Tabung

My Friends

Monday, May 23, 2011

Has Moved

Dengan rasmi blog Gadis Semasa has moved ;)
thanks kepada yang pernah follow blog sesengal aku nih
hajat hati nak hapuskan jer yang ni tapi
masih dalam kondisi keliru..hikhikhik

kepada blog yang aku dok jadi silent reader tu aku dah pun add korang
menggunakan username yang baru.. ;)

Thursday, May 19, 2011

Al - Fatihah Buat Arwah Telor

DaripadaNya kita datang..DaripadaNya juga kita kembali
Al - Fatihah buat arwah seorang blogger http://telordibasuh.blogspot.com/
Semoga roh beliau dicucuri rahmat..
amin


Pencuci Muka Saya Jenama St.Ives

Gila kerek punya title,hahahahahaha.. :P
Jenama ni memang aku guna since zaman sekolah lagi.
Agak sesuai dengan kulit muka aku yang oily dan mudah naik black head & white head.
yang bawah ni pack baru, yang dulu tiub dia ni transparent.
sumber : google
Tapi sejak dah bekerja rasa tak mampu pulak, huhu walaupun tak sampai rm20 pun
aku kan gila kentang punya kedekut, bila muka dah start cam bulan purnama
baru terhegeh² cari balik. Yang ni sempat aku guna 2 tiub, pastu aku tukar yang ni
sumber : google

Bukan sebab suka² tukar kebetulan kat Guardian time tu habis stock,
aku belasah lah, bila tengok lebih kurang je..
tapi guna tak habis pun sebab aku sangatttt malas, ini cerita 3-4 bulan lepas yer adik² :p

Dalam masa 3-4 tu aku cuci muka guna sabun mandi iaitu, 
andai kata shower cream aku Lux, maka Lux lah pencuci muka aku
dan sekarang shower cream aku Lifebuoy, maka dengan itu Lifebuoy telah
menjadi pencuci muka aku jugak..kahkahkah :D

Sejak minggu nih, banyak sangat perkara aku berfikir maybe..
dah semakin keras dan tegar muka aku nih..bila pakai scrub, 
hari ni ok esok dah teruk semula mana boleh pakai scrub hari²..
huhu padan muka T_T petang ni jugak kena g cari cleansing foam.. :D

Gigih kan aku..hahaha pemalas, muka sendri je pun!!

Thursday, May 12, 2011

Malas Nak Layan

Aku nih dah malas nak layan orang lain punya sentap or terasa hati
in case, bila ianya terjadi kepada aku sendiri takda siapa
pun peduli, sekarang ni ADA AKU KISAH..?

Maaf lah yoo, tak kuasa lagi nak melayan..
aku kalau sentap or terasa hati sangat pun aku rela pendam je
tak payah nak buat muka @ canang sana sini.
lagi pun aku sentap or terasa hati tak lama..
hahaha..macam tak tetap perdirian pun ada.

Untuk apa lama²....untuk apa..? menambahkan dosa aku yang sedia banyak ni
boleh lahh..hahah keji betul.
sumber : google


p/s : kadang² manusia ni tak sedar pun telah kecil kan hati orang lain, macam tu jugak aku ;)

Tuesday, May 10, 2011

You are not currently following any blogs

"You are not currently following any blogs"
apa niii.......?
asal pulak semua blog yang aku follow dah tak ada..?
sebelum ni aku ada jugak terbaca n3 blogger lain pasal hal ni
ramai jugak yang kena tapi pagi ni kena kat aku pulak...?
habis laaaa...camno den nak korek balik semuo eh..huaaaaaaa..
sob..~~ :(
sungguh aku tak tau nak buat macam mana..
baru nak tarik blogger punya link ke blog list..
celaka betul haih...

Bila Nak Surut

Entah bila nak surut demam MU menang dengan Chelsea ni..?
pening aku...on9 fb je tak ada lain status yang menjelma..
dah tu, ada menyokong ada yang memburukan, ish..
MU fans pun satu, dah menang tu sudah² lah jangan riak & over sangat..
nampak tak macam aku ni tak suka MU
hahahahahahahaha

Tak cukup dengan tu, siap gaduh² lagi kat wall
apa nak jadi laaa..cuba lah gaduh berdasarkan topik yang menarik sikit
macam kenapa harga minyak naik setahun berkali² tapi gaji hanya naik setahun sekali
kan lebih berfaedah, mudah² ada rezeki naik gaji berkali² jugak
ok..veraaaangan :P




*** Harini perlu lebih fokus kepada segala doc. aku yang belum masuk kotak,
harapkan ada general clerk hampeh

Monday, May 9, 2011

Stop It

Stop calling me anonymous!!
hate that...

Tak reti bahasa orang Public Bank nih..
i'm not interested with your offer k..

Shoutmix

Dengan ini tepat pada 3.20pm aku telah selamat remove SHOUTMIX 
yang selama ini menghubung kaitkan aku dengan blogger lain.
sekian..
huhuhuhuhu


Kedengaran macam bagus sangat laaaa..
saja ja, aku pun dah jarang blogwalking sekarang nih, sangat bz
blog ni pun macam hidup segan mati takmau ja..kahkahkahkah
blog aku..tak gitu..?suka hati lah kan...



*** Aku lebih menjurus jadi silent reader, best woo..toing...~ :P

Friday, May 6, 2011

Shopping On9 Lagi

Bulan April  & May ni dah perlbagai barangan aku beli secara on9
Last shopping on9 dulu bulan February tu pun bukan main nekad
tak nak lagi shopping on9, kahkahkah angan² @_@

April haritu aku beli selendang ala Dato' Siti hehehehe
sila jangan gelakkan aku ok.. :P
Dah sampai pun, tapi malangnya color yang aku order tu tak sama dengan
baju yang akan aku pakai..huahauhauaa padan muka :D
RM70++ ok..bagi mahal jugak nih T_T

Dah beli selendang ala Dato' Siti mesti lah kena ada inner neck kat dalam kan,
aku pun order jugak..wakakaka

sangat lah pantas hasil kerja beliau, once aku dah submit foam
tak sampai setengah jam dah reply..i loikkke ;)
tapi belum sampai kat tangan aku insya'allah dia dah pos ;)

Kek pun aku ada order on9 jugak, tapi terpaksa cancel disaat akhir
next month baru masuk order semula.hikhikhik
senang owh guna on9, transfer jer duit nanti barang datang depan mata
tak perlu g dah nak tekan pedal minyak sebab aku P.E.M.A.L.A.S.. :P

Lelaki Ini..........

Paling aku geram dengan lelaki yang tak tau nak hormat orang perempuan
tak kira lah perempuan itu adik, kakak, kawan, makcik, emak sendiri or etc lah

Bila dah hari jumaat, kita semua tau yang orang lelaki lazimnya pergi solat jumaat
ok..yang perempuan berjimbaaa...
huhu then solat zohor lah kan, tapi ini everyday ok

Tadi, sedang yang perempuan² ni berjimba² kat FB 
disebabkan lunch time ada seorang mamat nih,
udah ler kau tu tak pergi masjid, dah tu masuk 
komen yang menyakitkan hati orang untuk apa..?

Bila ditegur kenapa tak pergi masjid, dimarahnya kita ni kata menyibuk hal dia
kubur masing², dosa tanggung sendiri la bagai..pandai bercakap 
dengan menggunakan akal fikiran yang sangat lah zero.

At least kalau dah kantoi tak pergi masjid hari jumaat nih, 
cakap lah aku tak sempat ke apa ke kan
ini tak menyinga macam dinasour tu apa hal..
maki² habis semua, sungguh tak beradap ok.adoii parah kau nih.

Kalau tak boleh ditegur jangan masuk tanpa diundang..
kau tu tersangat lah menyusahkan orang,
makhluk jenis kau ni kalau orang tak tegur, 
sampai bila² pun camtu lah jugak roman eh..


*** Sabar.....~ ~

Thursday, May 5, 2011

Donnnnn't

Please laa jangan bagi aku mengantuk
disaat aku terlalu stress dengan segala hasil kerja last month belum siap ni..
ni laaaa gara² cuti lama sangat, ada orang back up kerja pun
tak boleh diguna pakai
alih² aku balik cuti sama jugak aku kena..huh

uwaaaaa...
jangan²...!! buka kan lah mata aku besau² please
-.-"

Thursday, April 28, 2011

3D RIO

Last weekend g tengok filem 3D Rio, alorr cerita cartoon burung..
aku laa yang planning nak tengok wayang tapi filem Cun, alih² Pakcik Kodi tak nak layan filem Cun
boleh dia kata filem entah apa² muahahahhaa..jahat! dia nak jugak filem 3D Rio
sumber : google (kecik betol)

So, decide tengok 3D Rio, first time aku layan filem cartoon kat cinema..
not bad la jalan cerita, jangan tanya aku sinopsis sebab aku tak fokus sangat hahaha
iyer lorr kena pakai spec 3D tu,emm..rimas sebab tak lekat kat hidung :P
tapi geram sangat tengok burung² yang terbang tu, 
rasa nak tangkap bawak balik rumah..kihkih
sebabnya pakai spec 3D ni semua nampak real..tak rugi jugak tengok...
*pssst..panggung tu penuh dengan family, sangat happening bila kanak² ketawa..cute ;)

sumber : google

Kalau camni laa gayanyaaa..rasa² dapat ke tak aku nak nengok filem Ombak Rindu nanti..
filem ni kan romantik macam filem Cun, aiyooo...... :(



*** Tak kena watak Nurul Izzah diberi kepada Maya Karin, kalau Fazura best..hehe ;)

Wednesday, April 27, 2011

Teringin Nasi Lemak

This week belum sekali pun aku makan nasi lemak..
dasyat! bukan nak berdiet pun tapi tak berkesempatan hehe
asyik masuk office ngam² jam kat punch card jer mana sempat
nak menyinggah..huhu

sumber : google

Nak makan nasi lemak yang dalam daun pisang,
kalau dalam polisterin tak layan ok..huhu demand lagi

Jom tidur..esok nak bangun awal nak breakfast nasi lemak yang dibeli bukan homemade...
hahahahhahahaha...

Goodies Beg / Door Gift

Sedang mencari sesiapa yang boleh menerima tempahan untuk goodies beg / door gift,
means goodies beg tu dah siap terisi candy / chocolate / muffin / cupcake and etc

Sebabnya dah tak larat search lagi dah, internet dah lah slow harini..huhu


Panas Hati

Panas betul hati aku dalam minggu ni dengan kawan²,
kot yer tak puas hati straight to the point..ini tak, 
status terasa hati sana, terasa hati sini, macam ni la kawan..?
apa nih..? what the...............

Kalau sakit hati or tersentap sangat direct je la..
kawan² lain pun dah berhari² tanya apa hal
tapi jawapan yang dapat, bahasa kiasan..heii..kamon laaa... 
aku tak minat sastera dulu..jangan nak berkias²..
kalau segala status tu ditujukan kepada aku,
aku terima je..even orang lain sendiri pun tak tau apa kes
Aku sangat senang..selagi aku belum dapat kepastian daripada si 
empunya diri no need to sentap² or berangin sana sini..

Untuk dapat jawapan yang lebih pasti, tanya sendiri..
jangan bikin hati orang lain pulak panas..

Tuesday, April 26, 2011

Sejak Dua Menjak

Sejak dua menjak ni kan, mood aku semakin menjadi² dengan bangganya 
menjadi silent readers kepada blogger yang bakal mendirikan rumah tangga..
hahahaa..mood apa nih..? eeihh..seronok dalam membaca 
segala jenis persediaan dorang nih..
yang tentunya suatu hari nanti akan jadi contoh untuk aku mengikuti..ekekeke :P

Bagaikan aku pulak yang masuk dalam alam realiti dorang, 
ada yang sedang nervous lah, happy laa...aku boleh rasa wooohh.
punya la dasyat daya imaginasi aku sampai boleh masuk dalam 
alam yang aku pun tak pasti..hehehe

Sebenarnya nak mentioned jugak blog dorang tu, tapi kang hampa tau
lah pulak kan aku selalu terjah masuk secara silent..ekeke..
buat korang..aku dah boleh hafal ur blogspot..huuuu..
tapi rahsiaaaa...kang ado yang kembang semangkuk :P.


** emm...dah mai dah mood vverrangan aku.. :P

Drama Bersiri Juvana


Semalam tengok tak drama Juvana TV3...?
rugi kome tak tengok yop!
Bagi aku lah satu cetusan idea yang menarik dengan mengeluarkan genre drama
yang sebegini..biar anak² muda sekarang terutama budak² sekolah dapat feel 
pengajaran dalam drama nih
Semalam sesaja ja pun nak tengok kebetulan pukul 9 tu time takdo lain cerita
last² terpaku kitaorang (aku, akak aku & cik embun) 
menengoknya..boleh layannn..
Time tengok drama nih aku rasa berdebar laa sebab aku sendiri 
tak dapat nak jangka apa lagi yang akan terjadi, 
dah macam filem seram pulak
sampaikan akak aku nak tukar channel sebab takut 
dan tak dapat nak jangka apa
lagi kejahatan yang budak² dalam drama Juvana tu nak buat..hahaha
Watak Zahiril Adzim dalam drama ni memang superb, 
bikin aku kesian tengok muka dia..hehe
Beto Khusairy, cikgu yang gilos garang & 
mantap sebab aku memang suka lakonan Beto nih ;)

Meh layan sinopsis drama nih, pinjam dari Budiey.com

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Pelakon :-
Zahiril Adzim (owner picture yg aku pinjam ;) - Daim
Bront Palarea - Encik Raja
Izreen Azminda - Cikgu Zakiah
Beto Khusairy - Cikgu Ariffin

** Tak sabo nak tengok episod minggu depan, Cikgu Zakiah masuk terus kena buli dengan budak² jahat nih..

Friday, April 22, 2011

Hujan² Makan Maggie Kari Pun Sedap

Hujan² nih kan kalau boleh makan Maggie Kari ya Allah memang terangkat..huhuhu
Tambahan pulak maggie tu diubah citarasa, kurangkan serbuk perisa tambah 
pulak dengan cili api, sayur sawi, telur, seafood..wallaaaaaaaa :P  
sendiri cakap sendiri kecur air liur..wakakakaka
Tapi jangan la hampa masak maggie yang macam  
Usop Wilcha dengan Abi Hurairah tuuu..
itu maggie pemalas kalau aku panggil, time terdesak kebulur tahap gaban,
harusss aku telan juaa...huhuhuh..

thanks yer ;)

Thursday, April 21, 2011

Paku Dulang Paku Serpih

Aku nih macam takda kerja pulak kan, story datang dari
Facebook aku bawak datang ke sini..huhu
ya laa Facebook macam² hal kita boleh create, orang boleh tengok, 
boleh rasa apa perasaan kita.
Bagi aku Facebook sekarang langsung takda privacy, 
mana tak nya kita ni private bagi kawan² dalam friend list je boleh tengok 
(maksud aku create friendlist dikalangan para sahabat), 
yang lain² kenal ala² suam kuku, ok laa sebab bukannya tak kenal 
langsung cuma kurang rapat.

Terus lari tajuk aku nih..

Selalu aku terdengar cakap² macam nih 
"...andai suatu hari nanti aku dapat tuttt tuttt tak mau lah aku kasi orang tau lagi² kat facebook, 
malu laa.nanti orang boleh search tengok.." hohoho..
tapi sekarang..yaaaaa walaupun ayat tu dah berkurun berzaman  
aku tetap ingat walau pun dah berlainan intonasi hehe. 
Wahh..Cik Joyah, bukan main kelassss lagi sekarang..
setiap status yang dikeluarkan syahdu² belaka..huhu
Makin lama makin mantap performance yang ditunjukkan.

Tu laa..lain kali kalau sesuatu perkara yang belum terjadi kepada kita 
jangan sesekali menyatakan, Tuhan ni bayar cash sekarang, 
sekejapan yoo nko dia kasi..
(aku ni bercerita pun termasuk dalam kalangan MENYATAKAN tak..?ekekek)



*** Paku Dulang Paku Serpih..Sekarang Nih Kamu Yang Melebihkan ♥♥♥

Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?

Pagi² lagi aku godek FB tengok apa yer kawan² aku berbicara semalam,
sebabnya semalam aku tak on9 pun..
sejuk² nih tidur awal lagi best..huhu

Di antara yang menarik status kawan aku semalam 
"Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?"
emm..dulu masa sekolah² seingat aku Ustazah cakap kalau 
Tasik Gelilae yang terletak di Israel nih mengering maka terjadi lah 
Qiamat yang sangat mengerunkan itu, sebab itulah macam² perkara yang Israel 
buat untuk selamatkan Tasik Gelilea tu..

Ada lah juga artikel daripada Israel menyatakan pada tahun 2000 
tasik itu semakin menyusut air nya..
wa'allahualam..

Best juga kalau baca cerita sejarah macam nih, Tasik Gelilea ini juga ada juga 
sejarah dengan para Nabi kita.
Jangan tak tahu aku kalau takdo kerja ini lah yang aku suka baca..hohoho..
meh baca lebih lanjut kat Sini info yang sangat berguna ;)

sumber : google
(Tasik Gelilea yang juga dikenali sebagai lautan Gelilea)

Thursday, April 7, 2011

Tak Nak Bertukar Pulak

Geram nih dengan font n3 Nih entah apa ker hey nye mike tak nak bertukar normal nih..?
pueh dah aku change dari normal ke large dari large ke extra large
alih² small jugak jadi haih..

sakit jiwa camni..
touching laaaaa -.-"

Sedih Lah..Terlanggar Anjing

sumber :google

Aku terlanggar anjing, sumpah memang aku tak nampak anjing tu.
Sebelum saat kejadian, time tu traffic light tengah merah, depan aku lori kecik
aku ada lah nampak anjing tu berjalan sebelah kereta aku, bila traffic light dah hijau aku pun slow² gerak sekali terasa tayar macam terlanggar batang kayu daa..
itu tayar depan, bila sampai tayar belakang pulak terus dengar bunyi
"...uweekkk.." *camtu lah lebih kurangnya.

Aku dah gelabah..ni confirm dan sah aku dah terlanggar sesuatu, mat² motor dah pandang² kereta aku dah.
aku jenguk ikut tepi tak ada pulak..ish..jalan slow² ke depan, sekali terpandang anjing tu dah terjelepuk tidur ka pengsan ka waallahualam..*so sorry....aku betul² tak perasan.

Tapi yang aku perasan lori yang depang aku tu first langgar, sebab masa aku follow belakang perasan lori tu cam terlanggar bonggol..emm..nak buat macam mana.

Ni adalah kejadian ke-2 yer kawan² aku terlanggar..first masa aku dapat kereta, anak anjing tidur bawah kereta aku..kiukk beliau disitu..sadis...

Dah 1 hari aku tidur tak tenang, si pakcik kodi jahat tu cakap jaga² kang malam anjing tu datang..
bengong sungguh main²kan aku yaaa..

 Anjing tetap makhluk Allah, kita manusia tak berhak pun nak musnahkan @ membunuh..
kecuali lah terrr..terrlanggar macam aku..sob sob sob -.-"


** Anjing yang aku langgar tu bukan lah secomel picture di atas tu..hikhik..yang terlanggar tu anjing jalanan..

Mimpi Shahir

 sumber :google

Semalam mimpi kahwin dengan Shahir AF8..wakakakakakakak
haishh..tak boleh blah betul lah kan
apakan daya, aku dah pun cuci kaki baca Ayat Kursi semua..huhu

Indah lah jugak kan..aku saja tau..
content dalam mimpi tu aku still ingat lagi nih, jarang aku boleh ingat kalau mimpi..
kahkahkahkahkah.
ok² simpan sebagai rahsia rasmi..zipp!! huhu

Wednesday, April 6, 2011

Buat Yang Termampu

Ingat pasal majlis apa² mesti ada yang akan pertikaikan
ada itu tak..? ada ini tak..?
kalau macam ni tauke balak pun ranap

Bersyukur lah kalau ada yang sudi jadikan kita ni wife kan..?
huahauhauahau..

Ada lagi sebulan for my E day..apa pun tak prepare lagi..
memang gasak betul laa..kekonon dah terror sangat nak buat last minit..
ahahhahaahah..sabaq².. sedang usaha ni :D

Terima lah Dengan Redha

Tetiba petang² ni teringat pakcik kodi..touching for while -.-"
know what..sometimes kita tak boleh detect perasaan sendiri.
Asam garam lah orang kata kalau data berpacaran nih,
ini baru nak melangkah separa hari besar dalam hidup.

Aku redha dengan hati yang sangat terbuka walau apa saja pun dia mampu bagi.
pada aku nak demand pun apa guna kalau menyusahkan diri.
dalam keadaan sekarang aku rasa tersangat lah humble..terlalu rendah, kerdil..

It's ok dear, rezeki kita mungkin bukan sekarang.
.insy'allah kalau keputusan dah dicapai adalah jalan Tuhan tunjuk..

Rindu Nak Balik Kampung

Adoiyaii..rasa lama sangat dah kot tak balik kampung..
uwaaa...walaupun hakikat baru sebulan setengah
biarlah nak cakap anak manja pun..tak kisah haih..hahaha

Tunggu peluang public holiday ja nih..
nak harapkan annual leave jangan mimpi lahhh..
setahun pun 12 hari ja tu pun after 2 years baru dapat..
kalau tak, 8 hari saja ya kawan²..hahaha
ni lah contoh boss yang sangat baghil..


** Mak rindu nih...ekekeke -.-"

Saturday, April 2, 2011

Nabil Tetap Terbaik !!

Berlabuh episod pertama Maharaja Lawak Astro semalam.
Ada yang ok, suam²..
tapi kenapa Jozan tak menonjol nih..? rasanya ramai yang letak harapan tinggi pada dorang nih
tup² malam tadi performance suam² jer..

Kelakar lagi lawak Man & Balas.
Aku memang tak berminat dengan Balas sebab terlalu menonjol double meaning tu..ini kan tontonan umum..
emm..tak tau mungkin double meaning tu buat penonton lebih mudah ketawa.

Apa² pun Nabil terbaik lah..punya lah aku ketawa sampai dahaga..hahahhaa
bak kata Pak Cik Kodi, aku sokong Jozan tapi that night Nabil yang terbaik dan tapi juga aku tak minat Nabil..huhu al maklum lah Jozan tetap jadi pilihan..


Kita tunggu next lagi tengok apa adegan seterusnya..harap² ada lagi yang terbaik.


*** Photo kredit to Facebook/Maharajalawak ;)

Friday, April 1, 2011

Cuci Otak

Aku ada satu tabiat baru untuk cuci otak,yer lah sejak² kepala berserabut nih,
iaitu drive secara perlahan dan menyusahkan pemandu² lain..
alah yang macam topik Hotfm haritu..haha
Best pulak rasa aih, fikiran melayang yang boleh mengakibatkan nyawaku pun melayang.
Memang betul aku buat benda tu, aku terlalu stress dan serabut tak tau nak buat apa,
after office hour terus aku drive sana sini tak tentu hala
(yang pasti aku tau jalan mana aku lalui k).
Since dah tak larat tekan pedal aku decide nak masuk Jusco,
pandang apa yang patut tapi tak beli pun tau pulak sayang duit..
beli pun cereal jer untuk bawak ke office.
Puas merayau dalam Jusco, terpelecot depan McD..kahkahkah..
terus coverline "...hey..i nak Q beli icecream.." huhu lagak queen disitu..
sumpah sebulan aku tak mau masuk McD situ...wallaaaa..

Balik rumah no mood...after maghrib terus debummm....
bangun pagi mata bengkak..owh menangis dalam mimpi rupanya..
hahahhaha ini aku memang selalu terjadi..orang lain ada..?
meh ler kita share...kihkih

Bodek

Aku macam tersedar yang aku nih sedang dibodek...kihkih
tapi by who..?
kalau siapa pun yang dok membodek tu meh dengar sini,
kalau nak bodek make sure ianya dapat mengutungkan aku tau..haha keji..

Tapi yang pasti..boss aku lah sedang bodek aku nih, tak tahu apa kes
sejak dua menjak nih aku salah typo pun aku dibalas dengan senyuman yang manis tapi
tak berapa menawan. Then, mungkin juga senyuman yang penuh makna..hahaha
adoiyaii tersirat kan ayat² manis nih..

Anyway..aku tahu kenapa beliau bodek aku, confirm and sah takut aku cabut.hahaha
yer lah aku jarang MC kalau aku MC dikala kerja yang bertimbun dah sah aku stress tahap maximum.
hauhauahauhau...don't worry my dearest boss..just wait and see hah... :p



**Nak jual mahal untung² naik pangakt sampai jadi General Manager pun jadi lah..huhu

Friday, March 25, 2011

Tikus Rumah

sumber : google

Takut tikus tak..? geli..?
emm..kebanyakan orang geli saja tapi lain pada aku..takut + geli = pakej 
(aku panggil Cik Ti)
Ni yang terjadi kat rumah aku sejak kebelakangan ni..huh! tak tau laa mana mai 'Cik Ti' ni..

Sebelum nih time kami melepak tengok tv dia main lalu ja..
tu pun aku dah melompat teruk..
hahahha..tak boleh blah..dah alergik dah aku nih..
Sekarang nih semakin menjadi oii..habis mengodek barang² kat dapur tu..
paling aku tak tahan habis kedalam tong sampah pun dia nak masuk..aku dah gelabah,huhu..
tabik Cik Embun, bila kala dengar jer Cik Ti buat kerja terus dia p cari..kah kah kah..aku..?
yaaa..aku panjat atas kurusi bajet² Cik Ti tak dapat cari aku..wakakaka

Tapi malangnya malam tu masa Cik Embun nak cekup plastik sampah tu 
(masa tu Cik Ti ada dalam tong sampah) tak sempat laa..
dia dah bau dulu kehadiran Cik Embun..
so, dah Cik Embun tak dapat, aku pun takut aku masuk bilik terus membuta..
bijak kan ! hahaha..

Next day pulak kemarin, masa ni ada 3 orang dalam rumah aku, Cik Embun dan akak aku..
dia buat hal lagi masuk dalam tong sampah, Cik Embun dengan lajunya p 
cekup plastik sampah tu dan ikat..hahah
hoyeah ! berjaya..dah tu menjerit satu rumah..pintu belum buka makanya 
Cik Embun sedang memegang plastik sampah yang mengandungi Cik Ti..kahkahkah.
.terus akak aku buka pintu Cik Embun campak plastik tu kat luar camtu ja..
wehh ! kang dia gigit plastik tu kang dia balik balas dendam camno..?
aku tetap tak berani dengan position aku atas kerusi lagi, 
Cik Embun yang keluar p kutip plastik tadi masukkan dalam tong sampah 
besar depan rumah..terus ditutup rapat...huh ! legaaaa..

Dan semalam, sesalan pada diri masing²..wakakakaka..rasa kesian pulak..
rupanya ada lagi sekor..ish..camno nak buat nih..
nk buat cam yang haritu tak sampai hati dah..mesti dia pun tengah cari kawan dia agaknya kan...
emm..apa boleh buat..dia mana boleh duduk dalam dunia kita nih..
ya la sekarang pun banyak penyakit daripada Cik Ti nih..
kita bukan sengaja nak bunuh dia tapi bagi mengelak sebarang penyakitkan..
semalam banyak aku search pasal Cik Ti nih..

Tadi pagi orang kutip sampah datang dia nampak aku kat luar dia tanya ada sampah ker tak..
aku dah cakap ada dia pulak suruh aku buka tong sampah tu ambil sampah bagi kat dia..? 
weh..kalau aku berani dah lama aku bukak lol...last² dia tak ambil pun sampah tu..
kurang asam betul laa..makan gaji buta..
aku sebenarnya kesian kat Cik Ti yang duduk kat dalam tu..ish..

....MENYESAL...

Wednesday, March 23, 2011

Kembali

Morning all..
ya rabbi..lama bebenor aku tak update, sebulan 2 hari kot...ekeke
tak tau lah mood betul² terpesong + malas berganda..
apa boleh buatkan..lagi pun busy dengan kerja aku tu...
ya tuhan, terlalu banyak hingga menyebabkan aku berpotensi menjadi sebuah robot..
percaya tak..? haha mesti tak percaya kan..tapi sesungguhnya boss aku percaya.
hah laa dia yang bagi aku kerja yang melangkaui batas tenaga aku.

ok STOP !
kena continue kerja..kahkahkah
insya'ALLAH nanti lunch time aku blogwalking..ahh rindunyaa..hihihi


** Thanks kepada yang singgah semasa ketiadaan tuan pondok, hehehe..

Monday, February 21, 2011

Terserempak

Dah lama agaknya aku tak mengarut & carca marba kat sini, since CNY..huh!
malas + tak ada isu + busy lagi..hauhauauaua..
bermacam jenis reason iyer dok.. ;)

Tadi masa blogwalking terserempak dengan satu blogger nih, emm..macam ku kenal..
yeah ! classmate aku masa sekolah rendah..
tak besar mana pun alam blogger nih...malu nak menyapa bukan sebab apa tapi aku nih LilY bukan sebenar..
hahahahahahahaha..nak introduce sebagai apa ya..?huhu
 

meh aku promote blog beliau...
welcome Qeat.. ;)

Saturday, February 19, 2011

Charcoal Cleansing Foam & Masque

sumber : Google

Mencari Charcoal Cleansing & Masque nih, dah lama kot aku cari tapi susah bebenor..
iyer ler orang lain dah berkurun pakai aku jer ketinggalan.
ramai jugak bagi testimoni yang bagus mengenai produk nih..

Muka aku dah macam kak limah dah sesuka hati cuci, kalau rajin baru aku guna pencuci kalau tak hampeh lah aku guna sabun buku Lux sebab lebih kering sesuai dengan muka aku yang oily nih..
nahhh...itu lah aku..kahkahkahakah

so, kepada blogger yang menjual secara online ker apa sila bagitau aku kat komen yer..
aku nak borong...hehehehehehe
lepas tu boleh lah promote pulak..huhu
i like....  ^_*

Thursday, February 10, 2011

Kutip Angpau

Mengigih serta malas tahap gaban nak update blog...
entah apa nak jadi, kang tak pasal² korang ingat aku dah arwah.
kalau datang rajin eh sehari sampai 3-4 n3 pun aku gasak boleh update,
bila datang malas..emmm...rasa macam nak buat n3 seminggu sekali pun tak nak..
kah kah kah gila keji

Dah lah dalam office pun merempat sejak hari Isnin lagi, terpaksa aku bawak broadband sendiri..malas nak tarik cable sana sini.

Yang bestnya asal masuk jer office after Chinese New Year perkara pertama yang aku boleh buat collect Angpau..haha
 time nih lah best woo...sesiapa yang dah kahwin kena bagi angpau walaupun sesama sendiri..
lagi nak best kalau ada yang baru kahwin & first time beraya..fuhh double dorang kena kasi woo..
kesian...tapi tak apa lah kan bonus pun double....ekekeke

Thanks yooo....this year angpau lebih sikit daripada last year...hauhauahua

Monday, February 7, 2011

Lamanya Bercuti

Haii ! amboi lamanya aku bercuti almost 9 days tuu..bukan bercuti dari bekerja saja habis semua aku cuti..
berjaya lah jugak aku menahan ketagihan mengeluarkan n3..huhu ayat pun dah skema nih pasai apa ! ish..
start daripada 29hb lagi dah aku busy..hohoho mengalahkan PM nih

29hb Januari 2011
- Lepas kerja halfday terus ke Klang, attend majlis akad nikah abg pakcik kodi & malamnya pulak majlis berinai

30hb Januari 2011
- Kenduri pihak perempuan, balik KL petang terus layan movie The Tourist dengan pakcik kodi, sampai rumah dah malam, terus membuta..letih

31hb Januari 2011
- Pagi masuk office macam biasa, kerja bertimbun kena setel sebelum cuti Chinese New Year yang panjang.
malam sempat blogwalking sekejap then terlelap

01hb Febuari 2011
- Pagi masuk office awal nak setel kerja sikit, pukul 9 attend staff meeting dengar boss complaint segala jenis carca marba sampai pukul 12.30 tengah hari. ambil hati boss sebab tak dapat join Annual Dinner malam tu..hihi. then, lepas kerja terus cabut balik kampung ;)

02hb Febuari 2011
- Membosankan diri kat rumah tanpa berbuat apa², disebabkan masalah Broadband yang sangat menyakitkan hati, blogwalking pun tak dapat apatah lagi nak update n3

03hb Febuari 2011
- Buat rombongan Cik Kiah ke Wedding Intan kawan sekolah dulu..petang pulak lepak dekat jambatan apatah sampai nak maghrib baru balik,ish..

04hb Febuari 2011
- Satu family pergi Padang Besar, niat hati nak beli lah macam² tapi hampeh dah lah manusia beriban, cuaca yang panas..harga pulak mahal gila terbantut nak bershopping, hanya belikan keperluan untuk mak dengan ayah jer lah.

05hb Febuari 2011
- Tengah hari keluar meronggeng dengan kawan² kat kedah, tengok movie The Green Of Hornet 3D.
petang terus p makan, then malam singgah tengok member aku yang dah selamat bersalin tu.

06hb Febuari 2011
- Bersiap sedia untuk balik kl & menghadapi highway Utara Selatan yang jam teruk itu..sungguh dasyat !
first time seumur hidup aku 10jam dalam kereta..pergh ! penat..sampai rumah terus membuta.

07hb Febuari 2011
- Masuk office collect ang pau dari bosses, then tengok² office aku banjir daaaa...emm..terus merempat kat ruang receptionist, sambil update n3 kah kah kah ;p


Hahahaha..dah macam kronologi lah pulak kan..
nih balas dendam tak dapat update lama ;)


*** Rindu nak blogwalking..malam nih nak start lah ;)

Saturday, January 29, 2011

Kuku @ Nailz

Siapa lah yang tak mengimpikan kuku yang cantik, shining, kemas serta bersih..
 ihsan google
aku dulu pun zaman sekolah hingga zaman aku belum bertudung, kuku jangan haraplah nak pendek..dalam 2mm tu paling pendek lah tu..hohoho
sekarang tidak lagi..cewah ! dah macam iklan pulak..malah geli kalau kalau kuku panjang even 1mm sekalipun (melainkan sebulan sekali harus bagi wanita..huhu)
sekarang ni pelbagai rawatan ada untuk kuku..manicure lah apa lagi entah semuanya untuk mencantikkan kuku.


ihsan google

  • Dikatakan bahawa menyimpan sebatang kuku jari yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kita menyimpang kesemua kuku jari yang panjang bayangkan betapa banyak dosa yang kita hadapi
Kebenarannya :-
  • Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan jua sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian & ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunkan tangan untuk beristinjak
  • Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu sentiasa lah berkuku pendek untuk kesihatan & kebersihan diri.

Friday, January 28, 2011

Mengimbau Zaman Persekolahan

Tengah mengodek pendrive ternampak picture zaman sekolah menengah nih..huhu.
ni first time kot aku tayang muka aku yg full kat sini,
itu pun mesti hampa tak tau yang mana satu aku..kah kah kah..biar lah rahsia.

kalau Cik Embun dengan Cik Senah mesti tau aku yang mana satu..huhu
hanya dua orang nih ja tau akan kewujudan blog aku nih..(owh kagum beta) melainkan blog 2tahun yang lepas sudah pun aku lenyapkan..keji kat situ.

Diantara semua nih aku ja yang still single but not available..kah kah kah !
yang lain semua married already nah...power ann kawan² aku laju ja..
dulu time sekolah aku lah yang paling baik sekali,
form 4 dapat offer jadi Pengawas Sekolah tapi disebabkan kawan² aku jahat² belaka aku tolak offer tu..kang kerja aku tangkap kawan sendiri pulak..hahaha ! setiakawan betul..lurus bendul pun ada.

*** ini pun aku tak ingat form berapa & yang paling sadis..siapa yang tolong snap picture ni pun aku tak ingat..hohoho

Berehat Seketika

Gadis Semasa akan berehat seketika kerana kesibukan melanda diri.

Menghambakan diri kepada boss aku yang kedekut itu sehingga Chinese New Year next week, then habis ja holiday baru free..kerja banyak nak mampus sebelum cuti panjang.
Haji baghil boss aku nih, gaji staff belum keluar tapi kereta baru dia yang keluar dulu..arggh ! bikin aku jadi incredible hulk ja nih..
huh ! lari tajuk..okeh

Sekarang masa terluang akan digunakan untuk bermain game di FB iaitu Cityville hehehe.
gila addict dengan game ni..benciii !

ihsan google

Akan tetapi blogwalking tetap dijalankan seperti biasa...don't worry ! hehehehehehehehe

Thursday, January 27, 2011

Apabila Fasha Sandha & Nora Danish "Berperang"

Tak habis² lagi perang antara Nora Danish dengan Fasha Sandha nih..
kau salah aku, aku salah kau..nak tergelak pun ada..
segalanya bersangkut paut dengan Jejai..
adoiiyaii artis Malaysia what happen, huh..?

1) 2 tahun lepas Nora Danish bercerai dengan Jejai kononnya disebabkan orang ketiga iaitu Fasha Sandha
- itu adalah apa yang diperkatakan, kesahihannya hanya Fasha Sandha, Nora Danish & Jejai saja yang tau

2) Tahun lepas (2010) Fasha Sandha telah pun mengesahkan yang dia dengan Jejai sedang berpacaran
- Bagi aku biarlah..asalkan dorang bahagia..

3) Baru² ni Jejai mengesahkan juga bahawa dia dengan Fasha Sandha sudah putus hubungan cinta (selepas dia & family pulang dari bercuti bersama Nora Danish)
- Nak buat macammana jodoh tak kesampaian.

Hahahaha..mesti hampa ingat aku sokong Fasha Sandha kan..? aku tak sokong mana² pun, tu hal depa lantak lah nak buat apa pun. Yang menjadi pelik bin ajaibnya selepas ja Jejai mengumumkan yang dia dengan Fasha Sandha dah putus & bukan Nora Danish yang menjadi punca kejadian tu lagi banyak pulak spekulasi mengenai depa nih.

- Nora Danish pulak mengatakan yang dia telah lama mengetahui yang depa tu putus iaitu 2 bulan yang lalu...hohohohoho
- Fasha Sandha pulak mengatakan selama Jejai & family dia pergi bercuti bersama Nora Danish, Jejai still BBM & call seperti biasa..malah dia juga ada bukti yang menunjukan depa masih berpacaran masa tu.

- Sejak semalam lagi Fasha Sandha mengamuk..segalanya diluahkan dalam Twitter & juga Facebook

Bagi aku lah kenyataan Nora Danish tu macam makan diri, kalau betul dia tak ambil tau jangan keluarkan kenyataan yang macam tu, maruah jugak tu kan..lebih baik berdiam dari berkata² kadang² buat orang terasa.
Disebabkan itu, tadi aku buka Fasha Sandha Fanpage nahhh ! terbeliak segala bukti dikeluarkan.
Click sini Harian Metro Online
Andai bukti tu benar belaka, habis lah Nora Danish kena cop cakap tak serupa bikin..hehehe..
mungkin Nora Danish masih lagi tak dapat lupakan kisah penceraian dia dengan Jejai.

Apa² pun..berbaik² lah kan..tension fans nanti asyik keluar cerita berperang ja....
Kita doakan ja lah yang terbaik buat mereka berdua nih ;)

Segala yang terjadi ada hikmahnya...Tuhan yang maha mengetahui..



*** Tetiba pulak aku jadi macam wartawan harini..hehe
        ni gara² aku dok layan FB lah tadi nih, terbaca segala gosip...

Rela



Dapat jugak aku cari lagu nih... mahu tak eh aku hanya ingat lirik  
"demi cinta yang menyala..kurela....."
sampai situ ja yang lain tak ingat & tak tau..
pendek kata penyanyi pun aku tak tau lagikan tajuk lagu nih kah kah kah.

last...aku search ja lah menggunakan lirik yang sehelai sepinggang tu..huhu
lagu nih best kot tahun 1990an lagi, tapi kerap aku dengar sekarang nih lah..
setiap kali ada jiran aku buat kenduri kahwin, mesti ada yang akan karaoke lagu nih..
orang yang sama..aku dok dalam rumah pun boleh dengar..
jenuh tanya Cik Embun lagu apa dia kata lagu Dayangku Intan..
hampassss betul...
Mendalam maksud lagu nih, kesungguhan dia dalam bercinta sangat mantap.
dah jangan tanya lebih² aku tak reti nak tafsir...



*** Sedang search lirik lagu pulak..

Wednesday, January 26, 2011

Khurafat Bosan..?

Semalam Cik Senah telah selamat menonton filem Khurafat dengan 'kawan' dia...huhu
sebenarnya aku Cik Embun Cik Senah memang nak p tengok pun semalam tapi disebabkan aku kesempitan tak dapat nak join, then call Cik Embun pulak tak pick up so, Cik Senah pun p dengan 'kawan' beliau..
apa aku mengarut nih.

Pagi tadi dia bagitau aku..

