Tabung

My Friends

Wednesday, June 30, 2010

Umurku Masih Panjang

Subhanallah....itu jer lah ayat yang aku lepas kejadian yang hampir buat aku excident..! Kalau tak dah lama aku terperosok bawah bas kilang pagi tadi masa on the way datang kerja, bodoh sungguh driver bas tu dengan selamber langsung tak memandang aku yang tersentak menekan brek sekuat hati, dah ler aku takut kalau² kereta kat belakang hentam aku sebab aku brek mengejut..

Selalunya jalan tu aku akan buat U-Turn secara haram..hihi tapi kalau keluar rumah awal memang aku U-Turn tempat yang sepatutnya, macam mana driver bas tu boleh target aku nak U-Turn kat situ sedangkan aku langsung tak bagi signal untuk belok..ker engkau buta..?? kalau betul aku kena hentam tadi..nauzubillah..longlai lutut aku

Lepas dia buat salah langsung tak ada nak mintak maaf..main berambus macam tu saja..sengal! Kau ingat kau besar aku takut ke..??mentang lah aku cekeding..huh..!

Esok tak nak lagi lalu jalan tu, esok aku akan usaha untuk keluar rumah dengan lebih awal sebab jalan yang lagi 1 tu jauh sikit..huhu....adeh..!

Tuesday, June 29, 2010

Hanson - I Will Come To You

 
When you have no light to guide you
And no one to walk to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

Sometimes when all your dreams may have seen better days

And you don't know how or why, but you've lost your way
Have no fear when your tears are fallin'
I will hear your spirit callin'
And I swear I'll be there come what may

When you have no light to guide you

And no one to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

I will come to you


'Cause even if we can't be together

We'll be friends now and forever
And I swear that I'll be there come what may
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh I will come to you

We all need somebody we can turn to

Someone who'll always understand
So if you feel that your soul is dyin'
And you need the strength to keep tryin'
I'll reach out and take your hand

I'll reach out and take your hand


Oh I will come to you

When you have no light to guide you
And no one to walk to walk beside you
I will come to you
Oh I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you


**Suka betul aku dengan lagu & adik beradik nih..nostalgia jugak masa tu tahun 1999 seingat aku..
best woo... :)

Nama² Jepun Yang Kelakar

Jom kita layan ketawa sambil basahkan gusi dengan nama² yang lawak giler dari negara matahari terbit nih daripada asyik fikir hal politik lah boyfriend lah kan.. :)

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI

If Mr.Bean....................

If Mr.Bean was in AVATAR..

If Mr.Bean had a baby..

If Mr. Bean Was In Legally Blonde
If Mr. Bean Was Lady Gaga
If Mr. Bean Was Harry Potter

If Mr. Bean Had A Daughter
If Mr. Bean Was In Twilight as Bella

**Sakit perut aku ketawa tengok gambar² nih..entah siapa lah yang punya kerja kan...tapi yang last nih aku tak suka sebab aku tetap nak Edward yang dukung Bella bukan Encik Kacang..huhu

Pengantin Yang Tension


Kesimpulannya :-
Jangan dijemput orang terkenal untuk menghadiri majlis terbesar anda, kerana anda tidak akan jadi tumpuan orang ramai..Orang datang semata² nak tengok orang terkenal itu..ahakz..!


**Dialog tiada kena mengena yang hidup @ pun yang sudah tiada :)




Monday, June 28, 2010

Aura Pengantin Tak Sampai


Last week rasanya aku g weeding kawan akak aku (aku peneman jerk) kat Masjid Wilayah, masjid tu lah jugak Dato' Siti Nurhaliza punya majlis berlangsung suatu ketika dulu..
Rupanya sangat lah cantik masjid nih sampaikan cari jalan masuk pun tak jumpa..hihihi

Lari tajuk aku nih..kawan akak aku tuh akad nikah kt situ sebelah pagi jam 11, pastu terus ke dewan untuk jamuan makan pulak..rileks jek aku rasa..tak perlu buang masa nak tunggu malam ke @ next week untuk majlis makan²..

Walaupun dewan tu kecil tapi aku suka lah..environment yang nampak tersangat romantik. Pastu adegan 2 beradik nih berangan  :-

akak aku : buat majlis simple camni best gak kan..??
           kalau aku nak buat majlis untuk 
           makan malam..
aku      : boleh ker buat majlis makan malam kat 
           masjid...?? (keliru jap aku..)
akak aku : entah...tak boleh ker...hahhahaha...
aku      : bongok wehh...dah 2tahun aku dengar 
           dok nak buat majlis tapi hampah
           sampai la ni...
akak aku : plan A tak jadi.......hihi

Ni kalau mak aku dengar confirm tak tidur malam 3 hari termasuk demam sebab anak yang hampir terlajak umur nak kahwin..hahahahha..


