Tabung

My Friends

Thanks

Saturday, June 26, 2010

Penat weyh...!

Buat kerja gila + berbaloi² dapat tolong member aku semalam g ambil dia kat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (hah..tudia..penuh aku bagi) Shah Alam..

Member aku neh dulu study sama tempat dengan aku, dia ambil sijil Senibina pastu dah habis On Job Training bagai dia dapat sambung belajar kat Politeknik Merlimau pulak ambil sijil lagi rasanya..Bila habis study terus kerja tup² dapat pulak offer ke Politeknik SAAS nih..

Ini lah kes nya, tak tau macam mana procedure Poli nih..dah masuk orentasi seminggu pastu semalam kena keluar sebab mungkin senior nak masuk barang² tak boleh tinggal sikit hapak pun..gila kan..??Terus member aku nih apply asrama, bila dah dapat tak boleh jugak masuk malam tu kena bayar deposit bagai pulak..ish² tak kesian ker kat budak yang jauh² datang..??

Nasib baik aku yang cekeding nih ada..semalam pas kerja terus terjah g ambil dia kat Shah Alam, dah sampai tak boleh pulak masuk kereta, siot jek guard tu..kesian member aku tu, aku dengan member aku lagi sorang tu terus masuk jalan kaki tolong dia angkat barang..g hantar pulak kat rumah adik dia kat Sg.Bes..

Tu lah kan...susah macam aku dedulu study jauh² kalau tak ada orang yang boleh tolong kita..Balik tu terus aku kebabooo tidur...hik³......

Penat woo...cari jalan tak jumpa walaupun guna GPS incik PAPARAGO... :)

No comments: