Tabung

My Friends

Thursday, April 28, 2011

3D RIO

Last weekend g tengok filem 3D Rio, alorr cerita cartoon burung..
aku laa yang planning nak tengok wayang tapi filem Cun, alih² Pakcik Kodi tak nak layan filem Cun
boleh dia kata filem entah apa² muahahahhaa..jahat! dia nak jugak filem 3D Rio
sumber : google (kecik betol)

So, decide tengok 3D Rio, first time aku layan filem cartoon kat cinema..
not bad la jalan cerita, jangan tanya aku sinopsis sebab aku tak fokus sangat hahaha
iyer lorr kena pakai spec 3D tu,emm..rimas sebab tak lekat kat hidung :P
tapi geram sangat tengok burung² yang terbang tu, 
rasa nak tangkap bawak balik rumah..kihkih
sebabnya pakai spec 3D ni semua nampak real..tak rugi jugak tengok...
*pssst..panggung tu penuh dengan family, sangat happening bila kanak² ketawa..cute ;)

sumber : google

Kalau camni laa gayanyaaa..rasa² dapat ke tak aku nak nengok filem Ombak Rindu nanti..
filem ni kan romantik macam filem Cun, aiyooo...... :(



*** Tak kena watak Nurul Izzah diberi kepada Maya Karin, kalau Fazura best..hehe ;)

Wednesday, April 27, 2011

Teringin Nasi Lemak

This week belum sekali pun aku makan nasi lemak..
dasyat! bukan nak berdiet pun tapi tak berkesempatan hehe
asyik masuk office ngam² jam kat punch card jer mana sempat
nak menyinggah..huhu

sumber : google

Nak makan nasi lemak yang dalam daun pisang,
kalau dalam polisterin tak layan ok..huhu demand lagi

Jom tidur..esok nak bangun awal nak breakfast nasi lemak yang dibeli bukan homemade...
hahahahhahahaha...

Goodies Beg / Door Gift

Sedang mencari sesiapa yang boleh menerima tempahan untuk goodies beg / door gift,
means goodies beg tu dah siap terisi candy / chocolate / muffin / cupcake and etc

Sebabnya dah tak larat search lagi dah, internet dah lah slow harini..huhu


Panas Hati

Panas betul hati aku dalam minggu ni dengan kawan²,
kot yer tak puas hati straight to the point..ini tak, 
status terasa hati sana, terasa hati sini, macam ni la kawan..?
apa nih..? what the...............

Kalau sakit hati or tersentap sangat direct je la..
kawan² lain pun dah berhari² tanya apa hal
tapi jawapan yang dapat, bahasa kiasan..heii..kamon laaa... 
aku tak minat sastera dulu..jangan nak berkias²..
kalau segala status tu ditujukan kepada aku,
aku terima je..even orang lain sendiri pun tak tau apa kes
Aku sangat senang..selagi aku belum dapat kepastian daripada si 
empunya diri no need to sentap² or berangin sana sini..

Untuk dapat jawapan yang lebih pasti, tanya sendiri..
jangan bikin hati orang lain pulak panas..

Tuesday, April 26, 2011

Sejak Dua Menjak

Sejak dua menjak ni kan, mood aku semakin menjadi² dengan bangganya 
menjadi silent readers kepada blogger yang bakal mendirikan rumah tangga..
hahahaa..mood apa nih..? eeihh..seronok dalam membaca 
segala jenis persediaan dorang nih..
yang tentunya suatu hari nanti akan jadi contoh untuk aku mengikuti..ekekeke :P

Bagaikan aku pulak yang masuk dalam alam realiti dorang, 
ada yang sedang nervous lah, happy laa...aku boleh rasa wooohh.
punya la dasyat daya imaginasi aku sampai boleh masuk dalam 
alam yang aku pun tak pasti..hehehe

Sebenarnya nak mentioned jugak blog dorang tu, tapi kang hampa tau
lah pulak kan aku selalu terjah masuk secara silent..ekeke..
buat korang..aku dah boleh hafal ur blogspot..huuuu..
tapi rahsiaaaa...kang ado yang kembang semangkuk :P.


** emm...dah mai dah mood vverrangan aku.. :P

Drama Bersiri Juvana


Semalam tengok tak drama Juvana TV3...?
rugi kome tak tengok yop!
Bagi aku lah satu cetusan idea yang menarik dengan mengeluarkan genre drama
yang sebegini..biar anak² muda sekarang terutama budak² sekolah dapat feel 
pengajaran dalam drama nih
Semalam sesaja ja pun nak tengok kebetulan pukul 9 tu time takdo lain cerita
last² terpaku kitaorang (aku, akak aku & cik embun) 
menengoknya..boleh layannn..
Time tengok drama nih aku rasa berdebar laa sebab aku sendiri 
tak dapat nak jangka apa lagi yang akan terjadi, 
dah macam filem seram pulak
sampaikan akak aku nak tukar channel sebab takut 
dan tak dapat nak jangka apa
lagi kejahatan yang budak² dalam drama Juvana tu nak buat..hahaha
Watak Zahiril Adzim dalam drama ni memang superb, 
bikin aku kesian tengok muka dia..hehe
Beto Khusairy, cikgu yang gilos garang & 
mantap sebab aku memang suka lakonan Beto nih ;)

Meh layan sinopsis drama nih, pinjam dari Budiey.com

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Pelakon :-
Zahiril Adzim (owner picture yg aku pinjam ;) - Daim
Bront Palarea - Encik Raja
Izreen Azminda - Cikgu Zakiah
Beto Khusairy - Cikgu Ariffin

** Tak sabo nak tengok episod minggu depan, Cikgu Zakiah masuk terus kena buli dengan budak² jahat nih..

Friday, April 22, 2011

Hujan² Makan Maggie Kari Pun Sedap

Hujan² nih kan kalau boleh makan Maggie Kari ya Allah memang terangkat..huhuhu
Tambahan pulak maggie tu diubah citarasa, kurangkan serbuk perisa tambah 
pulak dengan cili api, sayur sawi, telur, seafood..wallaaaaaaaa :P  
sendiri cakap sendiri kecur air liur..wakakakaka
Tapi jangan la hampa masak maggie yang macam  
Usop Wilcha dengan Abi Hurairah tuuu..
itu maggie pemalas kalau aku panggil, time terdesak kebulur tahap gaban,
harusss aku telan juaa...huhuhuh..

thanks yer ;)

Thursday, April 21, 2011

Paku Dulang Paku Serpih

Aku nih macam takda kerja pulak kan, story datang dari
Facebook aku bawak datang ke sini..huhu
ya laa Facebook macam² hal kita boleh create, orang boleh tengok, 
boleh rasa apa perasaan kita.
Bagi aku Facebook sekarang langsung takda privacy, 
mana tak nya kita ni private bagi kawan² dalam friend list je boleh tengok 
(maksud aku create friendlist dikalangan para sahabat), 
yang lain² kenal ala² suam kuku, ok laa sebab bukannya tak kenal 
langsung cuma kurang rapat.

Terus lari tajuk aku nih..

Selalu aku terdengar cakap² macam nih 
"...andai suatu hari nanti aku dapat tuttt tuttt tak mau lah aku kasi orang tau lagi² kat facebook, 
malu laa.nanti orang boleh search tengok.." hohoho..
tapi sekarang..yaaaaa walaupun ayat tu dah berkurun berzaman  
aku tetap ingat walau pun dah berlainan intonasi hehe. 
Wahh..Cik Joyah, bukan main kelassss lagi sekarang..
setiap status yang dikeluarkan syahdu² belaka..huhu
Makin lama makin mantap performance yang ditunjukkan.

Tu laa..lain kali kalau sesuatu perkara yang belum terjadi kepada kita 
jangan sesekali menyatakan, Tuhan ni bayar cash sekarang, 
sekejapan yoo nko dia kasi..
(aku ni bercerita pun termasuk dalam kalangan MENYATAKAN tak..?ekekek)



*** Paku Dulang Paku Serpih..Sekarang Nih Kamu Yang Melebihkan ♥♥♥

Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?

Pagi² lagi aku godek FB tengok apa yer kawan² aku berbicara semalam,
sebabnya semalam aku tak on9 pun..
sejuk² nih tidur awal lagi best..huhu

Di antara yang menarik status kawan aku semalam 
"Apa Akan Terjadi Jika Tasik Gelilea Mengering?"
emm..dulu masa sekolah² seingat aku Ustazah cakap kalau 
Tasik Gelilae yang terletak di Israel nih mengering maka terjadi lah 
Qiamat yang sangat mengerunkan itu, sebab itulah macam² perkara yang Israel 
buat untuk selamatkan Tasik Gelilea tu..