Saturday, June 26, 2010

Jangan Jadi Seorang yang Ego

Malam tadi kamu & kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap denganya keesokan harinya. Dia senyum kepadamu, sebaliknya kamu mengetap bibirmu kepadanya. Dia menceritakan perkara baik tentang kamu kepada kawan²nya yang lain. 

Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya. Dia cuba dekat padamu & menegurmu. Tapi kamu tolak ketepi, baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Lalu dia menulis nota buatmu & menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu & dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya.

Jauh disudut hatimu kamu mengasihaninya tapi dihatimu sudah penuh dengan kebencian.

Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

Dear_________, 
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya.Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyumanku dengan kebencian. Sekarang keadaan saya sangat teruk dan semakin teruk.

Saya minta maaf sebab harini saya tak dapat berjumpa dengan kamu.Saya menulis surat ini semasa saya di hospital, saya sudah kesuntukan masa.
Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang, saya minta maaf atas pergaduhan kita..kamu memang seorang kawan yang hebat.  Saya berjanji saya akan sentiasa memerhati kamu.

Salam sayang....
__________________

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya.Tapi hanya ibunya saja yang ada disitu. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tangannya.Dia pun menangis & berlutut serta berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya.
Kamu sudah terlambat, kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu minta maaf dan ucapkan SELAMAT TINGGAL

No Komen..!

Tengok pic. kat atas nih..sorry lah kalau pic. nih ada diantara korang yang kenalkan..aku dapat pun melalui email..
ada lagi satu pic. nih..sat..tengok bawah lak.

Hah..! nih yang no.2 nya pic. Aku tak tahu lah sama ada orang dalam gambar nih sedar ker tak dengan position dia camtu..hikhik..

Sebelum nih pun aku tak bertudung gak tapi seingat aku lah tak pernah pulak aku berkedudukan begini..hikhi skema mu nih weyh..!
Agak² lah kan.........diri sendiri, sendiri mau ingat deh.. :)

Penat weyh...!

Buat kerja gila + berbaloi² dapat tolong member aku semalam g ambil dia kat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (hah..tudia..penuh aku bagi) Shah Alam..

Member aku neh dulu study sama tempat dengan aku, dia ambil sijil Senibina pastu dah habis On Job Training bagai dia dapat sambung belajar kat Politeknik Merlimau pulak ambil sijil lagi rasanya..Bila habis study terus kerja tup² dapat pulak offer ke Politeknik SAAS nih..

Ini lah kes nya, tak tau macam mana procedure Poli nih..dah masuk orentasi seminggu pastu semalam kena keluar sebab mungkin senior nak masuk barang² tak boleh tinggal sikit hapak pun..gila kan..??Terus member aku nih apply asrama, bila dah dapat tak boleh jugak masuk malam tu kena bayar deposit bagai pulak..ish² tak kesian ker kat budak yang jauh² datang..??

Nasib baik aku yang cekeding nih ada..semalam pas kerja terus terjah g ambil dia kat Shah Alam, dah sampai tak boleh pulak masuk kereta, siot jek guard tu..kesian member aku tu, aku dengan member aku lagi sorang tu terus masuk jalan kaki tolong dia angkat barang..g hantar pulak kat rumah adik dia kat Sg.Bes..

Tu lah kan...susah macam aku dedulu study jauh² kalau tak ada orang yang boleh tolong kita..Balik tu terus aku kebabooo tidur...hik³......

Penat woo...cari jalan tak jumpa walaupun guna GPS incik PAPARAGO... :)

Friday, June 25, 2010

No Click² here...

Tajuk macam marah yerk...??ngeee....~
bukan apa aku selalu terjah blog orang mesti aku akan click² berbagai jenis iklan untuk dorang, walau apa pun jiwa nak menolong tetap ada okek...hihi..

Cuma kat blog sendiri jerk tak reti² nk letak ker..??
bukan tak nak letak cuma kemalasan aku tu yang menjadi penyebab tegar gitu.. tak pe lah korang kalau masuk sini tak perlu nak cari mana iklan² yerk, buat masa sekarang aku tak rasa nak letak lagi..tengok ler 3-4 bulan lagi ker..hihi

Tapi aku akan tetap click² untuk korang tau..dulu punya blog pun aku tak ada letak jugak..last² aku delete  jerk..
nak tukar angin lain..huhu

Tunggu lah sehingga penyakin 'R' aku datang aku g register semua iklan tu deh...

THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE - Trailer


Tak de kesabaran lagi aku nak tengok movie nih..dah lama aku tunggu lepas The Twilight Saga New Moon last year..aku dah ada seseorang yang akan menemani aku nanti..huhu..
best².......best lyric "...you will be always my bella.." huhu..so sweet Edward si Vampire..
Jacob..you tak boleh dapat cinta Bella okek..cinta Bella hanya untuk Edward bukan sang Wolf..huhu

Tak rugi kalau korang nak menonton movie ni..best sesangat..!

Satu kisah khas buat suami dan isteri

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menemui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari
cerita ini.. :)

Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawinnanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :
1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.
She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahua'lam

Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. 

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .

Mengemis Rindu - Noraniza Idris


Nostalgia gile lagu nih..tahun1987..sekali sekala dengar lagu macam nih sedap jugak halwa telinga ku.
Lagu nih dah jadi lagu favorite aku sejak akhir² nih...nih aku post sekali ng lirik

Di kedinginan malam sepi
Ku melerai rindu di hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau telah memahami
Segala yang terjadi

* Ingin ku turut jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi

** Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

*** Semakin aku mengingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

Thursday, June 17, 2010

Memori..

Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku terlalu gemar mendengar lagu dendangan arwah Achik Spin.
Kadang kala terasa sayu menyelusup kalbu dan jiwa..mungkin sebab orangnya dah tiada.
Biar lah apa orang nak cakap aku dengar lagu tak ikut aliran zaman sekarang pun, aku lebih suka buat hal yang aku senang hati daripada terus ikut rentak muda mudi sekarang ni.

Berbalik kepada topik asal...walaupun aku tidak lah mengenali arwah dengan lebih dekat sebab dia artis maka aku tahu serba sedikit pasal dia, TUHAN lebih menyanyagi dia..kita kena tahu juga bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan pasti akan kembali kepadaNYA yang maha kuasa..itu kenyataan ok..??tiada siapa dimuka bumi ini boleh menidakkan kekuasaanNYA.

Sini aku post kan sekali lirik lagu yang sering aku dengar setiap hari dipejabat

Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu

Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar

Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan
Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

Menangis hati ini
Ku juga bersimpati
Hancurnya harapanku
Maafkan sayang
Kasihmu yang berubah
Aku pun tak menyangka
Itulah alasanmu, pergilah sayang
Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
 
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang me
nimpa



***
"Tuhan...kau bantu lah aku dalam mengharungi dugaan darimu Ya Allah..jika aku terjatuh kau bangunkan lah aku..jika aku lalai terhadapmu kau hukum lah aku..jika aku tak mampu lagi untuk berbuat apa² kau jangan lah biarkan orang kesayangan aku merindui atau melihatku...aku hanya mampu memohan padaMU.

Wednesday, June 16, 2010

Muhasabah Diri..

Dalam ketekunan bekerja sempat je kita nak muhasabah diri kan..??
Aku selalu buat macam tu..lagi² dikala kita bermasalah..
hurmm..bila dah asyik muhasabah diri time bekerja usahkan di tanya bagaimana cara kerja aku..
alamatnya..memang aku dah sering bawa balik hasil kerjaku yang siap di office ke rumah..

Sebenarnya aku nk anggap ni sebagai diari utama aku, kalo yang bertulis tu sangat lah malas..biasalah kalau dah pegang pen mula lah mata aku nak tutup..ni semua tabiat sejak dari sekolah..sebab tu sekarang kena kerja kuat sebab belajar tak pandai dulu..huhu

Biar je lah aku anggap diari ni tak ada yang membacanya..sebab tu tak ada yang menarik dapat aku tonjolkan kat sini, yang ada hanya lah kisah aku saja..

Mungkin suatu hari nanti aku ingin buka minda ker untuk publish pada orang ramai mana tahu kan...



***
"Tuhan...kau bantu lah aku dalam mengharungi dugaan darimu Ya Allah..jika aku terjatuh kau bangunkan lah aku..jika aku lalai terhadapmu kau hukum lah aku..jika aku tak mampu lagi untuk berbuat apa² kau jangan lah biarkan orang kesayangan aku merindui atau melihatku...aku hanya mampu memohan padaMU.

Wednesday, June 2, 2010

Akhirnya Pasti...Permulaan

Finally, dapat juga create my own blog, before this aku always merayau blog orang, if in one day aku tak menerjah rasa macam tak perfect hari aku.. hahhahaha

Aku tidak ler addicted sangat utk memblogging ni...but i don't know in the future...hahaha..if i like that plz forgive me yeah...

Insya'allah kalau diizinkan TUHAN esok aku akan mulakan yea..but tengok keadaan lah...

lazy gurl... ~~~