11, 2011

Hati & Pemikiran Tak Tenteram

Dah hampir 3-4 hari hati aku nih tak tenteram, tak tau lah apa kes
melayang² ja lah rasa.
Teringat mak aku selalu pesan selalu baca surah Al Kauthar kalau hati rasa tak tenang

ihsan google

Baca surah ni ketika hujan & berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan segala hajat kita.
ihsan google

Memohon supaya hati aku kembali tenang & tenteram
amin..

dRbook Bakal Menggantikan Facebook


Kepada yang setia dengan Facebook hampa jangan sedih nah, nih Dr.Rozmey dah janji nak buat dRbook  untuk menggantikan Facebook ..
hohohoho
kemajuan kot tu...harap² lah kan ianya jadi kenyataan.
Bila lagi Dr.Rozmey nak pemes macam Mark Zuckerberg kan..?
hakahakhaka..
sokong lah product Malaysia.. !


Credit to Tanya aReaL Fan's

Kembali Ke Zaman Prepaid

ihsan google

Setelah sekian lama aku menggunakan khidmat Postpaid yang tiada sebarang cukai tapi start February 2011 dah ada cukai postpaid lah pulak..
adoiiyaii ! agak tinggi owh 6%

Disebabkan ketidakselesaan ini, aku rasa macam terpaksa terminate and back to prepaid
huhuhuhuhuhu
Terasa macam zaman sekolah dulu², tak dak duit nak top-up mintak dengan mak & ayah..
sekarang boleh lagi dak..? 
weeeeee ~ 
mau kena pelagkung karang..haha



*** Kasihani lah kami ini, yang gaji tak sampai 5-6k..huk³


Kecoh Apabila Facebook Akan Di tamatkan Hayatnya

Yaaa ! ini adalah semalam punya news..hihi
ramai yang dah tau kan Facebook ni konon² akan di tamatkan riwayatnya,
ada yang suka..? ada yang duka..?
aku..? emm...suka kot..sebab Facebook lah kadang kala hidup aku gak kucar kacir..owh sungguh baku bahasa aku..uewwww !

Ini lah akibatnya kalau teknologi disalah guna
elok² boleh buat ke arah kebaikan terus bergelut dengan segala keburukan

Mark Zuckerberg sendiri pun dah tak dapat control..huhu
lebih lanjut kat SINI




*** Lepas nih, makin ramai lah yang pandai ber twitter...kahakhaka

Monday, January 10, 2011

Tak Faham Maksud XOXO

ihsan google

Aku ada satu kemusykilan nih, sejak² nih kawan² aku selalu guna perkataan XOXO dalam forum lah, chat lah...haish !
apa tu..? serius aku tak faham, bukan dibuat²..memang aku tak tau

apa maksud sebenar perkata XOXO..? simbolik kah..?
aku tak faham....
owh !
Tolong Ingatkan Aku...
(tetiba lagu Ana Raffali)

Sesiapa yang tau tolong explain bagi aku yang agak jakun nih..

Bukan Salah Ana Raffali


Entah apa problem manusia nih, ini semua gara² kemenangan Ana Raffali dinobatkan sebagai Juara Lagu semalam lah nih.
Aku pun pada mulanya tak berapa setuju juga dengan keputusan juri, tapi aku try fikir dari sudut lain..
dorang juri, dorang tau lah apa yang the best..kita ni ibarat pengkritik bebas.
Yang peliknya, kalau ada jer manusia yang tak suka seseorang tu atau pun benci apa² je lah mesti create satu page yang macam nak boikot. why..?
Ini bukan first time lah, dah selalu sangat kot..artis tu kena hentam yang ni pun kena, malah orang biasa pun tak ketinggalan..jangan lah macam ni, kita manusia bukan perfect sangat.
Buat dosa je lah, lagi bertambah berdosa bila orang lain pun turut bercerita kat page tu..hah ! tak pasal² ber double² dosa..aku idak ler sebaik² umat tapi batas tetap batas..aib orang tu kena jaga.

Kita sendiri pun boleh nampak yang Ana Raffali langsung tak jangka kemenangan beliau semalam
dah rezeki Tuhan nak bagi dia.
Ker ada yang nak Ana Raffali serah balik trofi tu kepada pihak TV3..?
hahahahahaha

"Marilah Kita Bersama² Berfikiran Positif"






*** owh..kepada yang terasa aku mohon maaf yer, iye lah aku pun macam korang jugak bagi pendapat sendiri..pisss !

Keputusan AJL ke 25



Semalam berlabuh lah tirai Anugerah Juara Lagu ke 25
pemenang dah pun diumumkan.

Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara : Drama King - Black & Meet Uncle Hussein
Tempat Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz
Persembahan Terbaik : Hanyut - Faizal Tahir

Keputusan ni aku agak terkejut, bayangkan bukan aku je tapi ramai yang meramalkan Drama King, Pelita, Hanyut & Cinta Sempurna. Tapi semalam, yang paling aku bangga A.P.I lagu Pelita
memang gempak, Lan memang the best Noh pun not bad.

Tolong Ingatkan Aku, hari² aku dengar lagu nih..ok lah tapi bagi aku mungkin ada yang lebih layak kot, lagi pun semalam Ana Raffali punya persembahan kurang mantap agak terubang ambing.

Noktah Cinta, aku pun tak pasti..tapi menurut Cik Embun katanya juri² saja nak bagi Ajai menang sebab kebanyakan yang bertanding semalam terdiri daripada band indie, kang komposer semua tak boleh cari makan..haha tak boleh blah

Drama King lagu dah best music dah gempak, tapi rasa macam suara Black tak blend pulak dengan music semalam..tak tahu mana yang tak kena Black pun nampak tak bersungguh² dengan lagu tu.

Hanyut..ok lah best sedap dengan suara Faizal Tahir dengan persembahan yang mantap memang sudah ku jangka dia akan menang. First tu aku ingatkan dalam air tu hanya screen yang di touch-up daripada video klip, tapi meleset..hahahaha ! tahniah Faizal Tahir

Cinta Sempurna..sangat best Yuna punya style ! cantik lah..kalau aku yang jadi juri, aku tak nampak cacat cela pun lagu Yuna tu, tapi sebab tu aku tak jadi juri..
lingkup industri hiburan..ekekeke

Sebelum diumumkan Ana Raffali menang semalam, cabul pulak mulut aku boleh cakap kalau Ana Raffali menang, aku pecahkan TV nih..kekekkeke.
sekali diumukan Ana Raffali yang menang daaaa....
wakakakakak ! tak pasal² aku kena gelak suruh pecahkan TV,
tapi bukan yang kami sedang tengok tu lah tapi yang lagi satu...
hahahahahha..mulut puaka betul

Pendek kata, terima lah keputusan dengan hati yang terbuka.

Tahniah ! Ana Raffali...

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu Ke 25

ihsan google


1.Hanyut – Faizal Tahir

2.Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir

3.Noktah Cinta – Hafiz

4.Drama King – Meet Uncle Hussain & Black

5.Ku Ada Kamu – Adira

6.Cinta Sempurna – Yuna

7.Pelita – A.P.I

8.Berlari – Tomok

9.Sofea Jane – Black

10.Mencari Konklusi – Hujan

11.Selamat Malam – Faizal Tahir

12.Extravaganza – Bunkface

13.Jahat – Stacy

14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali


Akan berlangsungnya pada hari Ahad jam 9 malam di Tv3 (malam ni tau), dah berapa tahun aku tak tengok AJL..hahaha ! this year rasa nak tengok sebab banyak jugak lagu yang aku selalu menyanyi sambil drive..gagagagagagag !

Kawan² aku meramalkan Drama King Black & Meet Uncle Hussein !! kononnya ramai komposer pun ramal camtu..erk..??tapi aku suka lagu Pelita A.P.I huhuhu

Nak Bergaya Tapi Tak Pandai

Ingat lagi post yang ni Bermacam Jenis Shawl ?
hah.. ! aku dah pun beli Silver Beads Shawl yang aku angan² tak musnah tu..


tapi malangnya.....aku tak reti nak gayakan..huhu..
jenuh lah aku pusing libas lipat..hampeh !
tak jadi jugak...
orang lain pakai jadi jer, cun lagi...

Kalau lah dalam one week aku tak pandai jugak, akan aku potong guli² yang berjuntai² itu
wakakakakkakaka. !

Korang pandai pakai nih tak..?
Tolong ajar aku....hiks

Saturday, January 8, 2011

Wanita

ihsan google

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kaum (lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...

Hargai & Lindungi lah kaum wanita....

Jiwa Merudum

ihsan google

" Hiduplah Seperti Lilin, Menerangi Orang Lain, Janganlah Hidup Seperti Duri Mencucuk Diri Dan Menyakiti Orang Lain."

Menjaga hati orang lain lebih mudah berbanding menjaga hati sendiri