Cik Senah : weh...baik kau tak payah p tengok Khurafat cam hampass jer..
Aku           : awat pulak dah..?
Cik Senah : menyesal tengok..tak takut pun, terkejut sekali jer pastu haram tak faham
                    jalan cerita
Aku           : orang belanja nak menyesal buat apa...wakakakakaka. orang cakap sedap ja
Cik Senah : aku rasa dalam Melodi tu semua budak fan club Shamsul Yusof lah..
                    hehehehehe
Aku           : jimat duit akuuu..(terus bagitau Cik Embun tak jadi p tengok..kihkih)



***updated : baru teringat aku kalau p tengok filem seram, 
                     tisu yang lebih tengok daripada aku..sebab aku guna tisu untuk tutup mata..
                     ekekekekeke...jahanam duit ja hang nih ^_^

Keluasan Neraka Jahanam

 Luasnya Neraka Jahanam :-

1). Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat  
2). Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah  
3). Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung  
4). Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah  
5). Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik  
6). Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak  
7). Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum  
8). Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular  
9). Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.  
10). Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai  
11). Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami  serta orang yang tersayang kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Tuesday, January 25, 2011

Pada Syurga Diwajahmu

Pagi² lagi dengar lagu Nash - Pada Syurga Diwajahmu buat aku rasa syahdu..
lirik yang mempunyai maksud yang mendalam.
Mula lah saat berangan aku, suatu hari nanti bila dah kahwin aku nak taat pada suami tak mau derhaka tak masuk syurga..ekekekekeke
pendek kata nak jadi isteri solehah..kah kah kah mampukah..?
insya'allah..
teringat topik kat Hotfm pagi tadi mengenai "Suka Hak Orang Lain" ish..nauzubillah kalau boleh dielakkan haruslah elak. 
tapi satu jer aku percaya Qada & Qadar, kalau dah betul jodoh kita dengan suami orang apakan daya..
semua pun dah tertulis..
macam yang pernah aku lihat, walau lari macam mana pun tak nak bersuamikan lelaki orang tapi akhirnya tetap bertemu jodoh walaupun dengan orang lain yang jugak suami orang.
Itu lah ketentuan Tuhan, sejak kita lahir semua dah ditentukan...

Tuhan sengaja menduga kita
Dimana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah dimana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihat kubahgia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus gersang
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus gersang
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Kuberenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Dan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti

Monday, January 24, 2011

Soalan Perah Otak


Pernah tengok picture kat atas nih..? aku first time kot..
tapi aku rasa hampa semua mesti ada yang dah pernah tengok..
( yer² aku jakun & lembab..hikhik) sekarang dah jarang on9 FB
Semalam pakcik kodi tag kat aku suruh jawab,
sampai la ni aku still tak faham lagi..kah kah kah

Tapi semalam sebelum aku on9 dah ada member dia jawab yang betul..
orang first yang komen, 
punya lah kejam komen tersebut have been deleted..damn!

Kalau hampa tau meh gtau aku cepat, boleh aku p jawab kat FB.. kah kah kah
okeh²..sambung kerja semua...hak hak hak

Sunday, January 23, 2011

Malu Tapi Mahu

Selamat berhujung minggu..
tak pergi memana ker..? alah macam aku....terperam kat rumah dah hampir sebulan disebabkan pakcik kodi asyik kerja tak pun balik kampung..emm..sian aku..

Tadi ada sorang hamba Allah nih, dia nih dah memang lama dok bagi hint kat aku, 
memula dulu aku blurr tak faham..kah kah kah
bila dah selalu sangat aku dah faham..huhuhuhu alah macam dalam cerita Laila Isabella tu..
Mahu Tapi Maluuu...
pendek kata last sekali dia nak ajak aku keluar rupanyaa..lahh..
awat tak habaq awai..ish kah kah kah 
aku malas nak keluar sebenar eh..rela aku dok rumah kebosanan tahap gaban daripada aku keluar dengan orang yang suam-suam kuku dengan aku..
bukan nak eksyen ala-ala diva tapi untuk mengelak daripada timbul syak wasangka..
kah kah kah
(jawapan selamat)
jom sambung tengok CSI Miami yang asyik repeat sampai aku dah boleh hafal dialog.
hehehehehehehehe



*** Jangan lupa tengok badminton Terbuka Malaysia 2010 final Datuk Lee Chong Wei menentang Taufiq Hidayat..confirm sengit petang kang..huhu


Saturday, January 22, 2011

Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Tahniah kepada Ayu Raudhah & Zaquan Adha keran telah selamat pun di ijab kabulkan di Alor Star, Kedah.
Semalamnya malam berinai lagi lah cun si Ayu Raudhah ni, nak tengok clik Sini.
Teruja betul aku tengok Ayu Raudhah yang sangat cantik itu..lelaki mana lah tak cairkan. 
Untung lah Zaquan Adha kan, bini cun melecun..huhu
semua gambar ni aku copy dari Beautifulnara.com yang asalnya daripada Piccalasso .

  


 


 sangat cantik kan..? manis jer muka

Semoga berbahagia hendaknya hingga ker akhir hayat..

Friday, January 21, 2011

Lucky Draw

ihsan google

Malam ni Cik Embun ada company annual dinner kat Cyberjaya & function wajib kalau dinner mesti ada Lucky Draw.
Aku dah pesan kat Cik Embun, nak masuk nanti baca bismillah langkah kaki kanan tapi jangan buat²..hehehheh
sebabnya..mana lah tau untung² dia bawak balik TV LCD 32" ker kan, boleh lah aku menumpang.TV kat rumah tu pun dah macam kena penyakit sawan, yang lagi satu pulak dah jadi incredible hulk... hakahakha tapi dia beriya² berdoa dapat handphone Blackberry Bold. 
kelass kan hadiah Lucky Draw company Cik Senah tau.
aku..? emm..nama jer lah contractor..boss semanjang cakap payment tak masuk..tak tau lah time company aku punya annual dinner dapat apa..buah limau mandarin jer kot..kah kah kah



*** Kalau ada hadiah RM200 free topup ok gak tu Cik Embut oitt 
       (al-maklum lah Cik Embun kerja dengan dealer Maxis) heheheheh


Senarai Restoran Terkenal Yang Disahkan Halal & Ditarik Balik Sijil Halal Oleh JAKIM

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
 
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

4. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

5. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

6. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
 
7. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

8. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.




*** Kenapa tak disebut KFC & Pizza Hut yerr..? emmm....