Ada lah juga artikel daripada Israel menyatakan pada tahun 2000 
tasik itu semakin menyusut air nya..
wa'allahualam..

Best juga kalau baca cerita sejarah macam nih, Tasik Gelilea ini juga ada juga 
sejarah dengan para Nabi kita.
Jangan tak tahu aku kalau takdo kerja ini lah yang aku suka baca..hohoho..
meh baca lebih lanjut kat Sini info yang sangat berguna ;)

sumber : google
(Tasik Gelilea yang juga dikenali sebagai lautan Gelilea)

Thursday, April 7, 2011

Tak Nak Bertukar Pulak

Geram nih dengan font n3 Nih entah apa ker hey nye mike tak nak bertukar normal nih..?
pueh dah aku change dari normal ke large dari large ke extra large
alih² small jugak jadi haih..

sakit jiwa camni..
touching laaaaa -.-"

Sedih Lah..Terlanggar Anjing

sumber :google

Aku terlanggar anjing, sumpah memang aku tak nampak anjing tu.
Sebelum saat kejadian, time tu traffic light tengah merah, depan aku lori kecik
aku ada lah nampak anjing tu berjalan sebelah kereta aku, bila traffic light dah hijau aku pun slow² gerak sekali terasa tayar macam terlanggar batang kayu daa..
itu tayar depan, bila sampai tayar belakang pulak terus dengar bunyi
"...uweekkk.." *camtu lah lebih kurangnya.

Aku dah gelabah..ni confirm dan sah aku dah terlanggar sesuatu, mat² motor dah pandang² kereta aku dah.
aku jenguk ikut tepi tak ada pulak..ish..jalan slow² ke depan, sekali terpandang anjing tu dah terjelepuk tidur ka pengsan ka waallahualam..*so sorry....aku betul² tak perasan.

Tapi yang aku perasan lori yang depang aku tu first langgar, sebab masa aku follow belakang perasan lori tu cam terlanggar bonggol..emm..nak buat macam mana.

Ni adalah kejadian ke-2 yer kawan² aku terlanggar..first masa aku dapat kereta, anak anjing tidur bawah kereta aku..kiukk beliau disitu..sadis...

Dah 1 hari aku tidur tak tenang, si pakcik kodi jahat tu cakap jaga² kang malam anjing tu datang..
bengong sungguh main²kan aku yaaa..

 Anjing tetap makhluk Allah, kita manusia tak berhak pun nak musnahkan @ membunuh..
kecuali lah terrr..terrlanggar macam aku..sob sob sob -.-"


** Anjing yang aku langgar tu bukan lah secomel picture di atas tu..hikhik..yang terlanggar tu anjing jalanan..

Mimpi Shahir

 sumber :google

Semalam mimpi kahwin dengan Shahir AF8..wakakakakakakak
haishh..tak boleh blah betul lah kan
apakan daya, aku dah pun cuci kaki baca Ayat Kursi semua..huhu

Indah lah jugak kan..aku saja tau..
content dalam mimpi tu aku still ingat lagi nih, jarang aku boleh ingat kalau mimpi..
kahkahkahkahkah.
ok² simpan sebagai rahsia rasmi..zipp!! huhu

Wednesday, April 6, 2011

Buat Yang Termampu

Ingat pasal majlis apa² mesti ada yang akan pertikaikan
ada itu tak..? ada ini tak..?
kalau macam ni tauke balak pun ranap

Bersyukur lah kalau ada yang sudi jadikan kita ni wife kan..?
huahauhauahau..

Ada lagi sebulan for my E day..apa pun tak prepare lagi..
memang gasak betul laa..kekonon dah terror sangat nak buat last minit..
ahahhahaahah..sabaq².. sedang usaha ni :D

Terima lah Dengan Redha

Tetiba petang² ni teringat pakcik kodi..touching for while -.-"
know what..sometimes kita tak boleh detect perasaan sendiri.
Asam garam lah orang kata kalau data berpacaran nih,
ini baru nak melangkah separa hari besar dalam hidup.

Aku redha dengan hati yang sangat terbuka walau apa saja pun dia mampu bagi.
pada aku nak demand pun apa guna kalau menyusahkan diri.
dalam keadaan sekarang aku rasa tersangat lah humble..terlalu rendah, kerdil..

It's ok dear, rezeki kita mungkin bukan sekarang.
.insy'allah kalau keputusan dah dicapai adalah jalan Tuhan tunjuk..

Rindu Nak Balik Kampung

Adoiyaii..rasa lama sangat dah kot tak balik kampung..
uwaaa...walaupun hakikat baru sebulan setengah
biarlah nak cakap anak manja pun..tak kisah haih..hahaha

Tunggu peluang public holiday ja nih..
nak harapkan annual leave jangan mimpi lahhh..
setahun pun 12 hari ja tu pun after 2 years baru dapat..
kalau tak, 8 hari saja ya kawan²..hahaha
ni lah contoh boss yang sangat baghil..


** Mak rindu nih...ekekeke -.-"

Saturday, April 2, 2011

Nabil Tetap Terbaik !!

Berlabuh episod pertama Maharaja Lawak Astro semalam.
Ada yang ok, suam²..
tapi kenapa Jozan tak menonjol nih..? rasanya ramai yang letak harapan tinggi pada dorang nih
tup² malam tadi performance suam² jer..

Kelakar lagi lawak Man & Balas.
Aku memang tak berminat dengan Balas sebab terlalu menonjol double meaning tu..ini kan tontonan umum..
emm..tak tau mungkin double meaning tu buat penonton lebih mudah ketawa.

Apa² pun Nabil terbaik lah..punya lah aku ketawa sampai dahaga..hahahhaa
bak kata Pak Cik Kodi, aku sokong Jozan tapi that night Nabil yang terbaik dan tapi juga aku tak minat Nabil..huhu al maklum lah Jozan tetap jadi pilihan..


Kita tunggu next lagi tengok apa adegan seterusnya..harap² ada lagi yang terbaik.


*** Photo kredit to Facebook/Maharajalawak ;)

Friday, April 1, 2011

Cuci Otak

Aku ada satu tabiat baru untuk cuci otak,yer lah sejak² kepala berserabut nih,
iaitu drive secara perlahan dan menyusahkan pemandu² lain..
alah yang macam topik Hotfm haritu..haha
Best pulak rasa aih, fikiran melayang yang boleh mengakibatkan nyawaku pun melayang.
Memang betul aku buat benda tu, aku terlalu stress dan serabut tak tau nak buat apa,
after office hour terus aku drive sana sini tak tentu hala
(yang pasti aku tau jalan mana aku lalui k).
Since dah tak larat tekan pedal aku decide nak masuk Jusco,
pandang apa yang patut tapi tak beli pun tau pulak sayang duit..
beli pun cereal jer untuk bawak ke office.
Puas merayau dalam Jusco, terpelecot depan McD..kahkahkah..
terus coverline "...hey..i nak Q beli icecream.." huhu lagak queen disitu..
sumpah sebulan aku tak mau masuk McD situ...wallaaaa..

Balik rumah no mood...after maghrib terus debummm....
bangun pagi mata bengkak..owh menangis dalam mimpi rupanya..
hahahhaha ini aku memang selalu terjadi..orang lain ada..?
meh ler kita share...kihkih

Bodek

Aku macam tersedar yang aku nih sedang dibodek...kihkih
tapi by who..?
kalau siapa pun yang dok membodek tu meh dengar sini,
kalau nak bodek make sure ianya dapat mengutungkan aku tau..haha keji..

Tapi yang pasti..boss aku lah sedang bodek aku nih, tak tahu apa kes
sejak dua menjak nih aku salah typo pun aku dibalas dengan senyuman yang manis tapi
tak berapa menawan. Then, mungkin juga senyuman yang penuh makna..hahaha
adoiyaii tersirat kan ayat² manis nih..

Anyway..aku tahu kenapa beliau bodek aku, confirm and sah takut aku cabut.hahaha
yer lah aku jarang MC kalau aku MC dikala kerja yang bertimbun dah sah aku stress tahap maximum.
hauhauahauhau...don't worry my dearest boss..just wait and see hah... :p



**Nak jual mahal untung² naik pangakt sampai jadi General Manager pun jadi lah..huhu