Tabung

My Friends

Thanks

Wednesday, October 13, 2010

Cerita Mistik Hot Fm

Pagi tadi masa aku tengah bersiap nak datang kerja sambil² tu
dengar Hot Fm topik Cerita Hantu kot,
ni kes yang keluar dalam surat khabar mana entah pasal
tempat kejadian yang berlakunya excident dekat Melaka tu lah,
dorang cakap tempat tu memang dah selalu sangat orang
nampak perempuan berbaju putih mengendong anak sama ada tepi jalan lah..
tengah lintas jalan lah..haiii macam²..

Aku yang sememangnya penakut ni tahu jer lah..emm..
pastu AG dj Hot Fm lak cerita hantu yang dia pernah dengar..
ada kes dekat sebuah Institusi Pengajian Tinggi ni,
malam tu ada seorang student ni nak ke library untuk study dalam pukul 11 malam,
bila sampai jer kat library tengok lampu dah terang benderang..
dia pun rasa tak takut sangat lah sebab ada gak student lain sedang study.
Dia pun masuk pastu nampak lah seorang budak perempuan tu
tengah study sorang² dia pun tegur lah...

Student : emm..sorang ker..? boleh saya duduk sini..
Budak Perempuan : emm..duduk lah..tak ada orang pun.

Pastu study punya study sampai pukul 1 kot lebih kurang tetiba pen student ni
jatuh bawah meja, dia pun tunduk lah nak amik pen tu..
sekali tuuuuuuu tengok² tak ada kaki budak tu..
(ni AG nyer suspen..seram aku)
bila dia dah tahu tu hantu dia pun nak balik lah

Student : saya dah mengantuk lah..emm,
saya balik dulu ya..
Budak Perempuan : ok..saya belum mengantuk lagi.

Student tu pun terus berjalan nak keluar tetiba...

Budak Perempuan : Dah mengantuk ker dah tahu.....

Gila sengal time AG punya nada dia bercakap..uwaaaa...
dan² tu jugak aku mute volume..
hahahha..habis semua orang tak boleh dengar,
tak nak lagi aku tahu cerita selebihnya..hihi



*** Malam nanti confirm aku terkebil²
biji mata nak
tidur...
(=_=')

Al-Fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam yang
terbabit dalam kemalangan maut di melaka.

No comments: