Tabung

My Friends

Saturday, June 26, 2010

Jangan Jadi Seorang yang Ego

Malam tadi kamu & kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap denganya keesokan harinya. Dia senyum kepadamu, sebaliknya kamu mengetap bibirmu kepadanya. Dia menceritakan perkara baik tentang kamu kepada kawan²nya yang lain. 

Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya. Dia cuba dekat padamu & menegurmu. Tapi kamu tolak ketepi, baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Lalu dia menulis nota buatmu & menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu & dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya.

Jauh disudut hatimu kamu mengasihaninya tapi dihatimu sudah penuh dengan kebencian.

Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

Dear_________, 
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya.Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyumanku dengan kebencian. Sekarang keadaan saya sangat teruk dan semakin teruk.

Saya minta maaf sebab harini saya tak dapat berjumpa dengan kamu.Saya menulis surat ini semasa saya di hospital, saya sudah kesuntukan masa.
Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang, saya minta maaf atas pergaduhan kita..kamu memang seorang kawan yang hebat.  Saya berjanji saya akan sentiasa memerhati kamu.

Salam sayang....
__________________

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya.Tapi hanya ibunya saja yang ada disitu. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tangannya.Dia pun menangis & berlutut serta berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya.
Kamu sudah terlambat, kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu minta maaf dan ucapkan SELAMAT TINGGAL

No comments: